View: 732|Reply: 12
|
“Tak Sangka Orang Popular Sepertinya Buat Begini” – Pembekal Tudung
[Copy link]
|
|
Syarikal pembekal tudung, Obor Holding Sdn Bhd mengesahkan bahawa mereka mengalami masalah kewangan selepas syarikat milik pelakon, Nur Fazura gagal menyelesaikan hutang sebanyak RM4.65 juta.
Memetik Utusan, pengarah urusan Obor Holding iaitu Lim Boon Hai berkata pihak mereka telah memfailkan tuntutan terhadap Pink Fate dan Fazfit Sdn Bhd bulan lepas namun syarikat milik pelakon itu tiada sebarang balas diberikan.
“Kami sudah failkan kes ini di mahkamah bulan lalu selepas gagal mendapat respons yang baik daripada syarikat milik Fazura. Kami tidak menafikan sukar untuk menuntut hutang sejak penghujung 2023. Sejak tuntutan difailkan, tiada sebarang balasan daripada syarikat mereka kami terima sehingga kini.
“Kali terakhir kami berkomunikasi dengan Fazura dan pengurusan syarikat itu adalah pada penghujung 2024 namun mereka nampaknya memang tiada niat untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.
Sementara itu, Lim turut kesal apabila syarikat itu hanya memberikan janji kosong serta mereka menerima cek tendang pada September 2024.
“Saya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku sehingga mereka tidak mampu melunaskan hutang sehingga kini. Apa yang kami terima hanya janji kosong konon mahu bayar namun yang kami dapat hanya cek tendang.
“Syarikat kami mengalami situasi kewangan yang serius gara-gara itu membuatkan kami terpaksa mengambil langkah lain untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.
Dalam pada itu, Lim berkata dia tidak sangka perkara ini berlaku selepas bekerjasama dengan pelakon popular itu serta berharap orang lain boleh mengambil pengajaran di atas apa berlaku.
“Tidak sangka semua ini terjadi, saya tidak kedepan jika dakwaan tidak benar. Tidak sangka orang popular sepertinya buat kami tertunggu-tunggu untuk mendapatkan hak kami. Saya harap orang luar di luar sana boleh mengambil pelajaran, jangan menjadi mangsa seperti kami,” katanya.
SUMBER: Utusan Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dari 2023 ko tunggu hutang ko dibayar.. walhal retis tu kesana kemari kuar tudung tu tudung nie.. collab sana cni.. buat tour butik dia 1 Malaysia.. apooooooooooooooo.. ate bila dh sengkek baru kejor hutang.. 4 juta kot.. org ratusan ribu pn dh hr2 tel.. dtg ofc taw.. apooooooooooo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa..knp pulak tak.sangka....lain la artis mcm.CT..dari dulu perangai CT tu kita boleh nampak cemana... |
|
|
|
|
|
|
|
setau aku semua tudung dia ni masa launching live pun dah sold out.... juta2 tu sekali masyukkkkk...
dia mampu klu nak bayar... bukannya dia tak ada duit.... elok jer kat socmed bercuti sakan kerap ke obersi dgn anak dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia pon dia rilek ciritkan tepi longkang..apetah lagi kamuuu cuma pembekal tudung...hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Takkan la takde term meniaga..kalau dah org tu tak bayar hutang patutnya stop la bekalkan..ini tetap gak amik pesanan..finance depa ni tak reti nak kejar payment ke cane sampai org boleh hutang berjuta juta? Bau ikan betoiii! |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah keluar kan quotes2 suci dia .
Ko siapa?? dia tak goyah tau dgn kecaman netizen
Tapi aku pelik netizen tak serang ig dia
Kalau artis lain 7 hari kena cerca  |
|
|
|
|
|
|
|
Tt berapa banyak thread? Kejar komisen jota2 jugakkah? Asalkan bukan cek tendang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Quotes suci apa pulak yg dia keluarkan huh |
|
|
|
|
|
|
|
Setengah org klu dia dah ada duit pun dia sayang nak bayar hutang, dia nak gunakan utk dia. Aku pelik gak mentaliti mcm ni, tapi aku sendiri penah kena bagi hutang kat kawan, buat diam je sampai makan tahun, padahal aku tgk dah byk duit tp psl hutang langsung tak sebut nak byr. Terpaksalah aku susun ayat mintak sbb dah lama sgt dr janji nak byr tu. Klu ratus maybe aku diam je ni ribus terpaksa jugaklah mintak, susah nak dpt, lps dua tiga bulan baru dpt. Aku agak acikkmissfake pun bila duit masukk dia nak guna utk lifestyle old monih dia dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni tak nak lari ke Aus ke? Ngai boleh tolong dia. |
|
|
|
|
|
|
|
aku terbaca kat fb
katanya apek ni collect 7m
setakat tahun 2022
tahun2 separa kojol zaman covid
pun boleh bayar 7m
apa dah jadi after 2022?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak de statement lagi ke drpd acik pajura? Acik2 taksuber dah frust nonggeng byk sgt thread psl hutang idolat kat bodgos  |
|
|
|
|
|
|
| |
|