CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1211|Reply: 21

[Tempatan] Pemilik tanah bangsa Cina setuju jual tapak Masjid Jamek Ar Ridzuan

[Copy link]
Post time 6-5-2025 10:07 PM | Show all posts |Read mode

BAGAN SERAI – Pemilik tanah berbangsa Cina yang memiliki tanah tapak Masjid Jamek Ar-Ridzuan di sini hari ini bersetuju untuk menjual semula tanah tersebut kepada pihak masjid.

Perkembangan itu dilihat mampu menyelamatkan masjid tersebut yang berusia hampir 100 tahun dan popular dalam kalangan penduduk setempat kerana mempunyai rekaan seperti Menara Berkembar Petronas KLCC.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Noor Azman Ghazali berkata, pengerusi masjid hari ini telah menghubungi tuan tanah yang akhirnya bersetuju untuk berurusan dengan pihak masjid terlebih dahulu dalam usahanya melepaskan pegangannya.

“Saya bangga dengan langkah ini. Boleh dikatakan ini contoh pertama yang mana semua kutipan derma daripada semua masjid di negeri ini disalurkan untuk tabung ini. Ini satu perkembangan yang sangat melegakan,” katanya di sini hari ini.

Perak semalam bersetuju mengumpulkan kutipan derma solat Jumaat di negeri ini bagi menebus semula tanah masjid tersebut, yang pada awalnya diwakafkan untuk pembinaan masjid tetapi telah dijual kepada pembeli bukan Islam pada tahun 2012.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, anggaran nilai tanah berkenaan ialah RM1.8 juta.

Saarani melihat kutipan semasa solat Jumaat yang terkumpul mencecah sebanyak RM5 juta hingga RM7 juta sebulan boleh digunakan untuk menyelamatkan masjid tersebut dan menunjukkan solidariti umat Islam Perak.

Difahamkan lokasi Masjid Jamek Ar-Ridzuan menjadi sebahagian daripada keseluruhan tanah yang dimiliki oleh pemilik tersebut. Pemilik dikatakan yang bersetuju untuk menjual keseluruhan tanah, bukan sekadar tapak masjid itu sahaja.

Dikatakan juga, usaha awal pernah digerakkan termasuk menyediakan tabung kutipan khas untuk menebus semula tanah tersebut, tetapi tidak berjaya.

Noor Azman melihat perkembangan positif ini mampu menamatkan masalah yang telah berlarutan selama 12 tahun.

Sumber:Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ke waris jual tanah yg dah diwakafkan? Especially bila tahu tanah tu mmg dah diwakaf & dah ade masjid pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 11:48 PM | Show all posts
kitaserupaaa replied at 6-5-2025 10:46 PM
Boleh ke waris jual tanah yg dah diwakafkan? Especially bila tahu tanah tu mmg dah diwakaf & dah ade ...

dah jual dah pun.

Prime land RM1.8 juta nilai semasa, dulu masa wakaf tak nampak future value.


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps ni waris2 tak guna pun buat benda sama pdhl patutnya klu dh waqaf nama kne la letak atas jakim ke jais ke jaip ke

Duit waris sapu tu patut dipulangkn blk...bkn suruh org lain beli blk
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Datuk wakaf tanah, cucu x tahu, cucu jual.  Memang x ada black and white ke urusan wakaf orang dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Teori aku, perkara ni mungkin berlaku dengan tidak sengaja... waris yang jual tanah pada waktu tu mungkin taktau bahawa mesjid tu sebenarnya masih duduk dalam satu lot. Tak pisah.

Waris dok ingat mesjid duduk atas lot sebelah berdasarkan lisan orang² terdahulu kata tapak lokasi masjid dah diwakafkan.
Jadi waris beranggapan ianya telah didokumenkan.

Pastu juai la kat orang lain.
Apek yang beli tanah tu pun mungkin taktau tanah yang dia beli tu ada mesjid diatasnya.
Waktu sebelum beli dulu pun, takat tengok lot geran atas kertas pastu gi site sesambil dimaklumkan bahawa mesjid tu dah tak duduk dalam lot tanah. Dah diwakafkan.(merujuk dah jadi lot baru)

Tahun 2012 bila surveyor tembak sempadan, timbullah isu.

Teori aku la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2025 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang dulu² kan suka cakap lisan jer. Tapi dokumentasi mewakafkan tanah tak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca komen org sana
Tanah tu idaklah semahal 1.8 juta ikutkan
Dlm ratus ribu jelaa
Biasalah high demand kena mark up laa 1.8 juta
Takpelaa nilai pahala lebih besar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 08:18 AM | Show all posts
dengar cerita kutipan dapat lbh 2juta dah...alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:07 AM | Show all posts
Menjawab la waris kat sana nnt, tanah wakaf kau jual!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:23 AM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 7-5-2025 09:26 PM
kitaserupaaa replied at 6-5-2025 10:46 AM
Boleh ke waris jual tanah yg dah diwakafkan? Especially bila tahu tanah tu mmg dah diwakaf & dah ade ...

Bukan sahaja waris, malah pernah ada kes AJK sebuah masjid di Melaka jual tanah wakaf masjid kepada orang bukan Islam.

Jual tanah wakaf: AJK masjid ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan bekas pengerusi dan bekas setiausaha jawatankuasa sebuah masjid di Melaka kerana dikatakan terbabit rasuah dalam proses penjualan tanah wakaf masjid berkenaan.

Menurut sumber SPRM, suspek berusia 61 dan 46 tahun itu dipercayai menerima wang sogokan bernilai RM116,000 bagi melancarkan proses jual beli tanah wakaf milik masjid itu di Kampung Bukit Cina, Melaka.

"Kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah daripada seorang lelaki bukan Islam dalam proses jual tanah wakaf itu pada 2012.

"Kedua-dua mereka ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Negeri Melaka untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes itu petang tadi," kata sumber itu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata kedua-dua individu terbabit akan direman esok untuk membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.
Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/381000
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:48 AM | Show all posts
tanah status rizab melayu pun ada kes dijual kt org bukan melayu
yang
tanah hutan simpan, kene jarah 40 tahun, pun sama

semua psl rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:50 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 7-5-2025 09:42 PM
Teori aku, perkara ni mungkin berlaku dengan tidak sengaja... waris yang jual tanah pada waktu tu mu ...

mcm tak leh pakai je teori nisbbnya urusan jual beli tanah kena ada buat penilaian dulu bagai
wicis anything on the specific land tu mesti org2 terlibat urusan jual beti tu tau
masjid plk tu
bukan kolam kecik



Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:52 AM | Show all posts
Kangkung1M replied at 8-5-2025 09:23 AM
Bukan sahaja waris, malah pernah ada kes AJK sebuah masjid di Melaka jual tanah wakaf masjid kepada ...

tahun sama dgn masjid bagan serai ni
tah ke org yg sama yg beli


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:56 AM | Show all posts
untung buta2 je apek tu haha
yg jual tu cucu plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 7-5-2025 10:43 PM
supernaturalee replied at 7-5-2025 09:52 PM
tahun sama dgn masjid bagan serai ni
tah ke org yg sama yg beli

Dalam video di bawah pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan beritau tanah wakaf mulut je, takde hitam putih. Sebab tu cucu dapat jual kepada orang Cina.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak wakaf tak der org berani buat masjid
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:50 AM | Show all posts
Kangkung1M replied at 8-5-2025 10:21 AM
Dalam video di bawah pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan beritau tanah wakaf mulut je, takde hitam pu ...

mmmmm
padan la boleh jadi berjual beli tu

ni kira masih boleh diselamatkan sbb owner sudi utk jual ke deme
tp siap la
tah berapa plk harga dia letak
yg penting jugak takde syarat2 lain




Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:50 AM | Show all posts
Kangkung1M replied at 8-5-2025 10:21 AM
Dalam video di bawah pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan beritau tanah wakaf mulut je, takde hitam pu ...

Jadi teori konspirasi aku post #6 hampir sejajar dengan cerita pengerusi masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:55 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 8-5-2025 09:50 AM
mcm tak leh pakai je teori nisbbnya urusan jual beli tanah kena ada buat penilaian dulu bagai
wici ...

Aku rasa isu macam ni ada berlaku kat tempat lain, tidak terhad ke atas wakaf saja. Quite common gaklah.
Pengerusi mesjid pun dah bagi pencerahan dalam video, kiranya isu ni bukan sebab sakau menyakau waris, ianya lebih kepada kurangnya ilmu pengetahuan tentang urusan milikan/jual beli tanah baik orang terdahulu mahupun waris.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.056353 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list