View: 123|Reply: 0
|
[Dunia]
Wanita minta cerai dihasut ChatGPT
[Copy link]
|
|
ATHENS – Seorang wanita di Greece memfailkan perceraian selepas chatbot kepintaran buatan (AI), ChatGPT, memberitahu bahawa suaminya berlaku curang hanya berdasarkan serbuk kopi yang digunakan, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Kejadian berlaku apabila pasangan itu mencuba trend popular di media sosial yang menggunakan ChatGPT untuk menganalisis kopi mereka.
Wanita itu membancuh dua cawan kopi dan memuat naik foto cawan tersebut.
Situasi menjadi tegang apabila chatbot itu mendakwa bahawa si suami sedang menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
“Saya ketawa kerana ia adalah perkara karut tetapi isteri saya mempercayai dakwaan itu. Dia meminta saya keluar dari rumah dan memberitahu anak-anak bahawa kami akan bercerai.
“Tidak lama kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada peguam dan saat itu saya menyedari bahawa ia adalah satu perkara serius,” kata si suami.
Meskipun tidak bersetuju untuk berpisah, lelaki tersebut tetap menerima surat perceraian daripada isterinya tiga hari selepas kejadian. – AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|