CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65|Reply: 0

[Sarawak] Misi perubatan beri manfaat kepada 250 penduduk

[Copy link]
Post time 6-5-2025 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Misi dilaksana RCM di pedalaman Long Sela'an, Ulu Baram bermula pada Hari Pekerja, tamat semalam



Sukarelawan perubatan menjalankan pemeriksaan pergigian kepada kanak-kanak di Long Sela’an.

MIRI: Misi perubatan yang berjaya dilaksanakan oleh Rotary Club Miri (RCM) di kawasan pedalaman Long Sela'an, Ulu Baram bermula pada Hari Pekerja dan tamat semalam  telah memberi manfaat kepada kira-kira 250 penduduk setempat.

Projek tahunan ini yang mula diperkenalkan sejak tahun 2008 merupakan inisiatif utama kelab tersebut bagi memperkasa kesihatan dan pendidikan masyarakat luar bandar yang sukar diakses.

Manakala misi kali ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi dan organisasi termasuk Pusat Khidmat Ahli Parlimen P220 Baram, Hospital Miri, Klinik Kesihatan Bandaraya Miri, Klinik Pergigian Bright Smile, Kelab Rotaract Curtin Malaysia, Rotary Club Belait dan Brunei serta pasukan Brunei 4x4.

Kesemua peserta ditempatkan di Segah Sela’an Homestay sepanjang program empat hari itu.

Menurut kenyataan RCM, projek tersebut dilaksanakan sebagai respons terhadap keperluan mendesak masyarakat pedalaman yang berhadapan dengan kekangan akses kepada kemudahan asas perubatan dan pendidikan.

"Rotary Miri sentiasa komited menyokong masyarakat luar bandar di daerah Baram melalui projek ini.

"Ia bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap aspek kesihatan, memperkenalkan perkhidmatan perubatan sedia ada serta menyokong pendidikan asas dalam kalangan kanak-kanak," kata kenyataan itu.

Sepanjang misi itu, pasukan sukarelawan telah menyediakan pemeriksaan kesihatan dan pergigian, rawatan cacing, pengagihan ubat-ubatan serta mengedarkan alat tulis dan bahan bacaan kepada para pelajar sekolah.


Misi perubatan turut melibatkan pengagihan ubat-ubatan, alat tulis dan bahan bacaan kepada golongan muda.

Selain itu, program tersebut turut memberi penekanan terhadap kesedaran kesihatan dalam kalangan komuniti, memastikan golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak menerima rawatan serta sokongan perubatan yang amat diperlukan.

Dalam pada itu, Rotary Club Miri juga giat melaksanakan pelbagai projek khidmat masyarakat yang lain seperti Pembangunan Kepimpinan Belia dan Pendidikan Kesedaran Autisme dalam usaha menyokong pertumbuhan dan kesejahteraan komuniti setempat.

"Kami merupakan sebahagian daripada rangkaian Rotary antarabangsa yang berusaha memperbaiki kehidupan masyarakat melalui sumbangan masa, tenaga dan semangat.

"Rotary melaksanakan projek-projek bermakna dan mampan yang mempromosikan keamanan, memerangi penyakit, menyediakan air bersih, membantu ibu dan anak, menyokong pendidikan, merancakkan ekonomi tempatan dan memelihara alam sekitar," tambah kenyataan itu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.036545 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list