CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 447|Reply: 1

Ada benda golek-golek atas bumbung bilik pukul 3 pagi, kongsi dengan famili baru ibu buka cerita

[Copy link]
Post time 11-5-2025 11:03 AM | Show all posts |Read mode


PENGALAMAN terlihat sosok pocong dengan mata sendiri semestinya tidak akan dilupakan sepanjang hayat.


Bayangkan, jelmaan makhluk berbungkus kain putih itu muncul di hadapan mata di kala awal pagi, ketika sedang berseorangan di bilik!


Berkongsi kisah mistik tersebut di laman sosial, seorang pelayar @manofthe7133 berkata, kejadian berlaku ketika dia pulang ke rumah ibu dan bapanya di kampung.


"Dalam pukul 3 pagi tengah main telefon bimbit, scroll TikTok sebab jenis tak boleh tidur. Rumah saya ni dekat belakang adalah alur sungai. Bilik saya juga dekat bahagian dapur.


"Tengah syok scroll TikTok tiba-tiba dengar something macam berat sangat dari atap belakang hingga ke bilik saya.


"Saya masih husnuzon sebab banyak je binatang yang lalu laluan atap...fikir monyet atau musang je," tulisnya.


Bagaimanapun menurut individu berkenaan, dia mula berasa tidak sedap hati apabila bunyi tersebut kedengaran aneh dan tidak seperti pergerakan seekor haiwan.


"Nak terangkan tu susah... macam badan orang yang berisi dan kita bungkus dia kemas-kemas. Mesti bunyi macam berat kan.


"Yang buat saya tak sedap hati, benda tu asyik bergolek atas atap saya (bilik) je. Macam berpusing tempat yang sama. Paling seram, saya sendiri nampak atap tu macam ada orang bergolek," kongsinya.


Tambahnya, perkara tersebut berlarutan untuk jangka masa yang agak lama sehingga membuatkan perasaannya bercampur baur.


"Memang tak boleh gerak langsung, satu badan meremang. Selepas tu saya niat dalam hati, 'kalau benda ni golek sampai dia jatuh tepi bilik, memang dia cikcong' (pocong).


"Kemudian dia betul-betul jatuh! Luruh jantung mak oi. Bunyi dia ya Allah kuat gila!" kongsinya lagi.




Keesokan pagi, dia menceritakan insiden tersebut kepada ahli keluarganya namun apa yang menghairankan, tidak ada seorang pun yang menyedari perkara itu.


Namun apa yang membuatkan bulu romanya meremang adalah apabila mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh ibunya.


"Mak saya cakap, tepi bilik saya memang laluan 'dia'. Saya macam, what?" ceritanya.


Sekadar pengetahuan bersama, memetik portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perlindungan diri dan tempat tinggal daripada gangguan boleh dilakukan dengan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran.   


"Islam membenarkan memagar rumah selagi mana dengan dibacakan ayat-ayat ruqyah daripada al-Quran dan sebagainya yang boleh menjadi pendinding daripada gangguan syaitan," tulisnya.  - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2025 02:08 AM | Show all posts
seram baca pkul 2am ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.041031 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list