CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 84|Reply: 2

Dikelilingi ramai perokok, wanita tak merokok tanggung derita 4 kali paru-paru kena tebuk

[Copy link]
Post time 18-5-2025 09:08 AM | Show all posts |Read mode


DI sebalik kisah perokok-perokok yang berdepan masalah kesihatan, masih ramai sebenarnya tidak endah dan meneruskan tabiat buruk itu seperti biasa.


Di TikTok, seorang wanita turut berkongsi kisah dirinya yang mengalami masalah kesihatan walaupun dia bukan seorang perokok.


Menurut pemilik akaun Sistihah00, dia merupakan perokok pasif iaitu golongan yang tidak merokok tetapi sering terdedah kepada asap rokok.


"Sekarang viral pasal orang hisap vape dan rokok kena tebuk paru-paru kan? Tapi untuk aku pula, aku kena tebuk sebab perokok pasif.


"2017 paru-paru sebelah kiri dua kali kena tebuk dan 2019 sebelah kanan dua kali kena tebuk.


"Jika ada nyawa yang terkorban disebabkan terhidu bau asap vape atau rokok yang korang hisap, akan bertanggungjawablah korang di akhirat," tulisnya.




Dalam hantaran di TikTok, dia turut memuat naik foto ketika sedang terlantar sakit di hospital.


Tambah wanita itu, dia masih terasa kesannya sehingga ke hari ini walaupun sudah lama menjalani pembedahan.


"Sakit tu hanya Allah yang tahu macam mana. Sampai sekarang kesan sakit saraf tu masih ada sebab baring terlentang atas katil lama sangat tanpa mengiring kiri atau kanan.


"Saya sebagai pesakit nak beritahu waktu ini (sakit) saya tak makan benda mengarut dan banyak benda berpantang makan.


"Tapi boleh terkena sebab orang sekeliling ramai perokok tegar dan waktu tu tak famous lagi vape ni, jadi tak ramai orang hisap vape," ceritanya.


Dalam hantaran sama, dia turut memberi peringatan kepada orang ramai agar berwaspada dan tidak menjadi mangsa sepertinya.


"Alhamdulillah sekarang dah sihat. Sakit ni sebelum waktu kahwin lagi. Jadi kalau boleh tak nak kena lagi sebab dah trauma.


"Kajian menunjukkan risiko penyakit jantung dan kanser paru-paru meningkat bagi perokok pasif yang terdedah dalam jangka masa panjang.


"So beringatlah ya. Saya dah terkena, harap korang tak terkena," ceritanya lagi menerusi hantaran yang meraih lebih 2 juta tontonan itu. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2025 10:00 PM | Show all posts
Moga sihat2 selalu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 02:39 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Dikelilingi ramai lelaki perokok ke laki kat rumah tu yang merokok...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.041950 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list