CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 1

"Nothing Is Free..." Ayat Edika Yang Buat Bekas Isteri Kerja Walaupun Lumpuh, Tak Setuju Terlantar Dijaga Macam Bayi

[Copy link]
Post time 6-5-2025 09:02 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR : Bekas isteri Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri, 47, mendakwa sering diingatkan oleh pelakon itu mengenai tiada apa yang percuma di dunia ini sekali gus menjadi asbab dirinya sedar perlu bekerja meski keadaannya lumpuh separuh badan.


Menurut Nor Hidayah, berikutan itu dia tidak bersetuju dengan dakwaan Edika yang mengatakan dirinya terlantar di katil selain kononnya telah menjaganya umpama seorang ‘bayi’.


Sepanjang perkahwinan saya dengan dia (Edika), saya bekerja. Saya bukan terlantar saja. Dia ‘shooting’ ke apa, tapi saya yang menguruskan segalanya.


“Edika pun sejenis orang yang selalu sebut pada saya bahawa ‘nothing is free in this world’. Kalau nak duduk terlantar saja, pergi duduk di hospital. Jadi, saya bekerja dan keluarga dia (Edika) pun tahu.




“Saya di rumah tak duduk diam-diam. Urusan di rumah lain, urusan kerja lain. Termasuk, urusan kerja dia (Edika) pun saya juga yang uruskan,” katanya.


Nor Hidayah berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.


Mengakui bahawa kata-kata Edika itu mengguris hati, namun Nor Hidayah tetap bersabar sepanjang 22 tahun perkahwinannya dengan lelaki tersebut.


Selain itu, Nor Hidayah juga menafikan dirinya mengalami masalah kesihatan mental sebagaimana yang didakwa oleh pelakon itu sebelum ini.




Terdahulu, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, pada jam 10.42 pagi, semalam.


Pada 23 April lalu, Edika tidak dapat melafazkan cerai terhadap Nor Hidayah pada tarikh itu kerana isterinya berada dalam keadaan tidak suci dan tarikh baru ditetapkan mahkamah pada hari ini.


Edika dan Nor Hidayah bernikah pada 2003 dan hasil perkongsian hidup bersama selama 22 tahun, mereka dikurniakan dua anak iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21 dan Fereena Nurulhaq, 20. -UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 09:32 AM | Show all posts
The abuse is mental abuse. Semoga kuat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-5-2025 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.037732 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list