CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 542|Reply: 12

[Tempatan] RXZ Fighter 2.0 cetus fenomena, diserbu 70,000 peminat

[Copy link]
Post time 5-5-2025 05:44 PM | Show all posts |Read mode












RXZ Fighter 2.0 cetus fenomena, diserbu 70,000 peminat

KUANTAN - Penganjuran acara permotoran RXZ Fighter 2.0 mendapat sambutan di luar jangkaan apabila merekodkan lebih 70,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjurannya di Teluk Chempedak di sini pada Jumaat dan Sabtu.


Menurutnya, lebih membanggakan, selain peserta dari seluruh negara, acara itu turut menerima penyertaan peserta luar negara.

"Semua negeri ada termasuk dari Perlis, Johor sehinggalah negeri dari Pantai Timur dan dari negara-negara lain juga. Kita lihat tadi ada dari Thailand, Indonesia dan Singapura.

"Ini menunjukkan acara pemotoran ini sudah berada ke satu tahap tersendiri dan sudah dikenali dalam kalangan peminat sukan permotoran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyempurnakan Majlis Perasmian RXZ Fighter 2.0 di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut Fadzli berkata, kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan penuh bukan sahaja dalam usaha merancakkan aktiviti permotoran malah ia juga membantu dalam aspek ekonomi peniaga.

"Saya difahamkan penginapan termasuk hotel dan 'homestay' penuh sepanjang dua hari ini hingga ada peserta terpaksa berkhemah di tepi pantai dan tidur di masjid," katanya.

Tambah beliau, acara itu akan diteruskan lagi tahun hadapan dengan persiapan lebih rapi.

"Ada cadangan supaya acara ini dianjurkan di daerah lain pula, bagaimanapun perkara itu telah dibincangkan dan akan terus diadakan di Kuantan, mengambil kira beberapa faktor termasuk isu penginapan," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/726488

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2025 07:21 PM | Show all posts
Acara lagha tak ada faedah sesuai sangat dengan mentaliti type M.

Mengulas lanjut Fadzli berkata


Siapa Fadzli?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam ramai² tu mesti ada terselit tokan kosmetik yang kaya raya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah x laku la event kat Ghanu kot lps kerajaan Gahnu haramkan vape
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Semak tul geng motor ni.
Aritu diorg buat konvoi di melaka, ya ampun sesak tul
bandar ayer keroh. Kita pula kena elak dan hati2 dengan geng ni.
Sebab diorg bergerak beramai2 di tengah jalan.
Pastu park moto sesuka hati tepi2 tu.
Sengal punya idea!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 08:13 AM | Show all posts
kumpul ramai2 lps tu buat ape je
lawan pedang??


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2025 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
RXZ ni popular waktu aku sekolah menengah dan di universiti. Yamaha pun dah stop production sejak 2011.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 10:22 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 6-5-2025 08:13 AM
kumpul ramai2 lps tu buat ape je
lawan pedang??

Tayang muto sapa paling mahal, paling rare, paling cantek, paling hebat dan terpaling laju kat LPT.
Fighter fighter jugak... sekali kena pukat kat heiway berterabur lari macam sotong.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 03:03 PM | Show all posts
Tahniah. Banyakkan lagi aktiviti2 begini. Perlu untk menjana ekonomi. Belia2 dapat manafaat minat permotoran. Boleh mencegah aktiviti yg tidak sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 03:19 PM | Show all posts
RXZ members la, RXZ fighter la. berapa bnyk event besi buruk nak buat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
x kena pukat ke kat kuantan ni?kat terengganu tebar di sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg zmn scooter dah, biras aku bru ambil x-max
Aku pun bru angkat scooter ingt nk beli nmax atau adv last beli ego jer, setakat nk bwa gie kerja
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalanraya penuh mat rempit gangguan betul bawak motor saling berlumba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.059968 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list