View: 391|Reply: 3
|
[Tempatan]
Tiga Banduan Kajang Raih Kejayaan Akademik
[Copy link]
|
|
Tiga Banduan Kajang Raih Kejayaan Akademik

Tiga graduan Open University Malaysia (OUM) Shankar, 34, Siva, 36 dan Suresh, 31 (bukan nama sebenar), menunjukkan skrol yang diterima pada Majlis Konvokesyen Open University Malaysia ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Mereka adalah banduan dari Penjara Kajang yang menamatkan pengajian ketika dalam tahanan.
Kehidupan di sebalik tirai besi tidak mematahkan semangat tiga orang banduan untuk menimba ilmu, sehingga masing-masing berjaya menamatkan pengajian dengan memperoleh ijazah dan diploma daripada Open University Malaysia (OUM).
Tiga individu berkenaan, yang dikenali sebagai Siva, Shankar dan Suresh (bukan nama sebenar), merupakan penghuni Penjara Kajang dan menjadi antara graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-29 OUM yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Suresh, 31, yang menjalani hukuman sepanjang hayat sejak 2011 pada usia 17 tahun sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS), memulakan perjalanan pendidikannya di dalam penjara pada 2014 dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat keputusan cemerlang.
Saya masuk penjara pada umur 17 tahun dan saya dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Pada waktu itu saya fikir masa depan saya sudah tiada. Namun selepas menduduki SPM di Sekolah Integriti Kajang, saya menjadi antara pelajar terbaik.
Saya diberikan tawaran untuk sambung belajar di peringkat Diploma Pengurusan Perniagaan di Open University Malaysia (OUM), dengan penajaan penuh oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA),” katanya kepada media selepas majlis konvokesyen itu.
Suresh yang kini sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pentadbiran perniagaan berkata kejayaan ditempanya itu, boleh menjadi sumber inspirasi kepada tahanan lain untuk terus cekal menimba ilmu.
Bagi Shankar, 34, pula walaupun terikat dengan peraturan ketat dan susasana pembelajaran yang berbeza di penjara, ia tidak menjadi penghalang untuk dirinya mencipta kejayaan dalam akademik, apabila berjaya menggenggam Diploma Pengurusan Perniagaan di OUM.
Saya dan Suresh mula belajar pada tahun 2019, tetapi disebabkan pandemik COVID-19, kami terpaksa menangguhkan pengajian selama setahun enam bulan. Apabila pengajian disambung semula, semuanya dijalankan secara dalam talian.
Memang banyak cabaran yang dihadapi, namun mereka (pegawai dan pensyarah) sangat menyokong. Pelbagai kemudahan seperti komputer, Internet dan bahan belajar disediakan untuk membantu kami,” katanya yang turut mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2419523
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siva (bukan nama sebenar) tak ada cerita ka? Apakah bibir beliau se merah namanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Beribu ribu tahniah thamby
Sepanjang majlis convo mereka ni kena gari ke cemana?
Aku penah gi spital gomen melawat org sakit then masa turun lift next level ada polis masuk beserta banduan yg baru discharged ward dgn tangan bergari. Cuak habis aku weiii 
Aku takut dia boleh capai pistol polis tu nayaaa je
Patutnya polis dgn banduan tu guna lift khas utk staff guna tapi tatau kenapa aritu mereka tak guna
|
|
|
|
|
|
|
|
masa meols jaga mak meols kat wad beberapa kali, banyak kali jugak bertembung dengan banduan kat situ. Yes, memang bergari. Nampak je muka diorang, cuma masa diorang jalan tu kena himpit2 dengan polis kanan kiri depan belakang diorang pun jalan muka tunduk je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|