PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa tidak selesa apabila terpaksa beratur panjang di sebuah pasar raya pada hujung minggu gara-gara kehadiran ramai pelanggan lain yang hadir untuk membeli-belah menggunakan bantuan tunai Sumbangan Asas Rahmah (Sara).
Menurut wanita tersebut, dia hanya mahu melakukan pembelian ringkas menggunakan wang tunai, namun terpaksa menunggu lama di kaunter pembayaran kerana kesesakan akibat orang ramai berpusu-pusu berbelanja menggunakan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada golongan berkelayakan.
“Hari cuti orang nak shopping (berbelanja). Berlambak (ramai) B40 nak ambil bantuan Sara. Ganggu kita nak bayar guna cash (tunai). Semak,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini.
Hantaran wanita itu ternyata mendapat kecaman hebat daripada netizen yang rata-ratanya menyelar tindakan pengguna TikTok tersebut.
“Kenapa tak shopping (berbelanja) kat Jaya Grocer? mesti tak cukup duit kan?, pelru @pipol.
“La bayar pakai cash (tunai). Aku B40 bayar guna ‘apple pay’,” kata Najihah.
“Penerima Sara ada satu kaunter khas. Tak ada ganggu orang lain pun, yang kau pergi beratur dekat situ (kaunter khas) kenapa? Kaunter lain ada je, acah-acah T20 padahal penerima Sara,” kata Syahniza.
Program Sara merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan bantuan tunai atau barangan asas bagi meringankan beban kos sara hidup.
Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli keperluan harian di pasar raya dan kedai runcit terpilih. – KOSMO! ONLINE
|