View: 121|Reply: 4
|
Tiket konsert Beyonce tak laku, penganjur buat potongan harga penuhkan stadium
[Copy link]
|
|
KONSERT jelajah penyanyi terkenal Beyonce yang mula berlangsung pada 28 April lalu dilaporkan berdepan masalah apabila tiket tidak berjaya dijual.
Daily Mail melaporkan, beberapa jam sebelum ‘Cowboy Carter Tour’ berlangsung di Stadium SoFi di Los Angeles bermula, ribuan tempat duduk masih kosong sehingga menyebabkan penganjur panik.
Ia turut memaksa penganjur membuat potongan harga tiket sehingga AS$20 atau RM85 sebagai cara menarik perhatian pembeli.
Malah bagi memenuhi ruang yang kosong, penonton dipindahkan ke bahagian tiket lebih mahal bagi mengelak stadium kelihatan kosong.
Dalam pada itu, Beyonce dan suaminya iaitu penyanyi rap Jay-Z mendakwa masalah itu berlaku disebabkan kemunculan penjual semula tiket (resellers).
Difahamkan, penjual tiket semula ini dipercayai menaikkan harga tiket terlalu tinggi sehingga menyebabkan peminat ragu-ragu untuk membeli.
Pun begitu, terdapat dakwaan bahawa sambutan hambar terhadap konsert jelajah ini dipengaruhi skandal membabitkan Sean Diddy yang terlibat dalam kes jenayah seksual.
Nama besar lain seperti Jay-Z dan Beyonce turut terpalit dengan kontroversi itu sehingga menjejaskan reputasi mereka berdua.
Diddy kini sedang ditahan di sebuah penjara di Brooklyn, Amerika Syarikat sementara menunggu perbicaraan atas tuduhan berat termasuk pemerdangan seks dan pemerasan.
Pada Disember tahun lalu, nama Jay-Z turut terpalit dengan kontroversi melibatkan Diddy yang membabitkan tuduhan keganasan seks terhadap remaja bawah umur pada tahun 2000.
Bagaimanapun, Jay-Z menafikan tuduhan itu dan kes tersebut digugurkan sepenuhnya dua bulan kemudian.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
gitu acik beyonce jgn dibunuh pulak fans yg tak pergi haha
btw anak dia pergh kalau tak tgk umur ingatkan dah 20 thn tgknya |
|
|
|
|
|
|
|
kalo kat LA pun tak laku bersedia la zaman kejatuhan.taylor swift you're next.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak tgok pulak lady gagah concert in singapore....full house x? |
|
|
|
|
|
|
| |
|