View: 176|Reply: 3
|
[Tempatan]
Bukan di Melaka:Bakal Jadi Tarikan Pelancong, Pasar Terapung Baharu Ala Hatyai Akan Dibuka Di Sepang.Anda teruja?
[Copy link]
|
|
Tidak lama lagi, pasar terapung bakal diperkenalkan di Kampung Labu Lanjut di Sepang, Selangor sebagai produk pelancongan komuniti yang baharu untuk pelancong domestik dan antarabangsa
Menurut laporan Harian Metro, konsep pasar terapung itu adalah tiga cadangan projek ekonomi dikemukakan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Labu Lanjut.
Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, pengenalan konsep pasar terapung itu berpotensi menjana ekonomi penduduk setempat sekali gus dapat menaikkan nama Selangor di peringkat antarabangsa.
Menurut beliau, lokasi kampung itu yang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 juga memberi kelebihan untuk menjayakan konsep pasar terapung itu
Pasar terapung juga mungkin diperkenalkan di sebelah utara Selangor
"Kemungkinan bukan sahaja di Sepang, pada masa akan datang mungkin diperkenalkan (pasar terapung) di sebelah utara Selangor.
"Di Sabak Bernam yang mempunyai sungai di Sekinchan dan sebagainya. Jadi, saya yakin dan percaya dengan usaha ini akan memberi satu impak yang baik dari segi ekonomi setempat," katanya.
Terdahulu, beliau berkata pemilihan Kampung Labu Lanjut sebagai Kampung Angkat Madani Akademi Kenegaraan Malaysia menandakan permulaan kepada satu inisiatif pembangunan akar umbi.
"Kerajaan Madani memperuntukkan sehingga RM1 juta bagi setiap kampung yang terlibat dalam program ini.
"Ini adalah pelaburan besar yang mencerminkan iltizam kerajaan untuk membina pembangunan yang menyeluruh bukan hanya kepada infrastruktur fizikal, tetapi juga dari segi sosial, ekonomi dan nilai kemanusiaan," katanya lag |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Godd luck Sepang. Kalau indon bising maling... maling... suruh dorang tengok cermin di Bandung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bakalan pasal terapung mahal nak mampui. Bukan budaya tempatan orang Sepang pasar terapung ni. Buat la macam Pahang, Pekan Sehari tu, lagi dekat dihati. Ni hype je lebih, sustainability yillek. Sebulan dua je bertahan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|