CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 495|Reply: 9

"Senang jadi suami Bonda Rozita, datang tinggal cuci kaki je"

[Copy link]
Post time 2-5-2025 05:54 PM | Show all posts |Read mode


Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim tampil mempertahankan suaminya daripada komen negatif yang dilemparkan oleh warganet.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Rozita berkongsi komen warganet yang mendakwa suaminya bertuah kerana hanya ‘cuci kaki’ ketika mengahwininya.

Tidak berdiam diri, Rozita menyifatkan semua insan di dunia ini adalah miskin dan kekayaan hanya milik Allah SWT.

Ada netizen komen, ‘untunglah dapat suami yang cuci kaki.’



Pada saya, kita jangan menghina sebab tiada sesiapa yang kaya di muka bumi ini.

Kata guru saya, semua manusia adalah miskin termasuk saya..maksudnya yang kaya hanya Allah sahaja.

Justeru, Rozita menitipkan nasihat kepada warganet agar tidak menghina sesiapa pun kerana kekayaan atau kemiskinan seseorang.

Semua manusia melalui takdir masing-masing. Kalau nak kata suami saya ‘cuci kaki’, saya pun tidaklah kaya..kaya pun sebab atas izin Allah.

Bagi saya adalah tidak manis apabila menghina orang kerana dia tidak setaraf dengan saya kerana kekayaan sebab saya ini sebenarnya miskin. Saya tahu macam mana azabnya menjadi orang miskin.


  


Jangan hina orang, kesian dekat diri sendiri sebab hati itu berpenyakit.

Terdahulu, Rozita telah mendirikan rumah tangga dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur AI Islam.

Dalam masa yang sama, Rebecca juga menyapa Rozita dengan panggilan ‘kakak iparku’ dalam satu sesi siaran langsung.

Selain itu, tular video memperlihatkan pasangan itu berpimpin tangan, manakala anak kepada Rozita iaitu Ain turut mengesahkan ibunya telah berkahwin lain.

Sumber: OhBulan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2025 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecoh-kecoh tak bayar hutang reno tu apa cer....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:09 AM | Show all posts
iols baru nak komen gak psl hutang reno tu. lol. apa ttiba plak psl reno ni BR.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 02:30 PM | Show all posts
Membongak je boonda hutan ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap tak tgk cermin
Masa ko pandang hina pada ameena dgn qayum tu dulu ko lupa
Ni semua balasan ats perbuatan ko pada budak2 yg tak ada dosa tu..
Anak2 ko pula yg benci ko skrng
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal lg....bagi 6 bln tgk....????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2025 10:02 AM | Show all posts
dia ni suka tulis pjg2 lebar, kdg x suka aku nk membaca. yelah sanjung je la laki baru tu nek bonda.

aku rasa sejak dia nikah baru ni mmg ramai x suka dia, imej dia jd rosak sb laki n adik ipar. kang ade jgk serai nt kalau dh keterlaluan sgt isu dlm perhubungan suami isteri yg baru bina ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni red flag.. sbb kalau cakap dia je semua betulll dia je hebat.. tgk kak yati mcm jauh hati betul ngn mak dia.. tp diam je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek ni sesen ckp xblh pakai..penunggang ugama perasan doctor yihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 04:20 PM | Show all posts
Kaya ke misssekinnn ke, janji bonderrr dapat batang baruuuuu....boleh bergesel2... dengan pak haji dulu takleh tunjuk2 gesel2... hahaha kalau beranak lagi kalau lahhhh beranak lagi mana tau laki baru ancut ancut dalam kan....bonderrr pulakkk subur kekonon makan jamu fuki....kalau beranak lagi bersepah2 la anak dia lain-lain bapak...dah macam koleksi dah... konon kahwin sebab nak bertemannnn....yihhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.041370 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list