Saya sudah jelas dengan status Andika dan ketika itu saya difahamkan semuanya sudah selesai.
Justeru, Dr Amalina memohon agar orang ramai tidak lagi mencetuskan dakwaan terhadap mereka demi kesejahteraan semua.
Tentang Old Money style pula, saya cuma nak tegur dia tak ada kaitan pun dengan yang lepas, itu antara kami sahaja. Saya cuma nak ubah dia jadi lebih baik dan tak boros berbelanja.
Saya pasti pihak sana pun tak suka dikaitkan atau disebut lagi. Jadi untuk kebaikan semua, sudah-sudahlah mengaitkan dan melagakan kami.
Dia pun sudah bahagia, kami pun gembira dengan hidup kami.
Untuk info, sekitar Januari lalu Andika menamatkan zaman dudanya dengan mendirikan rumah tangga bersama Dr Amalina.
Difahamkan, Andika dan bekas isteri, Ananda Natasha pernah bercerai buat kali pertama pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha Puteri sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember 2023.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata.
Sumber: TikTok Amalina Aiza
Sumber: OhBulan