CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 740|Reply: 19

[Jenayah] (KEMASKINI) Budak 11 tahun cedera ditikam 3 kali bapa kemurungan, dalam proses cerai kali ketiga

[Copy link]
Post time 2-5-2025 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 2-5-2025 07:46 PM



PASIR MAS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera ditikam bapanya yang dipercayai mengalami gejala kemurungan di rumah mereka di Kampung Banggol Che Dol di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa ditikam di bahagian perut oleh bapanya yang merupakan guru. Kanak-kanak itu dilaporkan stabil di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.


Moyang mangsa, Mohd. Yusof Sulaiman, 77, berkata, dia tiada di rumah semasa kejadian berlaku kerana keluar bersarapan di sebuah kedai kopi.


Katanya, dia tinggal di sebelah rumah mangsa terkejut melihat bapa kanak-kanak itu berada seorang diri di atas tangga sebaik tiba di rumah.


“Isteri dan lima anaknya tiada di rumah kerana bermalam di rumah ibu bapanya yang terletak 500 meter dari sini. Saya tidak mengesyaki apa-apa sehingga pihak polis datang ke rumah dan menangkapnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Sementara itu, penduduk kampung dikenali sebagai Ahmad berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas melihat mangsa yang berlumuran darah dibawa keluar dari rumah.


Menurutnya, kanak-kanak itu membonceng motosikal yang ditunggang datuknya sambil bersandar pada dada bapa saudara untuk ke hospital.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu, laporan lanjut dalam tindakan pihak polis. – KOSMO! ONLINE



Krisis rumah tangga yang sedang dihadapi oleh seorang guru ketika proses perceraian kali ketiga dipercayai menjadi punca lelaki itu bertindak menikam anak lelakinya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, suspek telah menikam mangsa yang berusia 11 tahun sebanyak dua kali pada bahagian dada dan sekali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.


Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, kejadian itu berpunca daripada krisis rumah tangga yang dihadapi oleh suspek yang kini dalam proses penceraian dengan isterinya untuk kali ketiga.


Menurutnya, kes perceraian itu dijadualkan disebut pada 13 Mei ini di Mahkamah Syariah Tumpat dekat sini.


“Selain itu, suspek dipercayai mempunyai masalah mental dan menerima rawatan psikiatri sejak dari 2008 sehingga kini.


“Mangsa yang merupakan anak kandungnya dirawat di Hospital Pasir Mas dan akan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.


Kama Azural memberitahu, suspek telah ditangkap dan ditahan di lokap Balai Polis Pasir Mas di sini.


Menurutnya, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Bharu dekat sini esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.


Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera ditikam bapanya yang dipercayai mengalami gejala kemurungan di rumah mereka di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung di sini.


Dalam kejadian itu, mangsa ditikam di bahagian perut oleh bapanya yang merupakan guru dan kanak-kanak berkenaan dilaporkan stabil di HRPZ II. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2025 05:46 PM | Show all posts
Kemurungan boleh tikam orang?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 05:56 PM | Show all posts
Bagaimana orang malezia hidup aman damai, ada keluarga, ada kerjaya, tanah, rumah, kereta semua cukup boleh murung? Asing worang berbondong-bondong datang nak menumpang di tanah bertuah ini sumua happy sambil rompak subsidi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 2-5-2025 05:46 PM
Kemurungan boleh tikam orang?

Keketuman mungkin?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya
Mesti anak trauma
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 06:07 PM | Show all posts

I don't think so. Kemurungan is a defined mental ilness mana boleh suka2 guna. Harap wartawan pergi sekolah lah.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2025 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu tu memang cuti sebab kemurungan kah
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu nk husnozon, tu mesti murung sbb buatan org , tu jd murung. ( cikgu pulak tu, ada org jeles la tu, dh la kt Siam ,senang cari tok bomoh).  Tp sihir2 ni jgn main, mmg wujud.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2025 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dulu2 org sebut gila..
cikgu pun ada yg gila..
gila yg light2 je kot bukan skizo..
mujur x tikam anak murid, kalau tak lagi haru
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya adik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah dah cantik dah...sygnya tak waras pula..kesian anak...semoga x trauma...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian ank tu betul2 jd mangsa keadaan
Mesti si mak rasa nyesal xbw budak tu skali
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp budak tu sorang je duk ngn ayah dia? Tak ikut maknya sekali bermalam?
Ke dia lebih rapat ngn ayah dia? Ujung2 kena tikam plak
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu kan yg menikam tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak tny gak apa hukumnya org sakit mental ni kawen? Sah ke perkahwinan tu? Sebab dalam Islam salah satu syarat utk kawen kena berakal. Jadi kalau yg sakit mental ni akal tak waras camne? Kalau banding dgn hukum lain pun mcm puasa dan solat, kalau hilang kewarasan walaupun sekejap dah kira batal dah ibadat tu. So how sbb makin ramai plak org gila mcm ni kawen pastu menyusahkan org lain pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 07:53 AM | Show all posts
annehuda replied at 3-5-2025 07:27 AM
Aku nak tny gak apa hukumnya org sakit mental ni kawen? Sah ke perkahwinan tu? Sebab dalam Islam sal ...

Boleh je dapat tekanan jiwa later in life, dah terkahwen, terberanak-pinak nak buat camne? Bukan semua simptom muncul awal-awal sejak kecil. Persekitaran pon boleh menyebabkan seseorang itu develop sakit mental di kemudian hari. Bini yang asyik kena sepak terajang dengan suami boleh mendapat gangguan mental juga. Orang yang menghadapi tekanan kerja terlalu tinggi pon boleh develop gangguan jiwa juga. Kalau pernah alami trauma misalnya dirogol, dipukul, accident, perang, saksi kepada kejadian dahsyat pun boleh mengakibatkan gangguan mental. Selalunya yang mmg sakit mental dr awal remaja ke apa tak kahwen pon. Yang kahwen ni selalunya develop later atau simptom timbul atau lebih jelas selepas sudah kahwen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2025 07:56 AM | Show all posts
BTW kalau rajin ambik barang, isap itu ini pon boleh sesangat menyebabkan sakit mental, sebab itu jauhi dadah. Waima ganja yang dikata harmless tu pun banyak jah yang sewel teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi ada jer aku jumpa cikgu yg kemurungan tapi rasa bukan sbb kerja pun maybe enviroment jika sebab kerja patut doktor dan jururawat yang stress
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 2-5-2025 06:52 PM
Klu nk husnozon, tu mesti murung sbb buatan org , tu jd murung. ( cikgu pulak tu, ada org jeles la t ...


Perlu ka ayat last tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 3-5-2025 07:27 AM
Aku nak tny gak apa hukumnya org sakit mental ni kawen? Sah ke perkahwinan tu? Sebab dalam Islam sal ...

Kena dimandulkan kalau gila...dikecutkan zakarnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-5-2025 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.063689 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list