CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 666|Reply: 12

Sabronzo Perjelas Cincin Di Jari Manis - “Ini Hadiah Sangat Istimewa Daripada Seorang Yang Istimewa.”

[Copy link]
Post time 1-5-2025 06:25 PM | Show all posts |Read mode


Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo tidak menafikan cincin yang sering dipakai di jari manis ialah hadiah daripada seseorang yang cukup istimewa.


Menurut Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, cincin itu dihadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada Mac lalu.


“Setiap cincin yang saya pakai ada keistimewaan yang tersendiri.


“Yang ini (di jari manis) adalah hadiah yang sangat istimewa daripada seorang yang istimewa bersempena dengan hari jadi saya,” katanya.


Sabronzo ditemui bersama dua lagi anggota Dolla, Tabby dan Angel, sejurus Sidang Media Konsert  MeleTOP TVS di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.


Sabronzo bagaimanapun tidak mendedahkan lanjut mengenai siapa identiti si pemberi cincin.


  


Sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam perhubungan, Sabronzo tidak menolak untuk berkongsi sesuatu apabila tiba waktu yang tepat.


“Dalam apa sahaja perhubungan, insya-Allah. Saya mendoakan yang baik-baik sahaja. Kalau ada yang baik sudah tentu kita akan kongsikan, mengapa tidak.


“Kalau ada jodoh, adalah. Sekiranya ia hadir pada masa yang tepat. Perjalanan karier Dolla cukup baik, alhamdulillah. Semoga untuk kehidupan peribadi pun sama seimbang,” katanya lagi.


  


Walaupun terbuka dengan kemungkinan kehadiran teman istimewa dalam hidupnya, Sabronzo tetap memilih untuk menjaga batas dalam berkongsi hal peribadi, terutama bila melibatkan individu terdekat.


“Buat masa sekarang, saya tidak mahu mengiya atau menafikan. Kalau boleh cuba menjaga yang berkaitan dengan privasi.


“Bukanlah mahu terlalu berahsia. Cuma kalau ia berhubung dengan insan terdekat seperti ahli keuarga, teman rapat atau pasangan sekiranya ada, itu menjadi suatu perkara yang saya cuba untuk kawal,” jelasnya lagi.


  


Dalam perkembangan lain, Dolla bakal tampil membuat persembahan di Konsert MeleTOP TVS yang akan berlangsung pada 17 Mei ini di Stadium Tertutup Miri, Sarawak.


Selain Dolla, penyanyi lain yang turut serta dalam konsert percuma ini termasuklah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Floor 88, Namie dan ramai lagi.


Konsert ini turut disiarkan secara langsung menerusi TVS (saluran 122 di Astro, MYTV & Unifi TV), Astro ONE dan platform Sooka. - MEDIA HIBURAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2025 01:57 PM | Show all posts
Menurut Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli..cilakak..aku ingatkan mixed Filipinos
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Giler aku ingt kapiaq ppuan ni. Ingat shasha je melayu dlm Dolla. Sabronzo mak hang
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni kalau takde filter, macam muka akak2 kerja sephora je.

btw kenapa gigi dia nampak besar eh? veneer ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ler camni je paras rupanya.. Patutlah kena seksi
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka seiras dgn Shuringai..x caya..suruh dia pakai tudung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2025 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 3-5-2025 03:38 PM
Muka seiras dgn Shuringai..x caya..suruh dia pakai tudung

Seriously baru nk ckp benda yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye la dh belanja...perut pusat peha
Takkan hanya dpt org biashe biashe je kan
Harus la dpt VVIP at least..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2025 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
booty shake sana sini harusla dirembat orang khennn
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 3-5-2025 03:38 PM
Muka seiras dgn Shuringai..x caya..suruh dia pakai tudung

Baru nk cakap yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Idong nampak tak oriii. Cuba belajar dr kakafaz buat idung yg subtle jahh
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaga gmbar dia sengih tu i ingat kan shungai dah free hair
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarberbisa replied at 3-5-2025 02:17 PM
dia ni kalau takde filter, macam muka akak2 kerja sephora je.

btw kenapa gigi dia nampak besar eh? ...

Excuse me. Akak2 sephora lg lawa. Muka sab ni xde filter apa smua sbijik shuringai punya level
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-5-2025 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.044424 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list