CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 613|Reply: 8

Thunderbolts hampir ‘shooting’ di Indonesia, dipintas Malaysia saat akhir

[Copy link]
Post time 3-5-2025 02:19 PM | Show all posts |Read mode


INDONESIA hampir menjadi lokasi penggambaran filem terbaharu Marvel, Thunderbolts sehinggalah dipintas Malaysia pada saat akhir yang memiliki lebih banyak menara pencakar langit tinggi dan canggih termasuklah, Merdeka 118.


Pengarah Thunderbolts, Jake Schreier berkata, salah satu menara di Indonesia telah dipertimbangkan, namun menara terbabit kurang tinggi daripada Menara Merdeka 118 yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.


“Kami sebenarnya akan (hendak melakukan penggambaran di Indonesia). Ada menara yang dipertimbangkan di sana.


“Tetapi sayangnya (menara) Malaysia lebih tinggi dan kami sangat ingin pergi ke menara tertinggi di dunia,” kata Schreier dalam satu temu bual bersama portal, Kumparan.




Dalam babak awal Thunderbolts, watak utama Yelena Belova yang dilakonkan Florence Pugh melakukan terjunan dari Menara Merdeka 118.


Tambah Schreier, penggambaran di menara setinggi lebih 2,000 kaki itu sejajar dengan komitmen mereka untuk menjadikan Thunderbolts kelihatan lebih nyata.


“Saya rasa ada komitmen dalam filem ini untuk melakukan sesuatu yang nyata dan memanfaatkan elemen praktikal.


“Kami mempunyai konsep itu, kami boleh melakukannya secara nyata. Sama seperti aksi filem Bond tetapi dalam versi kami yang lebih emosi,” katanya lagi.


Shreier memaklumkan visual Menara Merdeka 118 sesuai dengan latar filem itu yang berpusat pada kisah adiwira Marvel yang gelap.




“Pereka produksi menyukai menara ini (Merdeka 118) dan ada kaitan secara estetik dengan filem kami kerana gelap, anggun dan minimalis dalam pelbagai cara,” ujarnya lagi.


Mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 1 Mei 2025, Thunderbolts menjadi filem ke-36 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).


Selain Florence Pugh, filem tersebut turut dibintangi Lewis Pullman, David Harbour, Sebastian Stan, Geraldine Viswanathan dan Olga Kurylenko.


Thunderbolts kini mendapat rating cemerlang rata-rata pengkritik filem dengan markah 88 peratus (Tomatometer) di Rotten Tomatoes. – KOSMO! ONLINE



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2025 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesia disebut sbg tmpt penyelidikan utk eksperimen ke ataih Bob, bg menukarkannya  menjadi Sentry..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 03:18 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 3-5-2025 02:29 PM
Mesia disebut sbg tmpt penyelidikan utk eksperimen ke ataih Bob, bg menukarkannya  menjadi Sentry..

tapi fanboy Marvel dok claim Sentry tu Made In Malaysia.  Kalau saintis Malaysia yg buat teknologi nak cipta Sentry tu ok la jugak, ni setakat lab je.  tu pun sempat je si Valentina tu keluarkan Sentry dari Malaysia sebelum menara tu kena bom ngan Yelena.  Sama jah org Malaysia pun kaki claim jugak.  Cringe hokkay fanboy dok claim mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi tetap juga Bill OReilly kata Malaysia ni Indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
marvel pun recognized bertapa marvelous nye nitijen malaysia
contoh israel koyak…gituhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 3-5-2025 03:18 PM
tapi fanboy Marvel dok claim Sentry tu Made In Malaysia.  Kalau saintis Malaysia yg buat teknologi ...

Kalau made in mesia sekalipun, last2 takleh pakai pawer dia sbb nnt terjebak jadi murung.. apa gunanya..

Deme habaq makmal penyelidikan kat mesia.. tapi tak habaq saintis apa sumer tu dari mana.. giteww..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2025 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 3-5-2025 04:02 PM
Kalau made in mesia sekalipun, last2 takleh pakai pawer dia sbb nnt terjebak jadi murung.. apa gun ...

Tu la pasal. Kekdg cringe tgk org Malaysia dok bangga psl ni. Like wei Sentry tu terhasil daripada eksperimen terhadap manusia kot. Meaning brape ramai manusia yg jadi bahan eksperimen tu mati sblm Sentry ni. Tu blum lg, camne kerajaan Malaysia bleh luluskan organisasi luar negara bukak lab human experiments kt Malaysia nih? Si Bob tu pun ngaku dia drug addict yg merayau2 kt South East Asia pastu dioffer oleh lab tu utk experiment ni, meaning what, dadah senang nak dpt kat sini ke? Tapi kita dok kebangga Sentry Made In Malaysia kekdahnye. Sama naik jah ngan Konoha kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 3-5-2025 04:34 PM
Tu la pasal. Kekdg cringe tgk org Malaysia dok bangga psl ni. Like wei Sentry tu terhasil daripada ...

Mula2 iols baca reviu kawan yg mesia disebut2.. ingatkan menda baik.. rupanya.. haiyoo..

Tpi iols suka thunderbolts.. ending best..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2025 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 3-5-2025 03:37 PM
Tapi tetap juga Bill OReilly kata Malaysia ni Indonesia

Dia tu merepek
Suka hati je ckp kita tak cukup makan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-5-2025 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039190 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list