CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 561|Reply: 16

Amir Ahnaf okay je berlakon pegang-pegang artis wanita, asalkan bukan isteri orang

[Copy link]
Post time 2-5-2025 05:13 PM | Show all posts |Read mode


Amir Ahnaf tidak menolak melakonkan babak bersentuhan dengan aktres wanita melainkan mereka sudah berumah tangga.

Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 25, berkata tindakannya itu dibuat atas dasar hormat kepada status aktres yang sudah bergelar isteri.

“Saya okay sahaja untuk buat babak bersentuhan, selagi pelakon gandingan saya belum berkahwin.

“Kalau dia dah kahwin, saya akan pilih untuk elakkan sentuhan fizikal. Bagi saya itu adalah soal prinsip dan hormat kepada pasangan mereka.

“Kalau pelakon wanita saya tak selesa untuk buat babak bersentuhan, saya akan terus cari cadangan lain. Apa-apa pun, saya akan bincang dengan cara yang baik,” katanya kepada mStar.

  


Dalam pada itu, Amir memberitahu dia tidak pernah mendapat sebarang ugutan daripada netizen yang kurang senang melihat dirinya melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita lain.

“Setakat ni, belum lagi dapat ugutan dari peminat sebab babak-babak macam tu.

“Saya percaya semua tu berkait dengan menghormati. Kita kena tahu bagaimana nak imbangkan kehidupan peribadi dan kerjaya sebagai pelakon,” ujarnya.

Ditanya soal keserasian gandingan bersama pelakon Puteri Balqis menerusi drama Keluarga Itu, Amir menjelaskan dia perlu lebih berhati-hati memandangkan aktres tersebut masih berumur 17 tahun.

  


“Masa berlakon dengan Aqish, saya ambil masa untuk fikir cara terbaik agar kami selesa bekerja. Akhirnya saya ambil pendekatan untuk anggap dia seperti adik sendiri.

“Bila saya layan dia sebagai seorang adik, rasa sayang dan hormat itu datang secara semula jadi. Itu memudahkan saya untuk jayakan babak dengan jujur dan selamat,” ujarnya.

  


Dalam perkembangan lain, Amir membawakan watak Zuhayr dalam drama Pabila Dia Tersenyum yang disiarkan di platform penstriman Viu pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Selain Amir, drama tersebut turut menampilkan barisan pelakon popular termasuk Alya Iman, Adam Lee, Iqram Dinzly, Marissa Yasmin, Rusdi Ramli dan Iqram Dinzly.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2025 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
walaupun muka x hensem tapi ko pandai berlakon dik tak kayu…
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh pulak ek mcm tu haha

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
jihyomelly replied at 2-5-2025 05:23 PM
walaupun muka x hensem tapi ko pandai berlakon dik tak kayu…

Betul kannn … tak hensem … tapi suka watak dia yg man man … x nampak jambu lgsg
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mcm beto.berbakat & manis tu ada. Sedaplah demanding.jaga attitude dik necaya satu hari kau bleh berjaya.aku suka hero2 mcm ni banding dgnnmuka2 jambubmcm meerqeennatau yg jenisvmix arab/paki.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
jihyomelly replied at 2-5-2025 05:23 PM
walaupun muka x hensem tapi ko pandai berlakon dik tak kayu…

Betul kannn … tak hensem … tapi suka watak dia yg man man … x nampak jambu lgsg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2025 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa punya stetmen cuba tanya atok julripin soalan macam ni. Baru betul
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus acting dia jadi suami aqish, dukung baby nampak natural jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2025 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting ko xtunggang agama. Faham ko retis pelakon xleh nak elak mender2 gini. Ko pon pandai berlakon, bakat ko berlakon tu dah cover rupa ko , so auto nampak hensem la kohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pun ok dengan watak aman dalam keluarga itu, nampak natural dengan baju kerja, boot, naik moto tu. Tak tengok dia as kapla tapi iols pun rasa heols tak kayu, antara pelakon lelaki pelapis yg berpotensi
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 06:45 AM | Show all posts
dah habis ke belum citer Keluarga itu? lama sangat citer dari sebelum raya hingga habis raya...tak habis2.

hanya nak tahu ape si amak buat bila apak kantoi sondol anak2 nya.

tak bleh blah tengok lakonan acik dukun dgn abe danish

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 06:47 AM | Show all posts
bagus budak ini. lakon natural. ape watak bagi pun ok.
kalau tak silap dia pun di bawah si Aca rampai. tapi bagus tak layan Aca Rampai nya MO

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 2-5-2025 04:33 PM
Iols pun ok dengan watak aman dalam keluarga itu, nampak natural dengan baju kerja, boot, naik moto  ...

Lakonan dia bagus as Kapla. Project High Council tu ramai aktor talented. Daiyan Trisha ja meols tak suka dalam cerita tu sebab tak minat dia berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 3-5-2025 11:37 AM
Lakonan dia bagus as Kapla. Project High Council tu ramai aktor talented. Daiyan Trisha ja meols t ...

ingatkan iols sorang je rasa daiyan x sesuai watak tu..bad girl yg tak menjadi..yg lain suma bagus2 talented
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg iols dia ni hensem jgk sedap mata memandang plus lakonan x kayu....antara pelapis pelakon yg bagus....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
jihyomelly replied at 3-5-2025 04:02 AM
ingatkan iols sorang je rasa daiyan x sesuai watak tu..bad girl yg tak menjadi..yg lain suma bagus ...

Trying too hard sangat lakonan sheol. Baik amik Putri Balqish tu ja untuk watak tu. Nyampah meols. Tak ngam lansung jadik love interest Nadhir Nassar dalam cerita tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2025 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Maha dasat statement beliau. Mohon jauhkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-5-2025 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.049962 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list