CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 15

[Lain-Lain] BLOOD BROTHERS : BARA NAGA

[Copy link]
Post time 13-4-2025 08:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 6-5-2025 11:35 AM



Saya menganuti kepercayaan Robert McKee dalam bukunya STORY: Substance, Structure, Style and The Principles of Screenwriting bahawa filem yang bagus akan meninggalkan penonton dalam bungkam dan tergamam. Kita akan pulang, diam, mengambil masa untuk memproses semua perasaan dan pukulan emosi yang menerjang.


Bukan meminjam kata-kata Robert, tapi kesan itu selalunya datang daripada persembahan estetika, cerapan emosi serta persoalan adakah sesuatu naskhah itu berjaya membawa semangat baharu menjadikannya dibahaskan bertahun-tahun selepas penerbitan?


Syafiq Yusof kali ini bergandingan dengan Abhilash Chandra mengepalai taruhan baharu dalam Blood Brothers: Bara Naga. Wajar untuk saya mempunyai jangkaan yang tinggi melihat kepada rekod cemerlang kedua-dua anak seni ini menghasilkan filem paling laris Malaysia di tahun-tahun sebelumnya.


Untuk tahun ini, Blood Brothers adalah filem Malaysia terbaik yang saya tonton setakat melewati suku pertama 2025. Menceritakan tentang Ariff dan Ghaz, kanak-kanak flat yang hidup melarat kerana ada ibu ayah berperangai bangsat.





Dia membebaskan diri daripada kemiskinan dengan menjadi ahli sindiket mafia, Naga yang dikaburi dengan syarikat perkhidmatan bodyguard. Di sanalah mereka mengenal makna keluarga dan persaudaraan.


Tapi Ariff dan Ghaz sepatutnya menelan masak-masak kata Abang Sham (saya tidak tahu siapa pelakon ini, tapi kharismanya begitu terasa) bahawa nyawa mereka hanyalah permainan orang kaya.


Abhilash Chandra dan pasukan skripnya wajar diberikan pujian kerana plot dan graf cerita ini sangat kemas, dialognya mengena dan paling penting setiap perkembangan karakter dipastikan ‘mendewasa’ dan matang untuk menyokong alur cerita.


Aksi dalam Blood Brothers, berkali ganda lebih baik berbanding filem Syafiq Yusof sebelum ini tidak sekadar letupan dan bertumbuk, tetapi koreografi rumit menggunakan senjata yang sedikit sekali pelakon aksi sedia ada kita mahir menguasainya.


Ditambah pula dengan pelbagai jenis shoot yang cuma ditampilkan Syafiq dari wide, medium, close up, single-shot (tidak boleh menceritakan adegan mana satu bagi mengelak spoiler).




KITA SEDANG KE MANA?


Walaupun saya dengan mudah boleh meramal filem ini bakal box-office, namun saya berpendapat Blood Brothers belum cukup kuat menggoncang emosi dan semangat kerana gagal menghadirkan sebuah wacana dalam ceritanya. Jika kita mengukur Blood Brothers yang cuba meniru semirip mungkin filem aksi Hollywood, mungkin kita sudah berada di landasan yang betul.


Namun, jika kita mengukur bahawa sesuatu filem perlu mengeluarkan wajah sebenar, menjadi cermin kepada masyarakat, menerbitkan bibit sebuah wacana hingga membangkitkan semangat,


Blood Brothers masih tertinggal di belakang. Dari segi teknikal, sudah tentu Hollywood kiblat yang baik tetapi kita harus berani membina mesej dan semangat sendiri di dalam filem.


Saya berharap Blood Brothers akan menyinggung lebih dalam tentang kehidupan anak flat, kemiskinan atau memberi lapis-lapis falsafah. Saya khuatir, filem sebaik Blood Brothers akan menjadi sekadar bervisual cantik, laris dan popular. Tapi apabila keseronokkan itu perlahan-lahan hilang, tiada apa-apa lagi yang penting untuk dikenang. - Utusan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2025 01:38 AM | Show all posts
Movie ni meletopppp... Mendapat kutipan 14.9 juta 3 hari penayangan... Harap pecah record kutipan Sheriff... Sila tengok dekat pawagam yang belum tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya agak setuju dgn ayat2 selepas KITA SEDANG KE MANA?

Apapun tahniah buat pasukan filem BBBN...rasanya kutipan boleh lepasi filem Sheriff (in sha Allah)...boleh puji penceritaan, babak aksi, lakonan semua well prepared/kemas....pasukan produksi Syafiq Yusof sentiasa perbaiki & tingkatkan mutu, kualiti filem2 arahannya
Hrpnya lps ni jgn dok tiru sebijik2 sesuatu babak dr filem lain huhuhu larikk

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 02:19 PM | Show all posts
Filem ni bagus. Filem aksi yang bagus. mari bersama-sama kita support filem keluaran negara kita Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 04:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa citer gangster  melayu yg best ditgk ialah pok ya cong codei.jenis berangan italian,russian mafia ni kowser laa nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2025 07:19 PM | Show all posts
dah berape juta collection?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-5-2025 09:29 PM | Show all posts

Mamu punya handsome sampai rasa nak pecah air ketuban



PETALING JAYA – Filem aksi terbaharu, Blood Brothers bukan sahaja mencuri tumpuan kerana jalan ceritanya yang mendebarkan, malah wajah kacak barisan pelakon turut menjadi topik hangat netizen di media sosial.

Lebih mencuit hati ialah gelombang komen-komen berunsur geli dan lucu yang ditinggalkan oleh peminat hingga ada yang mendakwa ‘pecah air ketuban’ gara-gara terlalu ‘teruja’ melihat wajah aktor utama termasuklah Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Andy Teh serta Irfan Zaini.

“Mamu punya handsome (kacak) tu sampai tahap rasa nak pecah air ketuban,” kata Mia Bella ketika menonton video gelagat spontan Sharnaaz Ahmad ketika mempromosikan filem terbaharunya itu.

“Alahai, sejak nampak Malik dalam filem Blood Brothers, hari-hari ‘stalk’ Instagram dia. Moga berjodoh dengan lelaki seperti Malik atau berjambang lebat,” ujar Suraya.

“Andy Teh kali ini memang kacak lain macam. Walaupun dia jahat, tetap fall in love (jatuh cinta),” komen Syafinaz.

“Mak saya suruh tutup TV sebab dia takut jatuh cinta lagi walaupun dah tiga kali kahwin,” seloroh Nadya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2025 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamu suka pukul awek dan bini....betul ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2025 02:07 PM | Show all posts
mana pulak..ok je tgok si janda beliau bella gedik meleser dgn mamu...aku rasa awek dia dulu jeles dgn bellaa tu ajo
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem tang mana laaa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 08:59 PM | Show all posts
Ni jgk antara sbb filem ni dpt kutipan berjuta2...crita fokus kat pelakon lelaki..tu yg org2 perempuan sakan cuci mata smpai kluaq komen ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 02:09 PM | Show all posts
mana kemaluan eh korang betina2 sundal ni.. ovari bergetar la, pecah ketuban la.. ooo kalau sundal komen mcm ni x pe ek. cuba suami/bf korang komen "cantik sgt heroin dlm filem ni sampai keras dibuatnya" hahhh tgk la kena hentam
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 07:56 PM | Show all posts
MatDeghem replied at 1-5-2025 07:19 PM
dah berape juta collection?

if Iols tak silap dah melebihi 62juta ringgit... Harap melebihi kutipan Sheriff... Banyak upcoming filem tempatan yang best... Harap boleh jadi kebangkitan Industri filem tempatan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 04:15 PM | Show all posts
Kuala Lumpur : Filem Blood Brothers : Bara Naga arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra terus mendapat sambutan luar biasa dengan mencecah kutipan RM70 juta dalam tempoh 25 hari tayangan di pawagam seluruh tanah air.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 04:15 PM | Show all posts
deleted
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 09:32 AM | Show all posts
serabut king kong

tapi.....watak shafik kyle best

amelia lak...cantik betul laa dia kat film nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.091303 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list