CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27|Reply: 0

[DUNIA] Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas

[Copy link]
Post time 30-4-2025 09:04 PM | Show all posts |Read mode


PADA 12 April 1961, satu detik bersejarah telah tercatat dalam lipatan sejarah dunia apabila seorang lelaki dari Kesatuan Soviet (kini dikenali sebagai Rusia) berjaya mengelilingi orbit bumi buat kali pertama.


Lelaki itu ialah Yuri Alekseyevich Gagarin, seorang angkasawan muda yang bukan sahaja mengubah sejarah penerbangan angkasa malah menjadi inspirasi kepada generasi muda di seluruh dunia.


Yuri Gagarin dilahirkan pada 9 Mac 1934 di sebuah kampung kecil bernama Klushino di Smolensk, Rusia. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Keluarganya hidup dalam keadaan sederhana dan bekerja sebagai petani.




Semasa Perang Dunia Kedua, rumah keluarga Gagarin telah diceroboh oleh tentera Nazi Jerman. Pengalaman pahit itu membentuk semangat dan kekuatan dalaman dalam diri Gagarin sejak kecil lagi.


Sekembalinya ke bumi, Gagarin disambut sebagai wira bukan sahaja di Soviet malah di seluruh dunia. Beliau mengadakan lawatan ke pelbagai negara sebagai duta keamanan dan kemajuan sains.


Senyumannya yang ikhlas serta keperibadiannya yang menyenangkan menjadikan beliau disukai ramai. Namun begitu, Gagarin tetap kekal merendah diri dan tidak pernah melupakan asal usulnya.




Walaupun beliau tidak dihantar lagi ke angkasa lepas selepas kejayaan itu, Gagarin terus berkhidmat dalam program angkasa Soviet sebagai jurulatih dan penasihat teknikal.


Malangnya, pada 27 Mac 1968, dunia dikejutkan dengan berita kematian Yuri Gagarin dalam satu kemalangan pesawat latihan berhampiran Moscow. Pada ketika itu, beliau baru berusia 34 tahun.


Namun, legasi Gagarin kekal abadi. Namanya terus dikenang menerusi sekolah, jalan raya, stesen angkasa dan monumen di seluruh dunia yqng dinamakan sempena beliau. Tarikh pelancarannya ke angkasa pada 12 April, turut diperingati dan disambut setiap tahun sebagai Hari Penerbangan Angkasa Lepas Antarabangsa.


Gagarin membuktikan bahawa impian sebesar mana pun boleh dicapai dengan usaha, semangat dan keyakinan diri. Beliau bukan sahaja membawa nama negaranya ke persada dunia tetapi membuka lembaran baharu dalam bidang sains dan teknologi.




Kisah Yuri Gagarin merupakan contoh nyata bahawa kejayaan tidak bergantung kepada latar belakang semata-mata. Beliau berasal daripada keluarga biasa namun keazaman dan kerajinannya menjadikan beliau manusia pertama yang menjejakkan diri ke angkasa.


Sebagai generasi muda, kita perlu mencontohi semangat Gagarin dalam mengejar ilmu dan menghadapi cabaran.


Dunia hari ini menanti lebih ramai individu yang berani untukmelangkah ke hadapan seperti beliau, menjadikan mustahil kepada mungkin. Siapa tahu, suatu hari nanti mungkin anak muda dari Malaysia pula akan mencipta sejarah sebagai angkasawan terulung dunia. – RELEVAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-5-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.043728 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list