CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 8

Susah mahu dapat karya hits macam dahulu – Ella

[Copy link]
Post time 29-4-2025 10:45 AM | Show all posts |Read mode


Bergelar penyanyi hebat di gelanggang muzik genre rock sejak 42 tahun lalu, Ella Aminuddin, mungkin sudah layak andai dia mahu bersikap memilih atau cerewet terhadap karya-karya lagu yang ingin dihasilkannya.


Bagaimanapun, sebagai penyandang Ratu Rock tanah air, tidak dapat dinafikan, lagu-lagu lamanya yang hits suatu ketika dahulu seringkali mendapat permintaaan peminat.


Amat mustahil untuk Ella menolak permintaan itu jika dia terlibat dalam mana-mana persembahan pentas kerana kekuatan lagu hits nyanyiannya selama ini menjadi senjata utama buatnya memancing halwa telinga pendengar.


  


Justeru, ada yang berpendapat, keadaan itu mungkin menimbulkan kesukaran buat Ella jika dia mahu tampil dengan mana-mana karya lagu baharu kerana peminat masih inginkan dia menyanyikan lagu lama.


Pun begitu, penyanyi berusia 58 tahun ini sedar tanpa lagu lama dia juga tidak mungkin dapat mengekalkan kedudukannya sehingga ke hari ini sekali gus menganggap diri bertuah kerana berpeluang bekerjasama dengan komposer-komposer hebat terdahulu.


Begitu pun, ia tidak melenyapkan hasratnya untuk tampil dengan lagu baharu dengan nafas lebih segar kerana sedar, pengkarya muzik harus terus berevolusi dengan nuansa lagu yang lebih kekinian.


“Jika ditanya mengenai hal ini, sudah tentu saya akui bahawa air tangan orang lama atau komposer terdahulu yang pernah menghasilkan lagu-lagu hits untuk saya berbeza dengan cara komposer baharu.


“Caranya tidak akan sama dan mahu mendapatkan gaya yang sama seperti dahulu itu, mungkin sukar. Tetapi dari satu sudut, mungkin juga jika saya nak hasilkan lagu baharu, karya yang saya dapat itu akan jadi lebih baik siapa tahu bukan?


“Atau mungkin juga ia sekadar ada. Tetapi yang penting menarik untuk didengar,”katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.


  


Tidak pernah berpatah semangat, Ella atau nama sebenarnya Nur Zila Aminudin berkata, dia sentiasa meletakkan kepercayaan dan keyakinan terhadap para pengkarya generasi baharu yang mempunyai kreativiti tersendiri di era baharu.


“Sebelum ini pun pernah sahaja saya ditanya tentang bilakah hasrat mahu hasilkan album baharu. Terus-terang, saya memang ada perancangan itu dan mungkin tidak lama lagi akan berada di studio rakaman.


“Untuk projek itu, saya juga terbuka bekerjasama dengan komposer-komposer baharu sekiranya mereka mempunyai karya bagus dan bermutu.


“Doakan saya dapat lagu-lagu yang bagus dan muzik yang mantap dan sesuai untuk peminat,”katanya.


Mengakui sudah mempunyai beberapa senarai lagu yang akan dipertimbangkan untuk tujuan itu, kata Ella, dia bagaimanapun tidak boleh mencanangkannya pada waktu ini.


“Tetapi sekali lagi saya tekankan, saya terbuka sahaja mahu bekerjasama dengan sesiapa. Jika produk itu bagus saya okey sahaja.


  


“Asalkan kita saling membantu ke arah yang lebih baik, apa salahnya? Saya di sini cuma mahu menghasilkan karya muzik yang berkualiti dan memberi kesan kepada jiwa para pendengar,”ujarnya.


Konsert sempena Album Ella USA

Bakal mengadakan sebuah konsert iaitu Konsert Ella USA yang akan berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands pada 17 Mei ini, Ella mengakui sangat teruja untuk menjayakannya.


Menariknya, kongsi Ella, sempena konsert tersebut, dia bakal membawakan rakan gitarisnya itu iaitu Kyoji demi persembahan bertaraf antarabangsanya di Genting Highland itu kelak.


Kata Ella, ia juga bakal menjadi satu momen menarik kerana ia akan menyaksikan pertemuan dan kerjasamanya bersama Kyoji setelah 10 tahun tidak berbuat demikian.


“Saya dengan Yamamoto, antara kami masih lagi baik dan tetap berhubung hingga kini. Malah, dia (Yamamoto) juga pernah hadir sebagai pemuzik undangan saya dalam Konsert 30 Tahun Ella pada 2016 lalu.


“Hampir 10 tahun juga kami tidak bertemu dan bekerjasama. Jadi, saya bakal bawakan semula Yamamoto datang ke Malaysia untuk konsert Mei ini,”katanya.


Mengenai Konsert Ella USA ini, penyanyi ini menjangkakan ia akan berlangsung hampir dua jam dengan kebanyakan lagu yang dinyanyikan adalah daripada album berkenaan.


“Saya nak hiburkan peminat dengan persembahan daripada album ini. Saya tahu ramai yang akan suka kerana kebanyakan lagunya masih diingati peminat sampai sekarang dan ‘evergreen’.


  


“Contohnya lagu Demi, Nuri, Permata Pemotong Permata (PPP) dan beberapa lagi,” katanya.


Tiket konsert penuh bersejarah itu kini boleh mula dibeli menerusi laman web rasmi rwgenting.com.


Harga tiket bermula dari RM389 untuk kerusi VIP, RM349 (PS1), RM269 (PS2), RM189 (PS3) dan RM99 (PS4).


Sementara itu, ahli Genting Rewards Card berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 10 peratus melalui pembayaran tunai, kad kredit atau penebusan Mata Ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, PS2 dan PS3.- UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2025 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lor baya laki akak...tp.lawanya Ella dlm gambar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak m nasir
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 01:23 PM | Show all posts
Lagu paling best for me is layar impian. second - gemilang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
X perlu buat album baru..nnt jd mcm Tok T, album baru tp lagu x evergreen pn mcm album lama .
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu syarikat rakaman ada Artis dan repertoir (A&R), skrg mana ada dh. Tanggungjawab bkn takat pengurusan shj, pencarian bakat, mengawasi perkembangan artis rakaman dan pemilihan lagu. Siap boleh predict lagu mana boleh bom ke tak, lagu mana jd 1st single 2nd single. Dulu artis naik sbb full album, skrg nyanyi kat youtube dh blh jd retis

Iols suka album Ella USA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2025 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah ke?
Byk je karya2 baru yg best dan bagus....

Ramai je penyanyi2 senior yg dpt kan karya2 dr org2 muda yg kreatif.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 01:49 PM | Show all posts
dulu kan entertainment x byk mcm sekrg. budak2 skrg minat kpop banyak.

dulu2 beli kaset je... pastu cd pastu vcd hahah klmj sungguh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2025 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm man nak tahu karya2 tu bakal hits ke tak?  Tak cuba tak tahu.... So jgn takut mencuba.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.080255 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list