View: 227|Reply: 8
|
[Tempatan]
Rafizi syor pelajar SPM jadi akauntan bertauliah macam Beliau.Anda setuju?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 27-4-2025 12:33 PM
https://www.facebook.com/share/v/1Ja4QSJixZ/
PETALING JAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyarankan agar pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempertimbangkan kerjaya sebagai akauntan bertauliah.
Menurut perkongsiannya di Facebook @Rafiziramli, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, sebuah agensi di bawah Kementerian Ekonomi diamanahkan melahirkan profesional Bumiputera dimana salah satu fokus utama ialah menggandakan jumlah akauntan bertauliah Bumiputera.
Menurut Rafizi, jumlah pengambilan pelajar lepasan SPM dalam program akauntan bertauliah ditingkatkan daripada 500 kepada 1,500 pelajar setahun naik sehingga dua kali ganda.
“Pelajar yang terpilih akan menerima pembiayaan penuh dan akan melanjutkan pengajian di kolej-kolej profesional seperti Sunway University, INTEC Shah Alam, Tymba dan lain-lain.
“Jika adik berjaya lulus semua peperiksaan tanpa gagal, pada umur 21 tahun adik sudah boleh mula bekerja sebagai akauntan bertauliah di firma-firma besar,” katanya.
Malah ujarnya, dilema yang sering dihadapi oleh ibu bapa dan pelajar selepas keputusan SPM diumumkan ialah menentukan pengajian yang sesuai untuk diikuti.
“Banyak yang kata akan pilih ikut minat. Nasihat saya kena imbangkan antara minat dengan peluang kerjaya baik masa hadapan. Sebab itu saya syorkan jadi akauntan bertauliah, macam saya,” katanya.
Dalam pada itu, Rafizi turut memaklumkan bahawa dia pada asalnya merupakan pelajar jurusan aliran sains tulen yang meneruskan pengajian di peringkat A-Levels dan mempunyai ijazah kejuruteraan elektrik dan elektronik.
“Habis universiti, saya kerja sebagai auditor dan akauntan bertauliah. Sebab kerjaya akauntan tidak memerlukan kita belajar akaun di sekolah atau universiti. Malah, untuk jadi akauntan bertauliah tak perlukan ijazah perakaunan pun.
“Hanya perlu lulus peperiksaan daripada institut akauntan bertauliah seperti ICAEW atau ACCA. Industri kewangan dan perakaunan sangat mengutamakan kelayakan akaun bertauliah seperti ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.facebook.com/share/v/1Ja4QSJixZ/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kerja la apa pun asalkan x menipu org rmi. Dulu kata lain skrg kata lain, tu kita menipu ke apa yer? |
|
|
|
|
|
|
|
KAHKAHKAH... kalau dia suggest jadi akauntan bertauliah tu ok je.. ini siap cakap 'MACAM SAYA'............. kowser lahhh... baik jadi mat sabu jah belajar tak habis, ujong2 jd muntri cap ayam jugak mcm ko... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang dia ada ACCA kan? So technically betul lah apa yang dia cakap. Aku baru tau dia graduated as Electrical Engineer.
|
|
|
|
|
|
|
|
orang normal takkan cakap 'be like me'. Be like me is associated w NPD
|
|
|
|
|
|
|
|
orang macam dia memang 'tak normal' in many ways
|
|
|
|
|
|
|
|
JGNLA WOOIII JADI KAN RAFIZI MENTOR...jadi akauntan ok...tapi tolong jangan jadi mcm dia....
bodo bebal semalaysia...formula sembang...khinzir pun bole terbang... |
|
|
|
|
|
|
|
Lahirkan ramai scammer politik |
|
|
|
|
|
|
|
dah minta..depa bg 'kursus' lain.Wa tada kabel... |
|
|
|
|
|
|
| |
|