CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 4

Pernah alami kemurungan, Noraniza Idris hampir tamatkan riwayat sendiri

[Copy link]
Post time 26-4-2025 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 26-4-2025 10:54 AM



PETALING JAYA: Penyanyi irama Malaysia, Noraniza Idris mendedahkan dia pernah mengalami fasa kemurungan di saat dirinya berasa tiada nilai untuk berada dalam industri seni.


Menurut Noraniza atau mesra disapa sebagai Ani, episod hitam itu membuatkan dirinya hampir menamatkan riwayat hidupnya sendiri kerana ketagih dengan pengambilan ubat secara berlebihan.


“Ketika kita berada dalam keadaan tidak stabil, jangan terus duduk dalam keadaan itu kerana perkara itu boleh buat kita berasa tiada nilai diri.


“Saya pernah rasa mahu bunuh diri kerana terlalu melayan perasaan saya. Saya boleh makan segenggam panadol kerana mahu tidur. Tetapi saya tidak boleh tidur kerana tetap memikirkannya.

  


“Perkara itu berlaku selama enam bulan kerana saya sudah mula rasa seronok dan boleh ketawa. Saya rasa seperti mental dan psiko kerana sudah tidak boleh dikawal,” katanya.


Noraniza berkongsi perkara itu ketika ditemu bual menerusi sebuah sesi audio siar, Confession Bilik Gelap yang dikendalikan oleh Sudirman Mohd Tahir di saluran Youtube, Syok.


Dalam masa sama, penyanyi lagu Hati Kama itu dilihat tidak dapat menahan sebak selepas mengenang pengorbanan suaminya yang sentiasa bersamanya sewaktu berada dititik terendah.


“Apabila suami saya lihat perbuatan saya itu dia menangis. Dia peluk dan suruh saya banyakkan istighfar. Saya sebenarnya tidak suka tunjukkan kelemahan saya pada suami.


“Ketika saya dalam keadaan itu, dia sering mendoakan agar saya kuat dan tidak merosakkan diri dalam perkara duniawi. Kami sentiasa bersusah sama-sama,” jelasnya.

  


Tambah Ani, dia pernah membuat ujian psikologi malah dinasihatkan untuk bertemu pakar untuk mendapatkan bantuan susulan namun dirinya enggan berbuat demikian.


“Saya ada buat ujian online dan saya dinasihatkan untuk pergi ke psikiatrik untuk dapatkan nasihat. Tetapi saya tidak pergi sebab saya tidak mahu ada rekod itu,” ujarnya.- UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2025 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan ni ada manusia2 ko takleh derhaka.parents terutama mak,suami yg baik..soleh.ko derhaka... hidup ko takkan aman dan bahagia .ada je benda...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan panadol utk tidur ? Panadol boleh sbb kan drowsiness ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 11:37 AM | Show all posts
Tengok podcast dia ngam safean nazri..extreme hantundiaa..kesian pulak..she takla jahat sangatt
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 26-4-2025 12:46 PM

kesian ek
tp percayalah smua org pon mental
cuma maybe cara lepaskan mental tu lain lain, jadi kita ingt dia normal (asalkan tak dark sgt acik rasa ok kot, contoh bwh ni ade yg gila arah gelap ye)
gila judi
gila rokok. lg dia stres lg bnyk hisapnye
gila arak
gila gadoh dgn org
gila capub gila glemer
gila dadih
gila joyah
gila gosip
gila betina
gila laki
gila bini org
gila laki org
gila henpon
gila kasut
gila henbeg
gila kereta
gila duit
smua jenis gila lah
acik ani gila panadol
acik pulak gila makan
pastu jadi gundu pastu diet pastu susut pastu nnti gila makan balik pastu gundu balik ulang2 smpi haup. satu tahun bnyk kali acik kurmok
done acik capub kat cerita acik ani
eh kejap ade satu gila acik tak boleh go, mat rempit punya bunyi motor tu. pret pret pret pret amponnnn ape punya gila. tak sedap bunyi nya
nk mnyumpah ade
(dorang kata ni smua kena mngena dgn dopamine ke ape taktau)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-4-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.044636 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list