CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 4

[Tempatan] Berebut tempat nak minta sedekah, lelaki mati ditikam

[Copy link]
Post time 24-4-2025 09:46 PM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM – Berebut tempat meminta sedekah menjadi motif seorang lelaki mati ditikam di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, di sini hari ini.

Mangsa berusia 40 tahun yang juga peminta sedekah mati di lokasi kejadian akibat ditikam beberapa kali di bahagian dada menggunakan pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pukul 12 tengah hari sebelum berjaya menahan suspek lelaki berusia 28 tahun kira-kira setengah jam kemudian di lokasi kejadian.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek ingin meminta sedekah di kawasan tersebut.

“Semasa kejadian telah berlaku pertengkaran mulut di antara kedua-dua mereka berkaitan isu perebutan tempat meminta sedekah. Suspek kemudiannya mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam dada mangsa beberapa kali,” katanya, hari ini.

Beliau menambah, tikaman tersebut telah menyebabkan mangsa jatuh terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, dekat sini untuk bedah siasat.

“Semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau. Hasil ujian saringan awal air kencing bagaimanapun mendapati saspek negatif sebarang penyalahgunaan dadah,” jelasnya.

Kata beliau, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat kira-kira pukul 10 pagi esok di Mahkamah Shah Alam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Muhammad Abd Hafiz Sariee di talian 0148905051,” katanya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2025 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Miskin nye Warganegara....Bangla dan Madura lagi kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi..siap cop cop tempat okeh nak mengemis
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 07:49 AM | Show all posts
type k
mengemis pun bawa senjata tajam ke
celaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 07:56 AM | Show all posts
baru ni aiols ke kl area2 low yat tu, ada satu port org mintak sedekah bawah tangga building. depa boleh tukar2 shift chuols

sorang k tu habis shift siang, time tu maghrib...sorang pacik tua k tggu tepi, yg sorang tu blah, dia ganti lak kihkih. mebe anak beranak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-4-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.040766 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list