CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 750|Reply: 7

Otot Amy Search makin lembik menjelang hari konsert

[Copy link]
Post time 25-4-2025 07:20 PM | Show all posts |Read mode


Berulang kali menakluk pentas sepanjang empat dekad di arena muzik, penyanyi rock legenda Datuk Amy Search mengakui masih berdepan perasaan gemuruh setiap kali menjayakan konsert.

Begitupun Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 66, berkata, situasi normal yang biasa dialami kebanyakan penghibur itu akan lenyap serta-merta sebaik mendengar sorakan penonton.

“Memang saya punya ‘stage fright’ atau gemuruh sebelum naik pentas tidak pernah habis walaupun sudah banyak kali beraksi selepas lebih 40 tahun menyanyi.

“Macam sekarang, saya sudah mula rasa debaran dengan otot-otot saya semakin lembik kerana hari konsert sudah semakin hampir.

“Tapi saya tak anggap itu sebagai tekanan, ini situasi biasa yang saya sifatkan perjalanan untuk capai impian. Sebaik mendengar sorakan khalayak, gemuruh terus hilang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Amy yang ditemui pada sesi latihan Amy Search Magic First Solo Concert semalam turut mendedahkan kebiasaannya mood juga berubah menjelang tarikh persembahan mega.

“Dalam seminggu atau 10 hari sebelum konsert, saya juga akan jadi ‘moody’, terlebih sensitif dan banyak berfikir. Perjalanan menuju konsert itu kadang-kadang ada masanya terlalu terhad.

“Namun ini semua perjalanan yang saya sifatkan sebagai nikmat dalam menuju misi berkongsi karya kepada khalayak.

“Rasa dan situasi sebegini pada akhirnya menjadi nikmat apabila mampu memuaskan hati penonton yang tidak putus menyuntik semangat,” ujarnya.

Teruja berkongsi perincian konsert solo di Axiata Arena Bukit Jalil pada 26 April ini, katanya bekerja bersama 13 pemuzik di bawah kendalian penerbit konsert, Jennifer Thompson memberikan pengalaman baharu yang cukup bermakna.

“Saya tak pernah melihat secara terperinci bahagian-bahagian produksi sebegini misalnya pemain ‘horn’ ada tiga kru, pantau gubahan-gubahan menerusi ‘laptop’. Saya tak pernah kerja macam ini.

“Lain daripada yang lain, satu pengalaman dan ilmu menarik. Pengarah muzik pastinya setiap hal ‘on point’ termasuk fokus kepada setiap sesi setiap hari. Sangat tepat dan terperinci,” katanya.

Bakal mendendangkan lebih 20 lagu, Amy tidak sabar melihat peminat datang dengan gaya tersendiri yang juga sebati dengan identiti dirinya selaku ‘gila’ fesyen.

“Temanya adalah penonton kena datang cukup ‘fashionable’, bergaya glamor, lengkap berkaca mata hitam Sesuai dengan perjalanan konsert itu nanti yang penuh berwarna-warni.

“Muzik saya sama taraf dengan citarasa fesyen saya. Banyak stail dan konsert itu adalah cerminan sepenuhnya mengenai diri saya,” kongsinya.

Sebelum ini, Rock It Like Amy diumumkan sebagai tema Amy Search Magic First Solo Concert yang menggalakkan peminat untuk mengenakan gaya fesyen yang mencerminkan semangat dan identiti rock n’ roll.

Tiket konsert yang dibawakan TheWhiteGroup dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia boleh ditempah di www.wowtix.com.my.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2025 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah nampak uncle ni skali kat restoran. Ok good luck, uncle. Jgn terjun dari speaker lg, itu je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 04:43 PM | Show all posts
Dia dan M. Nasir kalau berfesyen takde nampak mcm kelempok... khuenzz cuolls? ekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
last saturday kan ….
axiata ada amy search bj ada m nasir ella
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuatkan ototmu
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik syeikh acik amy turun stage main langkah je speaker. Mungkin stage tu elok buat pnjg ke dpn mcm setup konsert acik ella.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2025 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
OK ke konsert dia?
Bertenaga ke lembik?

Kalau M. Nasir memang power..
Ai yg muda pulak rasa semput keletihan hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 09:17 AM | Show all posts
ehh konsert dia haritu okay ke.? ke banyak kosong

senyap je, tak nampak orang post apa-apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.044739 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list