CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 0

[Sarawak] Vesel nelayan tempatan langgar syarat sah lesen ditahan

[Copy link]
Post time 25-4-2025 09:14 AM | Show all posts |Read mode


Vesel nelayan yang ditahan untuk siasatan lanjut.

BINTULU: Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C yang melanggar syarat sah lesen telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu dalam satu rondaan khas di kedudukan kira-kira 10.2 batu nautika dari Pantai Penipah Mukah pagi Khamis.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Muhammad Suffian Eldine  Abdullah berkata, vesel terbabit dikesan melakukan aktiviti perikanan di kedudukan terbabit sekitar jam 7 pagi semasa rondaan Op Tiris 3.0 dan Op Permai 01/2019.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati vesel berkenaan telah menangkap ikan di zon larangan iaitu kurang daripada 12 batu nautika dari pantai, yang jelas melanggar syarat lesen perikanan yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, vesel berkenaan dikendalikan enam kru warga tempatan termasuk nakhoda berumur antara 28 hingga 54 tahun yang kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Kru nelayan yang ditahan untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, vesel bersama kru telah diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu katanya, Maritim Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus memperketat kawalan serta penguatkuasaan undang-undang di perairan negara bagi memastikan sumber perikanan negara tidak dieksploitasi secara haram.

Tegasnya, Maritim Malaysia menyeru komuniti nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan mengutamakan keselamatan ketika berada di laut.

"Sebarang pelanggaran undang-undang tidak akan dikompromi," tambah Muhammad Suffian.

Selain itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan atau kejadian kecemasan di laut boleh menyalur segera ke talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314254) dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053619 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list