View: 525|Reply: 19
|
[Jenayah]
"Location: Besut, Terengganu" - Syarikat Bagi Gaji RM2,000 Sebulan Dekat Ketua IT!
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, sebuah syarikat di Terengganu telah menjadi perhatian ramai apabila menawarkan jawatan kumpulan pertengahan (mid level management) dengan gaji yang tidak berpatutan.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna di X, kelihatan syarikat terbabit telah mengiklankan jawatan Ketua IT dan pembangunan sistem (Head of IT and System Development).
Malah dalam iklan tersebut, syarikat berkenaan turut memaklumkan ia adalah tawaran kerja tetap dengan beberapa kriteria yang diperlukan.
Namun apa yang menjadi perhatian ramai, meskipun ia adalah jawatan tinggi namun gaji yang ditawarkan begitu rendah iaitu RM2,000.
Berdasarkan iklan tersebut antara kriteria yang diinginkan adalah:
Mempunyai Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer, teknologi informasi, jurutera perisian, dan yang setara dengannya.
Memiliki pengalaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun, dan mahir dalam Laravel.
Berpengalaman dalam menjadi ketua dan mentadbir pembangunan ahli kumpulan.
Berpengalaman berkerja dengan pelanggan untuk memahami dan menterjemah keperluan perniagaan dalam penyelesaian tekonologi.
Pakar dalam Laravel dan PHP.
Mahir dalam HTML, CSS, Javascript.
Mahir dalam menggunakan database MySQL dan Laravel Eloquent.
Mempunyai pengetahuan dalam ‘Web Hosting’.
Mahu calon yang mempunyai kualiti dalam kepimpinan
Selain itu, syarikat itu turut menegaskan calon yang diperlukan untuk jawatan tersebut perlulah mempunyai kualiti dalam kepimpinan, dan mempunyai pemikiran strategik agar seiring dengan teknologi dan matlamat perniagaan.
Katanya lagi antara tanggungjawab individu yang menjawat jawatan tersebut adalah membangun dan mentabdir sistem dalaman, merancang dan menjalankan projek sistem, mencadang penyelesaian IT untuk operasi perniagaan dan banyak lagi.
Iklan itu nyata mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengguna X yang merasakan gaji ditawarkan tidak setimpal dengan pengalaman yang diinginkan.
Malah ada yang menyindir syarikat berkenaan mungkin mencari individu yang bekerja dengan ikhlas.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan tawaran jawatan itu seperti menggambarkan hanya seorang sahaja pekerja yang berada dalam jabatan IT di syarikat terbabit.
Ada juga mengatakan syarikat mereka menawarkan gaji yang lebih daripada RM2,000 untuk jawatan pegawai IT dengan kelayakan diploma.
Terdapat juga yang mendakwa gaji di negeri Pantai Timur itu sememangnya kurang dan hanya mereka yang dari jawatan atasan mempunyai gaji tinggi.
Ada juga yang bersangka baik dengan mengatakan mungkin terdapat kesilapan ketika menaip bahagian gaji tersebut.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
natang mender letok gaji rm2000.... orang kijo kuca air pun boleh rm1500 |
|
|
|
|
|
|
|
dia mcm guru tadika pasti la, nk cari pekerja dgn keje ikhlas, sebulan gaji rm300.00-rm500.00
tapi demand mcm2 kt pekerja |
|
|
|
|
|
|
|
Apa punya kapitalis. Tenaga orang ko kerah, kemahiran nak macam genius yahudi tapi gaji macam tahfiz drop out. Komunis pun tak macam ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat 10 yrs ago
Ada kompeni tu, hq kt kl, branch kt utara
Dia wat penyelarasan gaji, basic kt kl 3000, basic kt utara 2000
Alasan dia kt utara tu luar bandar
Agknya hq ingat org kt luar bandar tu mkn semua petik belakang rumah je, gi keje jln kaki, naik basikal, semua staff ada bendang 10 relung. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangla masuk sini pun busuk2 gaji RM3k........ |
|
|
|
|
|
|
|
typo kot ni.. dia nk tulis RM20,000 tapi tertinggal 0. Tapi head of IT, experience 3-4 years je? hmmmm... tak dapek ni |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah realiti budak2 STEM di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah terdesak sgt mesti ada jugak org apply. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kejadah head of IT buat keje2 web programming pastu gaji RM2K je? Ini semua mengarut. |
|
|
|
|
|
|
|
silap kut.. tertinggal lagi satu jiro dekat belakang 
all ze best la nak fill the vacay noks.. but since in gannu,,, mebi ada la tu kut
kut area KV ni, kena whoryusss kut, baik depa bawak grab.. aaagichewww |
|
|
|
|
|
|
|
Baik kerja singapore spm pun boleh dpt >6k |
|
|
|
|
|
|
|
majikan Malaysia dgn gaji minimum berpisah teda... |
|
|
|
|
|
|
|
Mu nok gaji ka mu nok isle? |
|
|
|
|
|
|
|
This is besut
MB sorang je perlu gaji tinggi utk hidup |
|
|
|
|
|
|
| |
|