CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2382|Reply: 22

[Tempatan] Bawa kes ceroboh tanah, lombong haram ke mahkamah bukan nak aibkan individu

[Copy link]
Post time 20-4-2025 03:31 AM | Show all posts |Read mode


Bawa kes ceroboh tanah, lombong haram ke mahkamah bukan nak aibkan individuFoto hiasan. Foto NSTP.

KUANTAN: Tindakan Kerajaan Pahang membawa kes pencerobohan tanah dan perlombongan haram terus ke mahkamah tanpa dikenakan kompaun dilakukan bukan untuk mengaibkan individu atau pihak tertentu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan tindakan itu untuk mendidik supaya masyarakat dapat melihat bahawa kerajaan negeri serius dalam dalam menangani kes terbabit.

"Baru-baru ini, dua individu di Lipis, masing-masing dikenakan denda yang tinggi iaitu RM100,000 seorang berbanding sebelum ini kompaun RM20,000 dan RM30,000.n

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada sidang media selepas sesi perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Wisma Sri Pahang, Kuantan. -Foto NSTP/MUHAMMAD DELIMA ATAN.

"Cara (tindakan) membawa kes ke mahkamah bukan untuk mengaibkan tetapi untuk mendidik masyarakat supaya orang ramai dapat melihat bahawa kerajaan negeri sangat serius berhubung penerokaan dan pencerobohan tanah haram atau aktiviti haram lain seperti melombong dan sebagainya," katanya.

Wan Rosdy berkata demikian pada sidang media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Istiadat itu disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri menjunjung kasih titah baginda yang berbangga dan menzahirkan penghargaan atas usaha kerajaan negeri bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) yang mengambil tindakan tegas di lapangan termasuk membuat tangkapan, memotong pokok yang ditanam secara haram dan juga menutup lombong yang dibuka tanpa rasa malu dan takut.

"Tindakan menghalang penjawat awam menjalankan tugas tidak boleh dilakukan dan titah baginda adalah tepat," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2025 03:38 AM | Show all posts
Jika di uk gomen terlalu takut untuk menghukum British pakis manakala di Malaysia…
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 20-4-2025 03:38 AM
Jika di uk gomen terlalu takut untuk menghukum British pakis manakala di Malaysia…

Nape omputih takut pakis plk.. soklan serius...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2025 08:05 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-4-2025 04:10 PM
Buritan replied at 19-4-2025 03:59 PM
Nape omputih takut pakis plk.. soklan serius...

Takut dituduh perkauman. English sekarangni jadi baruah Pakistanis di uk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 20-4-2025 08:05 AM
Takut dituduh perkauman.

Nyampah plk aku ehh.. dpt hidup selesa syukur ajelaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2025 01:47 PM | Show all posts
Buritan replied at 19-4-2025 04:10 PM
Nyampah plk aku ehh.. dpt hidup selesa syukur ajelaa

Masih ingat kes ini, pakis membakar bas, membakar kereta polis etc dalam rusuhan tetapi mereka tidak di tangkap malah polis melarikan diri dan membiarkan pakis membuat rusuhan.

Bila whites membuat rusuhan mereka ditangkap dan di penjarakan dan juga sesiapa yang membuat postings di media sosial mengenai rusuhan polis datang kerumah untuk menangkap mereka, berapa ramai whites di penjara sehingga ke hari ini, gomen terpaksa melepaskan pesalah sedia ada di penjara hanya untuk mempenjarakan whites yang membuat rusuhan pada waktu tu.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2025 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 20-4-2025 02:04 PM
FOTHER-MUCKER replied at 20-4-2025 03:38 AM
Jika di uk gomen terlalu takut untuk menghukum British pakis manakala di Malaysia…


........mereka jadi Pak Kaduk....'menang sorak...tanah tergadai'.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang dok bising ni, dah sah² la keje kau tu jelas salah disisi undang².
Soal aib ke tidak, itu bukan isunya pun. Saja berlakon raih simpati.
Drama kuat... kami boleh bau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
klu mmg salah, apa plak isu aib...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 03:57 PM | Show all posts
Edited by Decaffeinated at 20-4-2025 11:48 PM

Bukan semua pertikaian boleh dapat penyelesaian terbaik di mahkamah. Kalau tidak, tiada lah istilah penyelesaian di luar mahkamah.

Kekadang pergi naik court ni hasilnya semua pihak akan rugi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2025 05:11 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 20-4-2025 08:05 AM
Takut dituduh perkauman. English sekarangni jadi baruah Pakistanis di uk.

What goes around comes around.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kalau bole xnak komen..tp terkomeb jugak..serius la sultan pahang baru nak bersuara..benda dh merebak teruk kot..
Aku mrh btol dgn negara ni..full of corruption..teringin nak tgk negara kite ni mcm NZ ygkaya dgn keindahan alam semulajadi..kat bandar mmg la pesat..tp byk kwsn preserved utk pelancongan yg berkonsepkan alam sekitar
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 10:39 PM | Show all posts
adeqbun replied at 20-4-2025 10:14 PM
Aku kalau bole xnak komen..tp terkomeb jugak..serius la sultan pahang baru nak bersuara..benda dh me ...

Yg dekat Cameron Highlands tu berpuluh tahun dah bukit kena teroka..obviously byk yg xde permit..ladang dah keluar hasil baru nk 'nampak' dan bertindak..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2025 11:28 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 20-4-2025 10:39 PM
Yg dekat Cameron Highlands tu berpuluh tahun dah bukit kena teroka..obviously byk yg xde permit..l ...

Tahu xpe..dh kyg masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2025 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 20-4-2025 10:14 PM
Aku kalau bole xnak komen..tp terkomeb jugak..serius la sultan pahang baru nak bersuara..benda dh me ...

Kalau nak korek isu new zealand ni diorg pun lagi dark sebenarnya..kaum pendatang yang berkuasa skang peribumi merempat. Memang fakta golongan pendatang yg majukan new Zealand tapi jgn le tindas habis golongan peribumi dia. Baca sejarah dia kesian gila ngan Maori ni mmg lahanat le org British sama level ngan Zionist Israel rampas tanah org
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 11:25 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 20-4-2025 01:47 PM
Masih ingat kes ini, pakis membakar bas, membakar kereta polis etc dalam rusuhan tetapi mereka tid ...

simtom penyakit empayar british ke...kat sni pun lbh kurang
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa individu yang dimaksudkan itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2025 02:14 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.044999 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list