CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2126|Reply: 22

Ada Netizen Mahu Shila Amzah Buat Persembahan Di Majlis Makan Malam PM & Presiden China, Pengurus: “Memang Dipanggil Tapi Dibatalkan”

[Copy link]
Post time 17-4-2025 07:04 PM | Show all posts |Read mode


Nama penyanyi popular, Shila Amzah menjadi sebutan netizen di media sosial selepas berlangsungnya majlis makan malam rasmi antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden China, Xi Jinping di Seri Perdana, Putrajaya lewat petang semalam.


Menjengah ke laman sosial X, ada sesetengah netizen menyuarakan cadangan agar Shila turut diberi ruang membuat persembahan di majlis penuh bersejarah itu kerana nama Shila cukup popular di China dan mempunyai pengaruh besar dalam kalangan peminat di negara Tembok Besar tersebut.


Shila yang dikenali dengan nama panggilan “Xila” di sana juga mempunyai kehebatan dalam mengalunkan lagu bahasa Mandarin.



  

Sehubungan dengan itu, pengurus Shila yang dikenali sebagai Aini menerusi satu perkongsian tampil menjelaskan perkara tersebut.

Menurutnya, Shila sememangnya dijemput untuk mengadakan persembahan pada majlis berkenaan, namun ia dibatalkan oleh pihak penganjur.

“Shila Amzah memang dipanggil, tapi dibatalkan atas beberapa faktor dari pihak organiser. Satu penghargaan jika berkesempatan,” tulis Aini.

Dalam masa sama, Aini menyatakan pihak mereka tetap positif dan menganggap ia sebagai bukan rezeki.

Aini turut memaklumkan bahawa Shila dan pasukan akan berangkat ke Beijing malam itu juga untuk menghadiri sebuah acara anugerah di sana.

  

“Kami anggap tiada rezeki. Doakan perjalanan kami ke Beijing malam ni for an award event,” tutupnya.

Netizen pula rata-rata menzahirkan rasa kecewa namun tetap memberi sokongan kepada Shila yang dianggap sebagai ikon seni Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, terutamanya di China.

Untuk info, Shila mula mendapat perhatian di China apabila beliau memenangi pertandingan nyanyian realiti China, Asian Wave di Shanghai pada 2012.

Anak kepada penyanyi, Datuk ND Lala itu juga turut dilantik oleh Tourism Malaysia sebagai Duta Pelancongan pada 2016 untuk meningkatkan lagi jenama pelancongan Malaysia di China dan mengukuhkan hubungan pelancongan dan kebudayaan antara kedua-dua negara.- Gempak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2025 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Batal sbb mhormati kehilangan ex pm la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 08:05 PM | Show all posts
Xpe la shila... Ada rezeki lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 08:30 PM | Show all posts
xi jinping: shila amzah who? i want singer that King Charles pick in his playlist



Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke dia ada kerja kat china?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
yusuke22 replied at 17-4-2025 07:15 PM
Batal sbb mhormati kehilangan ex pm la kan?

I pun rasa benda yang samaa, dah lama plan tapi sebab Pak Lah meninggal ikutkan tak jadi sebab mourning period kan

Tapi I rasa depa on je sebab majlis tertutup, itu yang Aina jadi second choice tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2025 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu dia ada masuk singing contest di tv china kan? Menang ke kalah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin xi jinping sejenis zoners or aination?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2025 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dibatalkan sbb apa?
Ni sekali event yg tok t nyanyi tu ke yg terpegun si president tengok tok t nyanyi lagu cina tu?
Ke event lain yg batal?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 05:17 PM | Show all posts
kan tok ti nyanyi... lg best kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 05:24 PM | Show all posts
yusuke22 replied at 17-4-2025 07:15 PM
Batal sbb mhormati kehilangan ex pm la kan?

tapi elok je siti nyanyi kt majlis dinner tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Siti cantik malam tu. Tah tah XJP yg nak Siti nyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 05:40 PM | Show all posts
ni majlis yang sama dgn tok ti nyanyi ke...majlis lain2...?
dua hari kan president China dinner kat sini...?

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sebenarnya shila is better choice sbb sebutan dia lagi baik. tapi takpelah mmg bukan rezeki. kesian jugak, for so long it looks like dia dianaktiri di negeri sendiri but syukur diterima dichinA
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Samada biduanita fake yg takdak akai atau pengurusan yg x amik tahu lagu dia perform tu lagu taiwan tapi perform utk presiden china apa ke bodoh ibarat event utk pm malaysia tapi kau nyanyi lagu indonesia but knowing biduanita apa dia peduliii janji asyuukkk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe la shila...aku ni kira kagum gak la dgn shila ni sbb terer speaking mandarin
So zmn skang ni, kalo nk buat bisnes dgn belah sana, mmg diorg prefer mandarin speaking la
Yg duk kutuk2 dia ni mesti bodoh bengap x tau yg now china kuasai ekonomi dunia..majority supply chain ada kt sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2025 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
lovelytouch replied at 18-4-2025 06:19 PM
Samada biduanita fake yg takdak akai atau pengurusan yg x amik tahu lagu dia perform tu lagu taiwan  ...

Aku vote, pengurusan yg bodoh
Depa x tau ke yg sah2 Taiwan tu sekutu US
Taiwan mana ngam dgn china
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 07:06 PM | Show all posts
lovelytouch replied at 18-4-2025 06:19 PM
Samada biduanita fake yg takdak akai atau pengurusan yg x amik tahu lagu dia perform tu lagu taiwan  ...

lagu taiwan tu mesej tersirat lah yang malaysia ni negara neutral (dasar luar berkecuali)... gittuhhh... bukan mcm chuols talam dua muka depan siti sengeh2 mintak bayaran murah belakang2 mengata and mendonkey... sbb tu lah idolat chuols tak mendonia dpt pemenat level chuols sajorkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
lovelytouch replied at 18-4-2025 06:19 PM
Samada biduanita fake yg takdak akai atau pengurusan yg x amik tahu lagu dia perform tu lagu taiwan  ...

Janji masyuk beb..... Hihihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 18-4-2025 07:06 PM
lagu taiwan tu mesej tersirat lah yang malaysia ni negara neutral (dasar luar berkecuali)... gittu ...

Chooiiii sengih2 mintak murah hang mula kami letak 30k dia up 40k last2 x tau kenapa jd 60k kami bayar ok gittuhhh betapa hadapnya kami dgn biduanita fake masa tu.. punyalah lemah demi cakap2 org kerja dgn biduanita antara kenangan teragung? Phhuiii
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.489582 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list