CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1165|Reply: 10

Ben Ladin hilang sabar! Dedah penipuan ibu bapa sendiri, setiap hari dikejar pemiutang

[Copy link]
Post time 19-4-2025 10:47 AM | Show all posts |Read mode


LAMA cuba menjaga aib keluarga, penyanyi Ben Ladin akhirnya 'meletup' apabila mendedahkan kegiatan penipuan oleh kedua ibu bapanya sendiri.


Dakwa Ben atau Muhammad Benladin, 24, kedua-dua orang tuanya itu telah memperdaya ramai pihak demi mendapatkan duit termasuk menggunakan namanya.


"Berapa lama lagi saya bertahan? Mula0mula fikir diam saja tapi sampai ke telinga sendiri diaibkan oleh orang yang kita jaga aibnya itu.


"Mana pergi duit Ben sendiri? Mana pergi duit datuk? Mana pergi duit masa projek raya yang guna nama Ben? Mana juga duit mangsa-mangsa lain?




"Mangsa dia bukan seorang dua tetapi sangat ramai termasuk orang asing. Salah satunya adalah ibu bapa mereka sendiri," katanya.


Ben menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada malam Jumaat.


Malah dia juga memuat naik gambar bapanya iaitu Munshi Shaihan yang pernah tular didakwa menipu ramai individu sebelum ini.


Tidak mudah membuka pekung keluarga sendiri, Ben bagaimanapun sudah tidak dapat bertahan apabila dia menjadi sasaran pemiutang.




Malah setiap hari dia akan mendapat pelbagai panggilan telefon memintanya membayar ganti rugi akibat perbuatan ibu bapanya.


"Jujur saya sangat penat dengan semua ini. Jangan kata setiap bulan, hampir setiap hari dapat cerita baru nak duit.


"Tolonglah papa mama, serah diri kepada mangsa. Ganti duit-duit mangsa. Jangan play victim," ujarnya.


Dalam salah satu hantaran berbeza penyanyi ini juga memberitahu dia telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.


Tambah penyanyi ini dia tidak mampu untuk membayar tuntutan mangsa-mangsa terlibat kerana melibatkan jumlah yang besar.


"Saya minta maaf kerana tiada cara lain saya boleh bantu. Jumlah wang yang dikumpul semua mangsa sangat besar.


"Walau mereka ibu bapa saya, salah tetap salah. Seperti mana saya sudah beri keterangan dekat balai polis," luahnya.- mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2025 11:52 AM | Show all posts
Serious arrrrr……..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama macam kat hollywood juga lah. Mak pak artis artis cilik ni sesetengahnya memang ada problem dan suka makan duit anak plus guna nama anak nak buat duit. Kat Malaysia ada Shilalat, Aqish (ayah dia problem kan?) dengan Ben
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 01:01 PM | Show all posts
Kesiannya, tak masal anak plak menanggung malu dan rasa bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Benladin ni mesti dinamakan sempena kes WTC NY tahun 2001. Umur pon skrg 24. 2001 + 24= tahun 2025 dah. Mesti ramai anak2 tahun tu nama binladen juga
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
So makpak ben ni la scammer kan? Mujur la ko dah dewasa dah ada family sendiri boleh independent. Tapi makpak scam org memang tak wajar nak suruh anak bayar. Kalau salah tu ke dalam jelah kenapa makan duit haram scam sana sini?

Kalau laki scammer dah lama bini angkat kaki cerai. Ni makpak kandung memang tak boleh putuskan hubungan tapi yg hutang tu makpak dia, bukan dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2025 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ben ladin anak contoh sabdwich generation... kena tanggup perbuatan musibat mak pak sampai tua la gamaknya... nnt bani2 melayu totol akan suh maafkan mak pak musibat & takutkan klo mati arwah akan gentayangan.. suh anak cucu selesaikan taik2 yang ditinggalkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 06:53 PM | Show all posts
mak pak dia scam apa? pinjaman? pelaburan? job event? MLM?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2025 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg wujud je parents yg tolol celaka mcm ni...x abih2 menyusahkan hidup anak2
Pastu ada gak kes yg anak keje separuh mati smpi ikat perut nk save duit, dpt duit gaji, dia bagi la kt parents
Ujung2 parents pi kasi kt scammer
Mmg wujud kes mcm ni ya...smpi si anak pun bleh eksiden atas jalan sbb terlampau kecewa dgn parents sendiri
Smpi dia ckp kat aku, patut ms eksiden tu, dia prefer mati terus je

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu yg selalu kene tipu dgn scammer ni mesti cikgu, nurse dan stok2 keje gomen
Sah la mmg diorg sume ni bodoh belaka x tau apa2 psl financial management and sgt konpiden bleh survive walau duit dh habis sbb dpt pencen
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujian buat si anak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.324154 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list