CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 490|Reply: 8

[Tempatan] Wanita Mohon Bantuan Kesan Ibu Dipercayai hilang selepas menghadiri janji temu di sebuah hospital. terdapat pembelian tiket online yang dipercayai ke destinasi Tampin.

[Copy link]
Post time 18-4-2025 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Wanita Mohon Bantuan Kesan Ibu Dipercayai Hilang



Seorang wanita merayu orang ramai agar membantu mengesan ibunya yang dipercayai hilang sejak semalam selepas menghadiri janji temu di sebuah hospital.

Menurut wanita terbabit, ibunya telah keluar rumah semalam untuk menghadiri janji temu di Hospital Selayang.

Namun sehingga kini, beliau masih belum pulang ke rumah dan gagal dihubungi.




"Kali terakhir ibu saya dilihat aktif di aplikasi WhatsApp adalah pada pukul 4 petang semalam," katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Tambahnya lagi, setelah membuat semakan dengan pihak hospital, dimaklumkan bahawa tiada rekod menunjukkan ibunya dimasukkan ke wad pada hari berkenaan.






Berdasarkan maklumat terakhir yang diperoleh, lokasi terakhir ibunya dikesan berada di Stesen MRT/KTM Kajang.

Wanita itu turut memaklumkan bahawa berdasarkan transaksi perbankan, terdapat pembelian tiket yang dipercayai ke destinasi Tampin.

"Jika sesiapa ternampak atau berjumpa dengan ibu saya, boleh hubungi di talian 011-4009 8363," tambahnya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2025 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by batmana at 19-4-2025 06:48 AM

Naik apa ke tampin ..klu dri bts. Mohon pihak bts check cctv. Ada beratus cctv kt situ.. Tkkn buat hiasan je.. Time ni la elok bantu kes cmni
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni muka filter ke muka betul

Lawa maknya
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Uish..riso juga tu..
Mak iols.pung slalu gi appt hospital sendirian naik grab..
Moga acik ni selamat
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 11:22 AM | Show all posts
batmana replied at 19-4-2025 06:46 AM
Naik apa ke tampin ..klu dri bts. Mohon pihak bts check cctv. Ada beratus cctv kt situ.. Tkkn buat h ...

last location kat MRT/KTM Kajang kan?
maybe turun MRT Kajang, pastu sambung naik Komuter pergi Tampin.
rasanya dia beli tiket/token Komuter tu guna debit/credit card la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ada sedara mara ke kat tampin tu???kutlah makcik ttiba teringat kat dyorg terus nk g melawat ke,x cakap pulak umur makcik berapa kut2 lah ada masalah ingatan ke kalo dh warga emas ni...harap2 berjaya ditemui ngan selamat la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2025 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa umur mak tu, ada problem hilang ingatan ka? Atau kes mak lari dari rumah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi acik buek apo kek tampin tu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2025 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jumpa belum? Mcm dah 3-4 hari jugak tak blk rumah. Harapnya acik pergi menenangkan diri, bkn yg buruk berlaku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056285 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list