CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 2

Duit berkepuk tapi kedekut nak buat IVF, Sibuk minta 'free' bayi dalam perut ipar

[Copy link]
Post time 15-4-2025 02:13 PM | Show all posts |Read mode


Seorang wanita yang kini sarat hamil anak keempat terkejut apabila iparnya menyatakan hasrat mahu memelihara bayi yang bakal dilahirkan, jika jantinanya lelaki.

Dalam satu perkongsian yang dimuat naik di media sosial, wanita ini meluahkan rasa terkejut dan terkilan apabila ipar perempuannya selamba meminta zuriat yang dikandung selama sembilan bulan.

Menurutnya, dia sudah mempunyai tiga anak termasuk seorang yang telah meninggal dunia, manakala dua lagi merupakan anak lelaki.

“Kalau anak keempat ni lelaki, ipar saya dah siap cakap nak minta. Eh sedap-sedap je minta anak orang. Nak anak yang ada mak bapa pula.

Seorang wanita sedang hamil anak keempat tidak mahu menyerahkan anaknya kepada ipar. -Gambar hiasan

"Dekat luar di JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), anak tak sah taraf yang tak ada mak bapa tak nak pula dia minta," katanya.

Wanita itu turut mempertikaikan kenapa iparnya yang mampu dari segi kewangan tidak melakukan ikhtiar lain sebaliknya menukar kereta setiap tahun.

Tambahnya, sebagai wanita pejuang TTC (trying to conceive) iparnya itu dilihat tidak mahu berusaha sendiri untuk mendapatkan anak melalui rawatan persenyawaan in vitro (IVF).

"Katanya tak berani nak buat IVF sebab takut doktor masuk benih orang lain. Apa kejadahnya, kau ingat doktor dekat Malaysia ni jahil sangat ke?

"Ingat mereka buat tu melanggar hukum macam tu tak boleh kena hukuman kalau tertangkap? Bayi lepas lahir akan dibuat ujian DNA. Terserah kau nak buat ke tak.

"Geram pula aku dengan orang kedekut ni. Nak buat IVF pun nak pinjam duit adik beradik. Bila orang tak bagi mula la minta dekat adik beradik ni anak mereka," jelasnya lagi.

Wanita itu juga meluahkan rasa kesal memikirkan ada individu yang sanggup meminta anak orang lain secara percuma tanpa memikirkan kesusahan dan pengorbanan si ibu yang mengandungkan dan melahirkan bayi tersebut.

Baginya, sikap sebegitu sama sekali tidak boleh diterima kerana pengalaman mengandung dengan alahan teruk serta proses melahirkan bayi cukup menyakitkan.

"Ingat kilang anak ke? Nak main bagi je. Alahan mengandung macam nak mati, sakit beranak bukan biasa-biasa. Tup-tup lepas teran kena bagi pada orang.

"Sudah la nak free, duit dalam bank beratus-ratus ribu kot. Buat la IVF, berapa sangat la. Bahagia dapat timang anak sendiri. Nak dengan tak nak je.

"Lain la kau bayarkan bil bagi imbuhan pada si ibu tu. Ada la juga yang nak memberinya. Ni nak percuma, baik tak payah. Baik jaga je anak tu sendiri sampai besar," jelasnya lagi.

Luahan wanita ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata bersetuju bahawa proses mendapatkan seorang bayi bukanlah sesuatu yang mudah.

"Sebab mahram kot. Awak boleh je bagi cadangan ambil anak angkat tapi menyusu dengan awak untuk jadi anak susuan jadi si suami ipar tu jadi mahram dah. Macam anak saudara saya yang sekarang.

"Tak boleh! Dia tak ada hak ke atas anak awak. Ingat kita ni beranak anak kucing ke apa. Tak kisah la beranak 10 pun saya tak akan bagi anak saya pada orang. Kalau nak anak, suruh dia ambil anak angkat rumah anak yatim," antara komen netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2025 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak anak orang selamber gitu aje.. jangan harap la nak jaga betul2 kalau dah amik..

Kalau orang nak anak, dia usaha betul2 macam2 cara.. ni memang tak mau lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2025 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak anak orang selamber gitu aje.. jangan harap la nak jaga betul2 kalau dah amik..

Kalau orang nak anak, dia usaha betul2 macam2 cara.. ni memang tak mau lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.039398 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list