|
PENYANYI rap Azealia Banks menjadi perhatian ramai apabila menggelarkan negara Indonesia sebagai ‘tempat sampah dunia’.
Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X, Azealia bahkan menyamakan negara itu dengan India yang dianggap sebagai tempat tercemar.
Kata Azelia, dia turut berasa bimbang memikirkan impak kesihatan rakyat Indonesia akibat pencemaran sehingga menyebabkan masalah global.
“Indonesia adalah tong sampah dunia. Saya tidak suka untuk mengatakannya tetapi Indonesia adalah tanah tercemar seperti India.
“Komplikasi kesihatan rakyat Indonesia akibat mnembuang sampah merata-rata akan menyebabkan tenaga kerja mereka menyusut dalam masa 200 tahun ke hadapan.
“Serius, Indonesia perlu bantuan besar untuk mengatasi masalah ini,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi berkenaan turut mengkritik projek eksplorasi angkasa oleh tokoh-tokoh seperti Elon Musk dan Jeff Bezos.
Menurutnya, adalah lebih baik memberi fokus untuk mengatasi masalah bumi termasuk yang berlaku di Indonesia.
“Daripada membawa Katy Perry ke luar angkasa, Bezos dan Musk seharusnya pergi mengangkut sampah dari bumi untuk dibawa ke planet Marikh.
“Gali semua sampah dari laut dan kirim ke planet lain, jangan bawa manusia ke angkasa,” ujarnya. - mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|