CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

Umur 57, stamina 30-an

[Copy link]
Post time 15-4-2025 09:42 PM | Show all posts |Read mode


Staminanya seperti wanita muda berusia 30-an ketika beraksi tangkas membuatkan ramai meneka umurnya tidak lebih 50 tahun.

Namun, apabila dibongkar rahsia umurnya, ramai tidak menyangka wanita ini sudah menjangkau usia 57 tahun dan mempunyai dua menantu serta dua cucu.

Apabila ditanya rahsianya tampil awet muda sambil tersenyum dia berkata, rajin bersenam setiap hari, menjaga pemakanan serta suka berdandan membuatkan wajahnya tampak lebih muda berbanding usia sebenar.

Aksi lincah jurulatih kecergasan, Suryati Ismail atau mesra disapa Coach Susan Sue ketika mengendalikan sesi latihan program pengurusan berat badan 'Peak Season PS' yang kini memasuki siri ke-25 D'Aora Fitness Jertih, Besut, Terengganu turut menarik perhatian.



Mengimbas kembali detik pembabitan dalam dunia kecergasan itu, segalanya bermula pada 2011 apabila dia menghadapi masalah berat badan berlebihan sehingga mencecah 89 kilogram (kg).


"Ketika itu saya bekerja sebagai pengurus di sebuah stesen minyak dengan keadaan saiz badan besar agak sukar untuk saya bergerak cergas melakukan urusan seharian.


"Justeru saya memilih untuk mengikuti program pengurusan badan secara sihat dalam tempoh dua bulan dan berjaya menurunkan berat sehingga 32kg," katanya.


Detik paling manis apabila dia dinobatkan sebagai Miss D'Aora Fitness 2011, sekali gus dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk cakna terhadap kesihatan diri mereka.


Sejak saat itu sehingga kini hampir 14 tahun dalam bidang kecergasan itu dia mengakui kesihatan adalah harta paling berharga.


Akuinya, sejujurnya untuk konsisten dalam bidang itu menuntut komitmen tinggi serta minat mendalam.


"Hati kena kental, ada kalanya dipuji dan ada kalanya dikeji orang, namun hidup tak semuanya sempurna yang baik itu semua daripada Allah SWT.


"Paling penting kita menjaga hati, sentiasa menjadi orang yang baik dan berprasangka yang baik-baik untuk semua orang Insya-Allah datang yang baik-baik juga," katanya.


Suryati yang juga pemilik JV D'Aora Fitness cawangan Jertih berkata, terbit perasaan puas hati apabila dapat membantu ramai wanita yang mengalami masalah obesiti sekitar Besut berjaya menurunkan berat seperti dirinya.


Sementara itu, Pengasas D,'Aora Fitnes, Fanora Mat yang mesra disapa Sifu Fanora, 53, berkata, program pengurusan berat badan secara sihat mendapat permintaan tinggi dalam kalangan wanita sejak mula diperkenalkan pada 2008.


"Ia menggabungkan beberapa elemen antaranya pelan pemakanan sihat dan latihan kecergasan berfokus untuk membantu wanita dapat mengurangkan berat badan dalam tempoh singkat selama enam minggu," katanya.


Peserta, Wan Surina Wan Ahmad, 59, pula berkata, walaupun sudah bersara daripada penjawat awam sebagai guru, namun dia memilih untuk kekal mengamalkan gaya hidup aktif.


"Matlamat saya menyertai program ini lebih kepada menjaga kesihatan serta mudah melaksanakan solat.


"Di saat kebanyakan rakan sebaya terpaksa bersolat menggunakan kerusi kerana masalah sakit lutut serta kesihatan lain saya bersyukur kerana rutin harian rajin bersenam membuatkan badan jadi lebih ringan dan sihat," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.072204 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list