CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 2

[Tempatan] Polis tunggu keputusan Jabatan Peguam Negara kes penjual belon, DBKL

[Copy link]
Post time 11-4-2025 08:03 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Polis masih menunggu keputusan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi tindakan lanjut berhubung kes seorang penjual belon selepas terbabit dalam insiden pergelutan dengan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 28 Mac lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kertas siasatan kes ini sudah dirujuk kepada AGC.

Katanya, dalam tempoh itu, polis membuka kes di bawah Seksyen 186, Seksyen 325, Seksyen 506, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ini ada dua tangkapan, tapi setakat ini kes ini belum ada keputusan.

Seorang suspek tak direman kerana ada masalah sakit jantung yang serius, tapi seorang lagi direman dua hari sebelum dibebas dengan jaminan polis.

"Polis juga sudah merampas telefon bimbit dari suspek kedua ini untuk dihantar ke makmal bagi tindakan lanjut," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada masa ini pihaknya belum menerima laporan penuh perubatan oleh Hospital Sultan Idris Shah (Serdang) yang dijalankan terhadap penjual belon terbabit.

Katanya, jika ada keterangan daripada doktor untuk laporan awal, itu memadai untuk membuat keputusan.

"Laporan perubatan ada SOP (prosedur operasi standard) dan mengambil masa tertentu untuk disiapkan dan jika ada keterangan dan boleh dijelaskan dengan soalan tertentu, ia boleh dijadikan sebagai pertimbangan untuk buat keputusan," katanya.

Pada 7 April, Polis Kuala Lumpur turut memaklumkan sedang menunggu laporan perubatan penuh daripada Hospital Sultan Idris Shah berhubung kecederaan dialami penjual belon terbabit.

Polis bagaimanapun sudah menerima laporan awal perubatan daripada pihak hospital yang mengesahkan peniaga belon itu mengalami kecederaan keretakan pada bahagian tulangnya.

Sebelum itu, satu hantaran turut dikesan di laman Facebook membabitkan tangkap layar perbualan kumpulan WhatsApp yang mengandungi ugutan dan hasutan terhadap penguat kuasa DBKL. - Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2025 08:16 PM | Show all posts
Seorang suspek tak direman kerana ada masalah sakit jantung yang serius

Baru sedar ada sakit jantung ka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2025 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan la muka jadi kes polis, penguatkuasa tapi tak terlatih nak handle orang awam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-4-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.076274 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list