CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 635|Reply: 7

Ramziela pendam kecewa

[Copy link]
Post time 13-4-2025 05:14 PM | Show all posts |Read mode


DUNIA muzik tempatan, sekitar penghujung era 80-an dan 90-an, menyaksikan kemunculan penyanyi wanita solo yang popular menerusi lagu-lagu rock.


Antara nama yang meniti di bibir peminat ialah Ramziela Razillah yang popular dengan beberapa lagu slow rock antaranya Illusi Cinta, Gemilang Cinta, Gelora dan banyak lagi.


Sepanjang pembabitan dalam dunia nyanyian, Ramziela telah berjaya merakamkan lima album.


Antaranya adalah Hati Seorang Wanita, Doa Dan Harapan, Gemilang Cinta, Album Kompilasi Dir dan yang terakhir, Mencari Cahaya pada tahun yang diterbitkan sekitar penghujung 90-an.


Selepas itu tiada lagi buah tangan baharu, sama ada album mahupun sebuah single dari Ramziela.


Saya berpeluang bertemu dengan penyanyi ini sekitar bulan Ramadan lepas. Ketika itu, dia membuat persembahan di sebuah hotel di Subang Jaya sempena majlis buka puasa.


Beberapa soalan juga sempat saya layangkan kepadanya. Antaranya, mengapa dia berhenti menghasilkan album selepas album kelimanya.


Ramziela tidak menyorok asbab kekecewaan yang membuat beliau ‘tawar hati’ melahirkan album lain selepas itu.


“Saya berpindah ke Ready Fusion Records selepas bernaung bersama Suria Record di awal kemunculan dulu. Di bawahnya, saya berpeluang merakamkan album Gemilang Cinta yang meledak dan berjaya menembusi carta Pujaan 10 Nescafe.


“Saya tidak sangka pula jangka hayat syarikat itu tak panjang. Saya dan beberapa artis lain seperti Rahim Maarof, Liza Aziz, Shiree dan ramai lagi hilang arah terpaksa mencari peluang di syarikat rakaman lain.


“Saya hampir mengikut jejak Rahim yang pada waktu itu menyertai Sony Music.


“Namun ada sahabat saya yang menasihatkan agar tidak menyertai Sony Music kerana pada ketika itu mereka sudah menaungi artis-artis yang dikategorikan sebagai anak emas.


“Jadi, saya ikut nasihat rakan tersebut yang menyarankan saya hasilkan album sendiri. Satu tahun saya ambil untuk siapkan album Mencari Cahaya. Peruntukan yang saya gunakan adalah hasil kerja nyanyian yang saya kumpul sedikit demi sedikit sepanjang tahun itu. Tapi ketika album itu siap dan dipasarkan, nama saya sudah sendu,” kongsinya.


Ramziela menyifatkan album Mencari Cahaya sebagai buah tangan istimewa kerana ia dicipta hasil sentuhan komposer-komposer hebat seperti Lan Laga, Awang BPR, Arab dan ramai lagi.


Namun dia kecewa kerana album tersebut tidak dipasarkan dengan baik, membuatkan ia kurang mendapat sambutan di pasaran pada ketika itu.


“Saya bersusah payah untuk kumpul RM50,000 untuk hasilkan album itu. Ia hasil titik peluh membuat persembahan dalam satu tahun.


“Pemuzik, arwah Mas Omar pernah meminta salah seorang anaknya bantu usulkan kepada syarikat Metro Music untuk edarkan album tersebut.


“Tapi disebabkan ketiadaan peruntukan yang kukuh pada ketika itu, usaha mempromosikan album berkenaan tidak berjalan dengan baik. Lagu-lagunya setakat hantar ke radio, diputarkan dan kemudian senyap begitu sahaja.


“Masa itu saya sudah hilang semangat. Ditambah pula dengan negara kita yang ketika itu berdepan kegawatan ekonomi denga ramai orang hilang pekerjaan,” jelasnya.




MENYANYI DI HOTEL, KELAB MALAM


Perbualan kami beralih kepada latar belakang dan cerita zaman lampau Ramziela. Penyanyi berusia 60 tahun ini dibesarkan seorang ayah yang berkhidmat sebagai anggota tentera sementara ibunya pula suri rumah sepenuh masa.


Dia menerima pengaruh muzik daripada abangnya yang lebih awal menceburkan diri dalam bidang berkenaan.


“Keluarga saya berpindah dari Ipoh ke Kota Bharu. Kami menetap di Kelantan antara tahun 1977 hingga 1979. Abang saya aktif bermain muzik, pernah menjadi pemain dram kumpulan Desire dan bass bagi kumpulan Kasawari. Saya pula akan sertai dia setiap kali mereka berlatih.


“Selepas tiga tahun menetap di Kota Bharu, keluarga saya pindah semula ke Ipoh. Saya pula berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1981 dan mula bekerja sebagai artis di bawah program Pentarama yang dikelolakan Jabatan Penerangan pada waktu itu. Antara artis lain yang bersama-sama sertai Pentarama ketika itu ialah Shidee, Nurshila Amin, Salleh Yaacob dan ramai lagi.


“Kehidupan saya waktu itu bukan senang. Pendapatan pula kecil, hanya dibayar RM10 untuk satu hari. Saya ketika itu menyewa sebuah bilik bersama Nurshila Amin di Damansara Utama.


“Bayangkanlah, kami tinggal satu bilik, hanya tidur atas tilam dan makan mi segera hampir setiap hari. Semua disebabkan mahu berjimat,” kongsinya.


Disebabkan pendapatan yang cukup-cukup makan, Ramziela nekad mencari duit lebih dengan menyanyi di kelab malam.


“Waktu itu saya terfikir, sampai bila mahu hidup dengan gaji yang kecil. Hari-hari makan mi segera. Jadi, saya beranikan diri keluar menyanyi di kelab malam. Pendapatan yang saya terima dengan menyanyi di kelab malam lebih banyak berbanding yang saya terima sebagai artis Pentarama. Ada yang membayar saya sehingga RM1,200 masa itu. Jumlah tersebut waktu itu sudah cukup besar.


“Namun aktiviti nyanyian saya di kelab malam dihidu pihak pengurusan Pentarama gara-gara ada artis lain yang melaporkan perkara itu kepada mereka. Saya diberi pilihan, mahu terus sertai Pentarama atau berhenti dan teruskan kegiatan menyanyi di kelab malam.


“Saya putuskan untuk tinggalkan Pentarama selepas satu tahun bersama mereka. Susulan itu, saya terus menyanyi di hotel-hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. Pendapatan saya semakin bertambah sehinggakan ada pihak pengurusan hotel yang tawarkan saya gaji RM2,000 satu bulan.


“Kemuncaknya adalah apabila saya ditawarkan menyanyi di kelab dan hotel di Singapura. Pendapatan saya terima waktu itu sekitar Dollar Singapura 5,000,” ceritanya.




BELUM BERSARA


Ramziela ingin memperbetulkan persepsi masyarakat yang menganggap dia sudah bersara daripada dunia nyanyian.

Katanya, dia masih menyanyi namun tidak seaktif dahulu.


“Saya masih menyanyi, buat persembahan untuk majlis korporat dan tertutup. Saya akan sibuk ketika hujung tahun, memenuhi tawaran menyanyi untuk majlis makan malam.


“Ada juga yang tanya kenapa saya tidak masuk Gegar Vaganza. Memang ada keinginan, tapi ada juga penyanyi senior lain nasihatkan tak perlu saya sertai GV kerana risau akan malu apabila nyanyian dikritik.


“Pada saya, kalau saya mahu sertai GV pun bukan kerana mahu menang. Sekadar lepaskan rindu dan keinginan untuk menghiburkan,” jelasnya. - UTUSAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2025 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu she memang lawa
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 14-4-2025 01:31 AM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
baru je jupe nenek ni kat kedai mamak dgn husband n anak dia kut haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 09:51 AM | Show all posts
mmg x kenal sungguh penyanyi ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 10:23 AM | Show all posts
masih tersangkut lagi mengenangkan hidup yg lalu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2025 10:23 AM | Show all posts
masih tersangkut lagi mengenangkan hidup yg lalu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 01:59 PM | Show all posts
Sorry x pernah minat kat suara dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-4-2025 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.108071 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list