View: 1263|Reply: 21
|
Wilma harap diberi watak lebih mencabar
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kembali mewarnai dunia lakonan selepas hampir 20 tahun namanya tenggelam timbul, aktres jelita, Wilma Muhamad, 52, berharap mendapat peluang menjayakan watak lebih mencabar.
Pada usia sekarang, kata Wilma, tawaran diterima sangat terhad, kebanyakannya watak ibu.
Biarpun menyedari tidak banyak peluang diperolehi dengan kemunculan deretan pelakon baharu dan muda, namun teraju utama filem Ghazal Untuk Rabiah itu tetap mengharap diberi kepercayaan membawakan watak penting.
"Pelakon seusia saya di luar negara masih lagi mendapat kepercayaan membawakan watak hero dan heroin.
"Tapi, di sini apabila sudah mencapai tahap umur tertentu, pilihan watak sangat terhad. Saya faham kehendak stesen televisyen dan penonton yang lebih sukakan bintang muda.
"Saya tidaklah sedih dengan apa yang berlaku kerana saya pun pernah lalui berada di fasa itu.
"Cuma sekiranya ada peluang dan kesempatan, saya berharap diberikan watak mencabar selain watak ibu," katanya yang ditemui baru-baru ini.
Kata Wilma lagi, disebabkan sering diberikan watak sama, membuatkan dia kurang mengambil 'job'.
Tapi, kata ibu kepada lima cahaya mata itu, dia tidaklah terlalu cerewet hingga menolak daripada membawakan watak sama.
Janji Wilma, dia tidak akan hilang dari radar sebagaimana keputusan pernah dibuat lebih dua dekad lalu apabila memilih menamatkan zaman solo dengan seorang juruterbang pada 2000 ketika namanya sedang berada di puncak.
"Saya takkan tinggalkan lagi industri, tetapi saya akan terima 'job' mengikut kesesuian watak.
"Lagipun sekarang ini saya agak sibuk dengan Koperasi Anak Seni Malaysia Berhad, jadi banyak masa tertumpu di situ.
"Saya ada sahaja berlakon, malah baru sahaja selesai penggambaran telefilem untuk RTM berjudul Bagai Bulan Bertaut Senja," katanya.
Sementara itu, Wilma yang memiliki lima cahaya mata tidak akan menghalang anaknya menjadi pelakon.
Meskipun belum ada yang menunjukkan kecenderungan, namun, katanya, dia akan memberikan sokongan jika ada yang berminat.
"Saya takkan meletakkan apa-apa syarat, apapun paling penting kena ada agama.
"Mereka perlu faham agama kerana apabila adanya kefahaman itu, dengan sendirinya mereka akan kembali ke jalan benar," katanya. - BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Terkujut acik nengok pic ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
eH BUKAN laki dia dah meninggal ke? |
|
|
|
|
|
|
|
suka tgk wilma berlakon filem pasrah..seksi bethol |
|
|
|
|
|
|
|
Tp sheols berlakon kayu..kt tv npk tua dah..mmg dh gini je cara sheols bertudung..npk leher..bkn ke zmn bersuami kn pilot dulu sheols berniqab skjap! |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik dia ni. Masa muda2 cekci2 dulu pun cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
Watak mencabar cemana, berlakon kayu kayan. Elok bg ke acik Kismah Johar ke, Fadhilah Mansor ke |
|
|
|
|
|
|
|
acikonion replied at 11-4-2025 06:27 AM
Terkujut acik nengok pic ni.
Aku lagi terkezoot tengok gambar dalam Mangga puten terjojol dalam t-shirt belang. Gambar itam putih, sebelah dia ade zantan produser ke hape. Siape ingat gambar Mangga ni, angkat tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols sampai sekarang masih kekayuan.
Tapi iols admire dia cantik untuk usianya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan aku sorang je tgk dia ni kekayuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Muda sampai tua berlakon kayu.. Tadak improvement... Tapi memang lawa n seksi giler la acik ni masa muda.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa muda cantik dia ni. Skg Pon untuk usia dia cantik sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya watak mak2 lemah x berdaya pon sheouls x mampu ya.. she ain't Liza Abdullah yg boleh berlakon macam2 watak |
|
|
|
|
|
|
|
Yes, even dalam pasrah pon kayu bethol. Masa dia comeback lps suami dia meninggal citer ape tah dia jadi mak amelia henderson pon, mendatar je lontaran suara. |
|
|
|
|
|
|
|
Awak tu dah bertutup aurat buat pe la sibuk nak masuk industri maksiat ni. Kemain mintak watak mencabar segala. |
|
|
|
|
|
|
|
selalu nampak live nya kat tiktok. always genuine smile, tengok very bubbly character nya. aging gracefully, tak nampak tua at all |
|
|
|
|
|
|
|
Acik jd model muslimah ja lah..awat jakel tak amik dia jd model kategori acik eh. Belakon toksah la.. very the kayu one |
|
|
|
|
|
|
|
Yang dia berlakon dengan Jamal abdillah rambut braided tu wow sangat. Tapi maleh nak Cari gambar hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Kayu ke dia berlakon?
Boleh la bergabung dgn fatah,
Jadi kayu kuasa 5,meletop |
|
|
|
|
|
|
| |
|