CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 553|Reply: 5

[Tempatan] Boleh Trigger Reaksi Dalam Usus, Doktor Dedahkan Rasa Nak Berak Bila Masuk Kedai!

[Copy link]
Post time 10-4-2025 01:20 PM | Show all posts |Read mode




Pernahkah anda mengalami situasi di mana tiba-tiba terasa ingin membuang air besar atau kecil sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kedai seperti Eco atau Daiso?

Anda tidak keseorangan. Fenomena aneh ini seringkali dialami oleh ramai orang, dan ia bukanlah satu kebetulan semata-mata.

Merujuk kepada Dr Raihanan Ismail menerusi akaun TikToknya, kemunculan rasa kurang selesa pada perut secara mendadak ketika berada di dalam kedai berkenaan bukanlah sesuatu yang luar biasa dan terdapat penerangan ilmiah mengenainya.

“Ada penjelasan sains di sebaliknya. Nama benda ni adalah Mariko Aoki Phenomenon. Istilah ni asal dari Jepun yang pertama kali disebut dalam sebuah majalah pada tahun 1985 oleh seorang wanita bernama Mariko Aoki.

Bukan di kedai eco sahaja

“Dia perasan setiap kali masuk kedai buku, dia akan rasa nak berak secara tiba-tiba. Lama-lama, ramai orang lain mengaku benda sama dan fenomena ni pun mula dikenali dengan nama dia,” ulasnya.

Fenomena yang mula disedari pada tahun 80-an ini kini diketahui berkaitan dengan kedai buku, dan juga kedai serbaneka seperti Eco dan Daiso, di mana bau bahan tertentu serta suasana dalam kedai memainkan peranan penting, menurut Dr. Raihana.

“Kedai Eco dan Daiso banyak barang baru. Plastik, buku, kertas. Bau spesifik ni boleh trigger reaksi dalam usus. Scented trigger ni akan aktifkan sistem saraf parasimpatetik yang kawal pergerakan usus.

“Suasana tenang, sunyi dan sejuk buat badan relaks. Bila badan relaks, sistem penghadaman pun aktif. Perut pun mula berbisik, sama macam kita duduk rumah tak ada gangguan,” terangnya lagi.

Bagaimanapun, fenomena ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana bukan berkaitan penyakit kritikal tetapi lebih kepada psikologi sahaja.

Netizen pun banyak berkongsi yang mereka boleh ‘relate’ dengan fenomena ini lebih-lebih lagi apabila berada di sesetengah tempat sebegini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2025 03:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ceh, taik punya pasal pun mau gaduh ka? Dia punya kepala batu besar ada duduk!

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat yang tiba2 nak berak ni ada sejarah hitam.  Aku pegi Speedmart baru bukak ni dulu sampai tumpang berak.  Last2 dorang tak kasi dah.  Pastu aku dapat mimpi ada orang kena bunuh situ.  Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kite penah kena masa pg kedai buku kat klcc dolu2...
1st time ikot member sbb nak cari buku utk study...igtkan sbb baru lepas makan kat foodcourt pastu teros berjalan...rupa2nya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah mengalaminya.. tengah shopping kat Tesco je nak membuang
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-4-2025 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.050562 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list