View: 1604|Reply: 29
|
[Tempatan]
"Lain Macam Vibes Dia" - Ramai Pakai Baju Melayu Hampir Full Jalan Dalam Shopping Mall!
[Copy link]
|
|
Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terasa sehingga ke hari ini, boleh lihat sejumlah rumah terbuka dan paling penting sekali orang ramai mengenakan pakaian baju melayu dan kurung tradisional walau di mana jua.
Sepertimana yang dirakam oleh seorang pengguna TikTok yang memperlihatkan sejumlah fesyen yang dipakai pengunjung yang berjalan di sekitar Elmina Central Park baru-baru ini.
Di dalam video itu, kelihatan para jejaka segak bergaya lengkap mengenakan baju raya bersama sampin, tidak kalah juga kaum hawa yang mengenakan baju kurung tradisional yang tampil dengan pelbagai motif corak yang menarik menerusinya.
Malah, ahli keluarga yang pakai sedondon juga tampak lebih kemas dan akrab hubungannya apabila berada di tempat awam.
Ditambah pula dekorasi raya di sekeliling kawasan tersebut sekaligus menaikkan mood raya yang lebih ceria pada ketika itu.
Pengguna TikTok langsung meluahkan rasa betapa gembiranya melihat orang ramai seakan-akan di dalam satu frekuensi atau arus yang sama mengenakan pakaian tradisional sekaligus memperlihatkan kekayaan warisan kita di tempat umum.
“Lain macam vibes dia!,” luahnya di kapsyen.
Pemandangan ini secara tidak langsung mengingatkan dia kepada Kuching, Sarawak yang mana cukup menghargai warisan tempatan dan sedia memakai baju raya sepanjang perayaan iaitu selama sebulan.
Menjengah ke ruangan komentar, selain perasaan bangga, netizen turut berharap agar orang ramai akan menormalisasikan pemakaian busana tradisional sepanjang bulan ini dan lebih baik jika diteruskan pada bulan-bulan lain lain juga atau untuk majlis keramaian rasmi lain.
Dengan berbuat sedemikian, kita dapat memartabatkan warisan budaya ini sehingga ke anak cucu di samping dapat mempromosikan pakaian tradisional kepada pelancong luar apabila mereka menerokai Malaysia. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tahun ni.. xde aku jumpa pakai baju melayu yg ntah hapa2. semua pakai baju melayu sopan, terus nampak hensem..! |
|
|
|
|
|
|
|
Budak sekolah hampir tiap hari pakai baju kurung dik
Acik2 gomen heeheh
|
|
|
|
|
|
|
|
Elmina lakeside ni mmg mall melayu...penuh melayu merata rata masa p berbuka aritu...nak OOTD pon tempatnya lawa, those yg ddk subang, area puncak alam, saujana hari pertama raya p sana utk begamba cantik..tp tula parking penuh ajer...kedai makan pon banyak best2.. |
|
|
|
|
|
|
|
untungla baju tradisional kita baju melayu kan. takde la pelik sgt kalau nak bawak jalan2 pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pakai baju raya check-in hotel raya ke-3 auto receptionist india tu wish selamat hari raya lepas bagi kunci.
I don't think I'll get that kalau pakai T-shirt.
|
|
|
|
|
|
|
|
gi sebab nak ootd je kan  |
|
|
|
|
|
|
|
Elmina ni memang kawasan Melayu kan. Vibes Kuala Selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
mana2 mall pun sama kot last weekend... sedap mata mandang... patut buat trend sekali sebulan macam ni pun oke untuk tourism (termasuk pakaian tradisional kaum lain) |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bagus
Bangga dengan budaya kita
Sopan dan manis
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabtu sebelum raya haritu iolss pergi Mid Valley. Jumpa sorang pompuan Chinese ni pakai Kebaya Nyonya. Dia dengan family dia bergambar kat deco raya kat center court tu. |
|
|
|
|
|
|
|
duduk area situ. panas dab basah bila hujan. Kena pi malam.
lampu2 cantik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by telracs at 11-4-2025 04:34 AM
Okay... faham... article ni nak tunjukkan dia seronok ramai orang membudayakan pakaian traditional masuk mall... (musim raya?)
Actually, nak beritahu, beberapa tahun ni, budaya ni tak pelik pun...
Kampung dah kurang.. Parents ramai yang stay di taman-taman perumahan... orang tak sebut balik kampung tapi balik taman... Ada taman perumahan, adalah di bina mall kawasan tu..
Selepas beraya ke rumah sanak saudara di taman, selepas balik dari open house rumah jenjiran, marilah kita ke mall... dengan baju raya... makan eskrim baskin robins, mixue.. gitew kekdahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
dah beli baju raya mahal2 nokkss..harus lah menggayakan sebanyak kali baru berbaloi |
|
|
|
|
|
|
|
telracs replied at 11-4-2025 12:32 PM
Okay... faham... article ni nak tunjukkan dia seronok ramai orang membudayakan pakaian traditional m ...
betul...thn ni raya kat kl sbb kat kg pun dah takde org tua...tak sangka rupanya kl meriah juga time raya...ingat kot lengang rupanya jumpa ramai yg keluar beraya pakai bj raya... |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 iols x berapa faham kenapa..sbb hari2 biasa pun ramai je org pakai baju kurung jalan2 kt mall..lepas tgk video baru faham sbb berramai pakai baju tradisi, yg menambah vibe raya tu sbnrnya lelaki pakai baju melayu lengkap bersampin..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila check in bukan receptionist tau dah ke nama? Atau muka you versi internasional 
Kalau melayu of course depa greet SHR regardless baju apa pun u pakai, standard skrip cust service
|
|
|
|
|
|
|
| |
|