CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 683|Reply: 0

[Tempatan] Nahas pesawat Kapar: Juruterbang bawa agresif, tahap alkohol tinggi

[Copy link]
Post time 10-4-2025 07:58 AM | Show all posts |Read mode



PUTRAJAYA – Laporan akhir kemalangan pesawat Blackshape Gabriél BK 160TR yang terhempas di Kapar, Selangor tahun lalu mendedahkan juruterbang melakukan gerakan penerbangan agresif melebihi yang had kemampuan pesawat.

Menurut laporan itu yang diterbitkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Kementerian Pengangkutan (MOT), tindakan itu
menyebabkan beban berlebihan yang menjejaskan kekukuhan struktur pesawat.

Ia seterusnya membawa kepada pemisahan bahagian ketika penerbangan.

“Kegagalan dan pemisahan bahagian struktur ketika penerbangan akibat tekanan operasi berlebihan pada bahan komposit pesawat yang lemah, dikenal pasti sebagai punca utama nahas pesawat terbabit.

“Kekukuhan struktur pesawat terjejas oleh operasi berulang di luar had operasi penerbangan yang diluluskan.

“Ia termasuk melebihi kelajuan udara maksimum, faktor beban dan had struktur yang memberi tekanan tidak wajar pada strukturnya,” menurut laporan akhir itu yang diterbitkan hari ini.

Selain itu, pemasangan bahagian yang tidak diperakui terutamanya tie-down rings, melemahkan lagi kekukuhan pesawat dan menyumbang kepada kegagalan itu.

Kata laporan itu, pesawat berkenaan menjalani amalan penyelenggaraan yang tidak diluluskan, termasuk pemasangan alat ganti yang tidak diperakui oleh kakitangan yang tidak berkelayakan yang menjejaskan kekukuhan struktur pesawat menjadikannya lebih terdedah kepada kegagalan ketika penerbangan.

Sementara itu, dapatan lain menunjukkan kepekatan alkohol dalam darah (BAC) juruterbang terlibat ialah 0.032 peratus iaitu melebihi had yang dibenarkan undang-undang (0.02 peratus) yang mungkin menjejaskan prestasi juruterbang semasa penerbangan.

Pada 13 Februari tahun lalu, pesawat Blackshape Gabriél BK 160TR yang dikendalikan oleh Aviation Safety Technology Pte Ltd, Singapura, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor ke kawasan barat Kapar untuk penerbangan riadah atau rekreasi.

Dalam kejadian pada 1.36 petang itu, pesawat berkenaan terhempas di ladang kelapa sawit di Kampung Tok Muda dekat Kapar, Selangor dan ditemukan musnah.

Dua individu iaitu juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat itu terkorban.

Sumber :– KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.062056 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list