View: 7019|Reply: 96
|
[Tempatan]
Taman haram: 200 pokok durian ditebang di Sungai Klau
[Copy link]
|
|
200 pokok durian ditebang di Sungai Klau
ANTARA pokok durian yang ditebang di kawasan kebun durian tanpa geran di Sungai Klau di Raub, Pahang.
- Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
- 9 April 2025, 11:39 am
RAUB: Kira-kira 200 batang pokok durian yang berusia 30 hingga 40 tahun yang sudah pun mengeluarkan hasil ditebang dalam operasi penguatkuasaan di kebun durian tanpa geran di Sungai Klau di sini semalam.
Difahamkan, operasi bermula pukul 11 pagi itu melibatkan pasukan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Pejabat Tanah dan Daerah Raub dengan diiringi pihak polis.
Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berkata, tindakan tersebut menyedihkan kerana ia memberi kerugian besar kepada para pekebun terlibat.
“Apabila saya naik ke kebun bersama petani meninjau pokok dimusnahkan, saya sendiri menyaksikan kebun durian yang lengkap dan berpotensi musnah sepenuhnya akibat penebangan oleh pihak penguatkuasa.
“Pokok-pokok durian musang king yang tua kelihatan jelas ditebang dengan gergaji elektrik malah tanaman lain di sekeliling seperti pokok pisang juga tidak terkecuali, dan ini tindakan yang sangat tidak dapat diterima serta benar-benar membuat petani menitiskan air mata,” katanya di sini.
Yu Hui dalam pada itu menyeru agar semua tindakan penebangan dihentikan serta-merta dan pihak berkuasa perlu menghormati perintah mahkamah selain kerajaan harus menguruskan pertikaian tanah dengan pendekatan yang lebih berperikemanusiaan melalui dialog.
“Tindakan semalam jelas melanggar perintah mahkamah dan boleh dianggap penghinaan proses mahkamah. Pekebun akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri bagi menuntut pampasan atas kerugian dialami dan mempertahankan kedaulatan undang-undang.
“Saya bersama barisan kepimpinan Save Musang King Alliance (Samka) akan terus melancarkan usaha mempertahankan hak pekebun dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana tindakan yang memusnahkan mata pencarian rakyat serta mencabul kedaulatan undang-undang,” ujarnya.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd. Shahril Abd. Rahman dalam kenyataan berkata, pihak polis melakukan Op Sekat 3.0 di Hutan Simpan Kekal dan tanah kerajaan negeri bermula 8 April hingga 3 Mei depan.
Katanya, seramai 10 pegawai dan 137 anggota polis dan penguatkuasa akan melakukan penugasan kawalan keselamatan dan pemantauan di kawasan terbabit. – UTUSAN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ceroboh hutan simpan pun dikira mencabuli undang-undang.
Pekebun takde hak apa pun. Kerugian kau, bukan masalah kerajaan negeri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Play victim la ko..den tulis sikit kisahnya..ko dh kaut bertahun2, juta2 smp ada yg kaya raya..hny kebelakangan ni, baru buat operasi setelah tettttttt dh xde di muka bumi...
Yg diwar2 ko la mangsa..tp yg tak diwar2 kan, ko la sbnrnya pemangsa..blh ko berkumpul berparang, siap ko kurung olang2 yg ditugaskan utk serbu kebun tu, siap ko bg ugutan.. dasar cilaka..polisantri pun ada ko bayar sbb tu diorg buat bodoh je bila olang2 itu minta bantuan..ko pun xtakut sbb sama geng...cuma ko mencicit lari sbb ada topi merah turun..tau takut kn bantai.. mencicit lari mcm cikB... kehkehkeh bodoh punya manusia tak tau diuntung.. harktuih..
Utk yg persoal knp xambil alih je tanaman tu..rugi jer...well jgn buat main dgn org2 rakus xreti diuntung ni.. kemungkinan utk pokok2 dan buah2 itu diletak racun sgtla tinggi..jd andai buah2 itu dijual ats nm sekian2, dan terjadi perkara2 yg tidak diingini..maka kerajaan negerilah yg kn tanggung akibatnya..korang xtau mcm mn diorg proses racun utk jg pokok2 tu..sbb tu buah2 nya cantik elok nk mampus selain dr curi dan conquere sumber air semula jadi, hny utk kebun2 dia..terlalu byk haramjadah yg dilakukan...blh sakit jantung kalau dgr cerita2 puak cilaka yg play victim ni.. dia jela mangsa... mangsa cilaka namanya... kehkehkeh harktuih |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih explanation tuan |
|
|
|
|
|
|
|
apa beza ceroboh buat kuil dengan buat kebun? |
|
|
|
|
|
|
|
play victim nau2 mcm musang king tu makanan ruji, kalo takde boleh kebuluran apek2 ni semua |
|
|
|
|
|
|
|
s@s@ replied at 11-4-2025 08:45 AM
apa beza ceroboh buat kuil dengan buat kebun?
sama jer mo depa....ceroboh,play victim,minta pampasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk video, si sepet berani betul tengking2 penguatkuasa. Si MP plak tersengih2 sambil buat2 gosok hidung. |
|
|
|
|
|
|
|
s@s@ replied at 11-4-2025 08:45 AM
apa beza ceroboh buat kuil dengan buat kebun?
Ceroboh buat kebun untuk dunia, ceroboh buat kuil demi agama. Kriteria pemilihan tapak juga tak sama. Tanah kebun kena sesuai dan subur, tapak kuil kena ikut divine signs.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ke sebab ada kuning kat belakang as backup that's why diorg berani...............??? |
|
|
|
|
|
|
|
Tindakan semalam jelas melanggar perintah mahkamah dan boleh dianggap penghinaan proses mahkamah.
Mahkamah kata apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang hidup hanya untuk survive on basic necessity memang akan susah nak faham mindset cina ni. Their instinct is beyond survival.
|
|
|
|
|
|
|
|
s@s@ replied at 11-4-2025 08:45 AM
apa beza ceroboh buat kuil dengan buat kebun?
Yg 1 dpt 10j + tanah free + loyer free nk tlg fight + umngok x meroyan + pujian
1 lg dpt untung billion + x byr cukai + dpt support mp mati2an + umngok x meroyan |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh ke instead of tebang, buat leasing kat pekebun tu pastu mintak depa bayar back dated lease. Kalau pokok 40 tahun, back dated 40 tahun la. Lease kan 50 tahun, so tinggal 10 tahun.. boleh la depa plan something. Win-win la for both party.
Tapi jangan lupa inform LHDN, depa kena bayar backdated cukai jugak |
|
|
|
|
|
|
|
ya org mcm ai mmg susah nk faham coz yg ai tau each land has its own laws. respect it dun cross the line. lg pun ai percaya kat tanah asal dorang sndiri pun takkan boleh buat mcm ni. even their level of survival instinct tggi melangit mcm mana pun kalau nk buat, do it with your own sweat
dan ini salah satu sbb la kenapa negara asal jadi komunis. pasal rakyat degil ketegaq semua benda nak sondol
|
|
|
|
|
|
|
|
rikiruj replied at 11-4-2025 12:44 PM
tak boleh ke instead of tebang, buat leasing kat pekebun tu pastu mintak depa bayar back dated lease ...
Akak suka cara pemikiran kau sissy.  |
|
|
|
|
|
|
|
Goodluckdontcry replied at 10-4-2025 11:30 PM
Play victim la ko..den tulis sikit kisahnya..ko dh kaut bertahun2, juta2 smp ada yg kaya raya..hny k ...
gitu |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu.
Dulu siapa sangka tanam durian boleh untung millions?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|