CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 1772|Reply: 73

[Tempatan] seorang ibu mencetuskan perdebatan hangat di media sosial selepas berkongsi rasa tidak puas hatinya apabila anaknya mendermakan kesemua duit Raya ke tabung masjid.

[Copy link]
Post time 9-4-2025 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, seorang ibu mencetuskan perdebatan hangat di media sosial selepas berkongsi rasa tidak puas hatinya apabila anaknya mendermakan kesemua duit Raya ke tabung masjid.

Situasi yang sepatutnya menjadi  ‘pengurusan kewangan’ kepada anaknya, bertukar menjadi luahan marah dan sindiran terhadap tindakan anak tersebut yang dianggapnya sebagai “tidak bertanggungjawab” dan “peak Gen Z – buat amal guna duit orang lain.”

Dalam perkongsian di Threads, ibu itu menulis, “Hari ini saya tanya secara santai apa rancangan dia dengan duit Raya. Dia jawab, ‘Saya dah masukkan dalam tabung masjid.’”

Reaksi si ibu? “Kau sepatutnya tolong orang miskin, bukan jadi macam mereka. Bangun dan sedarlah tentang bil-bil yang perlu dibayar,” katanya dengan nada kecewa.

Jika niatnya berkongsi untuk mendapat sokongan ramai, nampaknya si ibu salah langkah.


Duit Raya Derma Kepada Masjid: Reaksi Netizen
Majoriti netizen menyerang balik kenyataan itu dengan nada tegas, ada yang mempertikaikan beliau, dan ramai yang menganggap tindakan si anak itu sebagai satu contoh didikan murni yang patut dibanggakan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo aku.. aku banggga.. anak aku yg derma rm2 tiap kali pi sojid pun aku rasa dah terpalng..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti mak dia dah terbayang nak beli macam2 guna duit anak kot...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham, apa maksud mak dia:

"peak Gen Z – buat amal guna duit orang lain.”
Ni bukan ke duit anak dia?

“Kau sepatutnya tolong orang miskin, bukan jadi macam mereka" .

So, selama ni org derma kat tabung masjid ni bukan dpt tolong juga org miskin ke? Ke iols yg silap?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 08:25 AM | Show all posts
kena ajar gak kat anak, nak derma berpada2...
derma paling bagus dekat org terdekat yang memerlukan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 9-4-2025 08:22 AM
Tak faham, apa maksud mak dia:

"peak Gen Z – buat amal guna duit orang lain.”

i pun kurang faham tang ni.
duit org bg kat anaknya mesti la jadi hak anaknya ke apa maksudnya?

dia sebenarnya nak org memuji tindakan anaknya konon berjaya la dia mendidik jd insan terpuji tp acah2 marah plak. org skrg benda camni pun nak tepek jd konten.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2025 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
duit raya dia sukahati dia la kan
btw thn ni xpat duit raya lg ni huhu
i mitk kt abg2 opis ni hadorg xbg pun ckp dh kertu..
kwn i satu team ngn i ni gegel..aritu dia ckp nk bg..snyp je..sbb i puasa penuh lg
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 9-4-2025 10:16 AM

Budak2 x bayar rumah x bayar bil x beli brg pasar x tau penat bekerja apa tau ttg susahnya cari duit, budak2 patut diajar menabung dan hasut simpan duit pergi dubai japan eropah, beli kasut motosikal, kalau nak derma pun 10-15%, lain simpan atau beli belanja sekolah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 09:44 AM | Show all posts
Samerosie replied at 9-4-2025 08:22 AM
Tak faham, apa maksud mak dia:

"peak Gen Z – buat amal guna duit orang lain.”

mengelirukan kan,
mcm ada 2 maksud
anak dia dpt duit raya dari org lain pastu g derma tabung masjid.
atau
anak dia guna duit raya lebihan mak dia utk derma ke tabung masjid.

aku pun ada lebihan duit raya dan duit tu aku guna utk belanja sekolah anak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 9-4-2025 08:35 AM
i pun kurang faham tang ni.
duit org bg kat anaknya mesti la jadi hak anaknya ke apa maksudnya?


Itu sebenarnya..nk org puji...so acah2 tak puas hati la..dari dpt pahala, tkut dpt dosa riak pula..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolss thn ni lantak p kan je anak2 nk bt pe gan duit dia...Kang kita simpan separuh konon kita hadap sgt duit dia...skrg ni lantak kan je...nak bl pe..nak sedekah ke...kosher nak ambik Tau...duit dah abis nak bl pe2 ko tunggu la setiap awal minggu..duit belanje sekolah... Tp iolss x penah pulak guna duit raya atau duit bantuan anak2 tuk bayo bil2... Pd iolss parent yg nak sgt pakai aircon,x kan anak2 kene bayo...anak sulung iolss citer,cikgu kelas dia tahun lps citer anak2 dia semua kn bayo duit api aie...sbb guna aircon tuk tido Dan heater tuk mandi...sedangkan anak2 x nak pun pasang aircon..dah la anak2 br darjah 2 dan 3... Pd iolss berpada2 la... X kan anak2 kn bayo duit api air kot...mak pak iolss yg dl keje krjn gaji x sampai 2k pun semua parent tanggung... Pe benda la arent skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 09:51 AM | Show all posts
Samerosie replied at 9-4-2025 12:22 AM
Tak faham, apa maksud mak dia:

"peak Gen Z – buat amal guna duit orang lain.”

mesti mak dia time raya duk denga lagu raya gen z ulang2, tu yg jadi brain rot , sel2 otak tak berapa nak berhubung
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
lain kali ckp masa nk bagi duit raya kat anak..haramkan derma kat masjid..

Cm Bodo je maknya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:07 AM | Show all posts
patutnya ajar anak tu berbuat baik secara menyeluruh. Perbuatan derma ke tabung masjid tu memang bagus.. terpuji..

kita ajar anak... pahala bukan hanya ada di masjid. Hatta tepi jalan pon ada pahala.. dalam rumah pon ada pahala.

Frankly, duit2 raya anak2 aku.. aku izinkan dorang guna sebahagian kecil aje. selebihnya simpanla tabung haji ke.. beli emas ke.. utk masa depan dorang. Bila dorang nak sambung belajar ke.. itula duitnya utk guna. Aku tak selamanya mampu nak tanggung semuanya. Waktu sihat n bekerja ni okla.. semua kita tanggung. Esok2 kita dah tua.. dapat tanggung diri sendiri pon dah syukur..

kalau semua duitnya disumbang ke masjid.. memang dia dapat pahala.. manfaatnya berbeza2..
ada masjid yg memang memerlukan dana dari orang ramai utk kelangsungan.. ada masjid yang memang melimpah ruah sumbangan.. sampai boleh buat iftar kambing golek..

sedangkan sang anak bole je nak bersedekah kepada keluarga sendiri... belanja makan utk ibu ayah ke... apa.. tu tak dapat pahala ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:16 AM | Show all posts
edayildiz replied at 9-4-2025 09:07 AM
duit raya dia sukahati dia la kan
btw thn ni xpat duit raya lg ni huhu
i mitk kt abg2 opis ni h ...

amboiii

manjanya...

da keje pon nak angpow?


Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:16 AM | Show all posts
Sebenarnya kalau anak sendiri buat mcm ni sebenarnya itulah nilai terbaik yg anak itu sudah lakukan yg barangkali kita pun x ajar dia utk buat mcm tu kalau mereka dpt duit raya...
Dia sedang membuat pahala terbesar utk diri dia sendiri jadi biarlah perkara itu dilakukan tanpa perlu mengkritik dan melahirkan ketidakpuasan hati...
Dia faham erti sedekah itu tidak akan membuat seseorang jatuh miskin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 10:16 AM | Show all posts
Edited by vanilacup at 9-4-2025 10:19 AM

Duit raya anak adalah hak mutlak mereka utk membuat keputusan....Maka terimalah keadaan tersebut dgn berlapang hati...


Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:17 AM | Show all posts
patutnya bagi angpow dalam bulan Ramadhan..

baru pahala banyak..

sblm jumpa dalam bulan Syawal

bank-in sesiap..

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 9-4-2025 10:25 AM

Kadang2 tgk org tu tabur duit bg duit raya kat org lain agak2 le, sbb org yg dpt derma tu dpt pi haji pi umrah beli rumah byr itu ini, nak tegur nnt marah tukang derma x pi haji rumah x repair xde simpanan emergency, agak2 le sedekah boleh tapi bukan semua kasi la 15%
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 9-4-2025 10:52 AM

Korang ni...Acaner kalo nantinya mak/ibu dia pulaknya minta bantuan drp masjid tu...tak ke kelakar sedih......@OrngYgDermaKeMasjidMintaBantuanDrpMasjid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-4-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.060955 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list