CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 1

[Cinta] Benteng gangguan pihak ketiga

[Copy link]
Post time 8-4-2025 08:58 PM | Show all posts |Read mode


SETIAP rumah tangga perlu mempunyai 'perisai' bagi memastikan mahligai yang dibina kekal harmoni tanpa gangguan luar.

Ini kerana ada rumah tangga yang musnah kerana gangguan serta ancaman luar disebabkan campur tangan orang ketiga dan sebagainya.

Kaunselor Perkahwinan Fadzli Aziz berkata, orang ketiga tidak semestinya skandal, tetapi boleh jadi ibu bapa, mentua, adik beradik, ipar duai dan juga rakan-rakan.

Menurutnya, campur tangan orang ketiga itu adalah dalam bentuk memberi pandangan tidak sesuai, ekstrem dengan keluarga mereka. Bahkan ada pandangan yang berat sebelah menyebabkan nasihat diberikan tidak menyeluruh.



"Apabila pasangan suami isteri tidak mempunyai hubungan yang kuat, maka elemen buruk itu mudah masuk ke dalam rumah tangga hingga boleh menjejaskan emosi dan perasaan pasangan masing-masing.

"Contoh, ibu kepada suami mengatakan perkara buruk terhadap isterinya seperti tidak menghormatinya sebagai suami dan melawan percakapan.

"Mungkin sebelum itu tidak pernah timbul isu berkenaan tetapi oleh kerana tiada 'perisai' dalam rumah tangga dan hubungan suami isteri tidak kukuh, lama-kelamaan suami akan termakan kata-kata berbaur hasutan yang akhirnya mencetuskan konflik," katanya.

Beliau berkata, apa yang suami perlu lakukan jika ada cubaan pihak ketiga memporak perandakan rumah tangga mereka? Maka suami hendaklah menggunakan kebijaksanaan menjadi pendamai di antara emak dengan isteri.



"Saya baca satu hadis berkaitan 'perisai' rumah tangga yang situasinya di mana sahabat Nabi Muhammad SAW Saidina Abu Bakar As-Siddiq datang ke rumah Rasulullah SAW.

"Beliau terdengar Saidatina 'Aishah Abu Bakar seolah-olah meninggikan suara kepada baginda.

"Lalu Saidina Abu Bakar masuk ke rumah itu kerana mahu marah dan memukul Saidatina Aisyah, tetapi Rasulullah SAW menghalang serta mempertahankan Saidatina Aisyah walaupun sedang konflik.

"Jika mempunyai tiga perkara ini dan apabila pihak ketiga berkata buruk terhadap isteri, maka suami tidak cepat melatah, sebaliknya akan merujuk isteri untuk kesahihan. Begitu juga sebaliknya sekiranya berlaku kepada suami.

"Sekiranya ada konflik selesaikan segera walaupun kecil. Ini kerana konflik yang tidak diselesaikan itu menyebabkan hubungan perkahwinan goyah dan mudah 'termakan' hasutan pihak ketiga.

"Kedua-duanya (suami isteri) perlu ada 'perisai' demi menjaga aib pasangan dan rumah tangga.

"Apabila membuka aib, seolah-olah kita membuka ruang seluasnya kepada pihak ketiga untuk melihat kekurangan dalam rumah tangga," katanya.

Menurutnya, dia banyak mengendalikan kes rumah tangga tiada 'perisai' yang membabitkan campur tangan mentua hingga menyerang menantu.

"Selepas meneliti kes ini terbukti masalah yang terjadi berpunca daripada hubungan tidak kuat antara suami isteri.

"Untuk mengetahui rumah tangga yang diganggu orang ketiga itu dapat bertahan atau tidak adalah bergantung kepada pasangan itu sama ada mahu mempertahankan atau sebaliknya.

"Sekiranya sudah berasa tawar hati dengan pasangan, maka ini menjadi asbab perceraian," katanya. - Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 09:38 PM | Show all posts

cialis pills coupon for cialis 10 mgs

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.036422 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list