View: 939|Reply: 16
|
[Tempatan]
"Majlis Penyerahan Semula" - Kena Sembah Ratu, Pulangkan Gajet Dan Alat Permainan Sebab Dah Tamat Cuti Sekolah!
[Copy link]
|
|
Itulah yang dilakukan oleh seorang ayah ke atas dua orang anak lelakinya. Menerusi video yang dikongsi di platform TikTok (@ceobbm), dia melakukan ‘majlis penyerahan’ semula segala gajet selepas cuti persekolahan baru-baru ini tamat.
Dapat dilihat tiga jenis gajet yang dipulangkan oleh anak-anak kepadanya iaitu Nintendo Switch, konsol Playstation 4 dan tablet yang digunakan untuk bermain Mobile Legends.
Nampak si abang kelihatan sedikit kecewa setelah menyerahkan Nintendo Switch itu ya!
Selain tiga gajet tersebut, mereka turut menyerahkan alat kawalan jauh televisyen. Difahamkan bahawa mereka menonton video di platform YouTube menerusi televisyen tersebut.
“TV secara rasminya ditutup untuk korang bila hari sekolah,” kata lelaki itu.
Kedua kanak-kanak lelaki itu juga turut bersalaman dengan ayah mereka saat setiap gajet diserahkan.
Menurutnya, kesemua gajet tersebut bukanlah hak milik anak-anaknya, tetapi hanya dipinjamkan kepada mereka.
Di ruangan komen, rata-rata ibu bapa berkongsi mereka turut melakukan perkara sama kepada anak-anak dalam mengawal penggunaan gajet.
Seorang wanita berkata gajet hanya akan diserahkan pada hari Sabtu dan Ahad jika masing-masing menunjukkan tingkah laku yang baik.
Melihat video tersebut, seorang individu teringat kenangan saat mengambil dan menyerahkan telefon bimbit kepada jurulatih ketika terlibat dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dahulu.
Dalam masa sama, ada juga yang menetapkan pautan keluarga (family link) di telefon pintar anak-anak agar hanya boleh digunakan untuk menelefon
Namun seorang ibu berkata dia membenarkan anak-anaknya menggunakan telefon pintar sehingga 9.45 malam memandangkan perlu terlibat dalam perbincangan kelas.
“Pagi lepas solat Subuh baru ambil telefon. Tujuan saya sekurang-kurangnya malam mereka tidur tanpa telefon,” jelasnya.
Terdapat juga pengguna media sosial yang berseloroh agar lelaki berkenaan turut mengambil telefon pintar dan kad bank daripada isteri agar tidak digunakan untuk berbelanja. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Benci orang sekarang. Benci benci benci. Benci socmed selain Forum Cari ngan Youtube, benci benci suma nak tayang suma nak buat konten benci laaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
nk ckp benda yg sama tapi malas nak taip. berkongsi rasa yang sama...
|
|
|
|
|
|
|
|
apech replied at 8-4-2025 06:31 AM
nk ckp benda yg sama tapi malas nak taip. berkongsi rasa yang sama...
Tq sebab faham. Kita selalu dengar mak ayah kita dulu2 cerita pasal cemana meka rindu zaman childhood meka, camna hidup masa tu susah tapi meka enjoice ja kan.
Ah ni meols ni bila dah kertu ni memang banyak terkenang dan rindu saat2 membesar tahun 90an dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 8-4-2025 08:53 AM
.....kalo xde socmed.....ada segelintir akn rasa resah gelisah.....
Memang. Vain, pretentious, narsisis - gitu la rata2 jenis manusia yang ada kat socmed sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 8-4-2025 05:27 PM
Memang. Vain, pretentious, narsisis - gitu la rata2 jenis manusia yang ada kat socmed sekarang.
Mein gott sisturrr! Aku tak expek ko lenient dengan anak2 iyahhh.. Tekezoot I.
Anyway my friends buang kunci pade pintu bilik anak2. Jangan nak mengade2 berkurung pulak dalam tu. No gajets until 15. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 8-4-2025 02:24 PM
Benci orang sekarang. Benci benci benci. Benci socmed selain Forum Cari ngan Youtube, benci benci su ...
Mzz pula rasa makin rengsa dgn forum cari ni sbb acikpor especially dekat bodgos sana semua mcm makin hilang akal. Too much hatred, too much angst..mcm sakit sgt masing2.
So i just scroll lah. Avoid yg mana boleh avoid. Jaga mental health sendiri walaupun kdg2 mzz pun terlepas komen sana sini juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 9-4-2025 08:26 AM
Ntah napa
Iols tak penah percaya yg mmg ada mak pak 100% tak bg gajet langsung bila hari sekolah bgai ni maybe ada tp yg mana dia sendiri pun pakai tepon 3310.
Kalau kaki content maaflaa tak caya langsung.
Maaf sbb kalau bebetul tanak bagi mak pak pun xleh guna gak baru anak2 bleh folow
Jujurnya iols tak rasa dorang mampu buat gitu kecuali time anak g sekolah jer la dorang tak sentuh.
Ni semua konten je, kalau dh mak pak pun hp 24 jam kat tgn sbb nk rakam konten setiap hari
Takda maknanya anak tu tak menggelupuh nk main hp gak.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 8-4-2025 05:27 PM
Memang. Vain, pretentious, narsisis - gitu la rata2 jenis manusia yang ada kat socmed sekarang.
Kaki content semua narc
Sbb dorang mmg hidup perlukan pojian dan validation drpd manoksia
Bila penyembangan dia je bleh berkata2 yg lain kena nganga angguk2 setuju
Dia jelaa terpaling tau semua menda
Padahal dia pun tau cerita drpd socmed gak
|
|
|
|
|
|
|
|
bila cuti sekolah lg
bdk skrg ni kalau bljr bodoh jgk xtau la auntie nk ckp apa hiks
i dulu ayah i bg fon masa i umo 17..bdk skrg umo 3 thn dh ada tt huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh dijadikan idea buat ibu bapa di luar sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak iolss yg darjah 5 msh ade Google classroom...setiap minggu ade homework kat situ... Si kakak mmg cikgu update mcm2 kat group telegram...dia org discuss mcm2 dlm group kelas kat telegram...ni minggu exam lg ligat kelas tambahan online malam2...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|