View: 807|Reply: 21
|
[Jenayah]
"Tiada Keperluan" - Polis Bertegas Tak Nak Dedahkan Identiti Syarikat Kontraktor Yang Mengorek Paip Gas Putra Heights!
[Copy link]
|
|
Polis Selangor menganggap, tiada keperluan untuk mendedahkan identiti syarikat kontraktor yang menjalankan kerja kerja pengorekan berhampiran kawasan paip gas bawah tanah yang meletup baru baru ini.
Kejadian yang berlaku di Putra Heights itu mendapat perhatian ramai pihak termasuk media di luar negara.
Tragedi itu telah mengakibatkan banyak kerosakan harta benda. Kejadian berlaku pada 1 April lalu kira kira 8.10 pagi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, bertegas bahawa adalah tidak perlu untuk mendedahkan identiti syarikat kontraktor yang terlibat dalam kerja mengorek tanah di kawasan berhampiran.
Dan siasatan tentang perkara itu masih giat dijalankan semua agensi yang terlibat termasuk polis sendiri. Buat masa ini, polis masih belum mengklasifikasikan kes itu sebagai ada unsur jenayah.
Tiada keperluan dedahkan identiti syarikat kontraktor
Fokus utama ketika ini adalah kepada tempat kejadian bukannya untuk mendedahkan siapa yang terlibat, menurut Datuk Hussein Omar Khan. Kerana semuanya masih dalam proses siasatan.
Jadi buat masa ini beliau menganggap bahawa adalah tidak perlu untuk mendedahkan identiti syarikat kontraktor seperti mana yang dimahukan segelintir pihak.
Dipetik daripada laporan Sinar Harian, Hussein berkata: “Apa yang menjadi fokus ketika ini adalah tempat kejadian, bukan mendedahkan siapa terlibat sebab ini lebih kepada siasatan.
“Siasatan pun belum klasifikasikan apa-apa jenayah, sebab itu disiasat di bawah Kertas Inkuiri Polis dan polis mempunyai kuasa untuk memanggil individu-individu untuk disiasat bagi mendapatkan keterangan.”
Dalam sidang media yang sama, Datuk Hussein Omar Khan juga menyatakan bahawa hasil siasatan awal mendapai pihak kontraktor menjalankan kerja kerja pengorekan mengikut garis panduan dan SOP yang ditetapkan.
Kontraktor didapati ikut SOP
Beliau turut menyatakan bahawa paip kumbahan tersebut berkedalaman 2.1 meter daripada paras aras jalan di kawasan tersebut.
Ianya di paras yang dibenarkan kerana had korekan adalah tidak melebihi 3 meter daripada aras tanah.
Dipetik dari sumber Buletin TV3, Polis menyatakan: “Pihak Polis telah menjalankan siasatan dengan menggali semula laluan paip kumbahan yang dipasang oleh sebuah syarikat kontraktor.
Tiada Keperluan Dedahkan Identiti Syarikat Kontraktor, Fokus Adalah Tempat Kejadian
“Didapati paip kumbahan ini dipasang pada kedalaman 2.1 meter daripada paras daripada aras jalan yang sedia ada.
“Keterangan lanjut didapati kerja korekan telah dibuat oleh kontraktor ini tidak melebihi 3 meter, sepanjang jalan itu dengan lebar korekan 1.5 meter,” tegas Hussein.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi.....  |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau hakim nak tau pun tak boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
untung jd cina di tanah melayu ni sejak zaman kesoltanan melaka |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah yang musnah tu dah berapa lama ada kat situ ? |
|
|
|
|
|
|
|
Kes begini jarang berlaku di sini. Kalau panggil pakar dari luar (jepun contohnya) yang dah biasa dengan kes bencana tentu laju buat kerja dan dapat cari punca. lagipun mereka outsider tak side belah mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ds rafizi boleh dedahkan |
|
|
|
|
|
|
|
hr tu YDPA kate Petronas & SPRM dia nk letak bawah dia spnjg 5thn ni.. tp tak kan takde campur tgn YDPA?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
wlupun polis x dedahkan. media dah 'seru' ke pejabat syarikat yg berkaitan, dalam FB dah bersepah nama syarikat. tapi mcm biasanya sbb nama syarikat type c perlu dilindungi. |
|
|
|
|
|
|
|
laluan pembetungan atas pipe gas ke.? ke lalun nya side by side..??.biar betulll ni....
ke aku yang bengong....
contractor salah baca drawing ke..?
nak korek laluan pembentungan terkorek laluan gas line..?
nama pemaju dan kontractor tu dah bergentayangan kat media sosial kot....
zaman skrag susah nak sembunyi2 ...ckp je terus terang nama...mmg nitizen dah tahu...
|
|
|
|
|
|
|
|
benda under investigation lagi kan.. mmg tak perlu pun polis nak reveal, buatnya org pi buat benda terlarang kat opis co tu sdgkan lepas siasat rupanya co tu tak bersalah ( cth la). tak ke naya.. takyah la nak pertikai sgt, polis gomen buat kerja tu.. tau la demer nak buat cemana.. |
|
|
|
|
|
|
|
cincai punya developer..project signboard pun byk spelling mistakes. mcm bangla je yg taip |
|
|
|
|
|
|
|
Wowwww ada political connection ke ittewwww |
|
|
|
|
|
|
| |
|