Di Malaysia, kita mempunyai rangkaian restoran popular yang dikenali sebagai BananaBro, yang menyajikan hidangan nasi di atas daun pisang dengan berasaskan menu dari Selatan India.
Bagaimanapun, pasangan dari negara Barat berkongsi satu penemuan yang mengejutkan sewaktu bercuti di Indonesia, yang mana wujud restoran yang seakan sama seperti BananaBro di sana.
Di dalam video itu, mereka didapati sedang mengunjungi sebuah gedung pusat membeli-belah baharu, Bintaro Exchange Mall.
Kemudian, pasangan ini berkongsi reaksi muka yang terkejut apabila menemui sebuah restoran bernama Bungkus Bro sambil berkata ia terlalu mirip dengan restoran terkenal di Malaysia.
“Semua tengok apa yang kami jumpa di Jakarta, Bungkus Bro yang mana kelihatan agak mirip dengan BananaBro,” katanya dengan nada yang ingin tahu lebih lanjut.
Dalam pada itu, dia langsung memberi perbezaan antara kedua-dua rangkaian BananaBro dan Bungkus Bro adalah di Malaysia ia disajikan dengan juadah dari Selatan India sementara di Indonesia iaitu restoran Bungkus Bro membawakan sajian juadah dari warisan tradisional setempat seperti kari ayam, gulai hitam, bumbu rendang dan gulai padang.
Tetapa masih kelihatan persamaan yang ketara pada restoran Bungkus Bro, yang mana dipercayai diinspirasikan dari BananaBro di Malaysia.
Selain memiliki nama yang mirip, cara persembahan makanan juga tampil sama di mana meletakkan daun pisang serta mempunyai dekorasi restoran dengan sentuhan moden dan klasik seperti di Malaysia.
Video itu langsung menjadi perhatian di kalangan pengguna platform TikTok dan rata-rata netizen dari Malaysia turut tidak menyangka sudah ada restoran di Indonesia yang cuba mengambil idea yang serupa sebagai tarikan baru.
Ramai mengandaikan jika kalau nama itu terhasil daripada nama dua restoran terkemuka di Malaysia iaitu Bungkus Kaw-Kaw serta Banana Bros maka terjadinya nama Bungkus Bro itu.
Sementara ada yang merasa agak sedikit mengjengkelkan, sebahagian lain melihat ia sebagai asmilasi budaya di antara negara serantau.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 13-4-2025 11:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
alesandra replied at 13-4-2025 07:02 PM
Petola goreng ke? aku sblm ni tak penah rasa.sekali aku try sikit kakak aku punya..tapi ni kt keda ...
Kat bananabro dia org x guna peria katak..kalo kedai mamak yg lain biasanye dia org guna peria katak...iolss makan ari tu kalo x silap dgr staff ckp petola goreng...
Post time 14-4-2025 11:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
alesandra replied at 14-4-2025 06:48 AM
owhh ok.. ada jenis2 nya rupanya
Biasa iolss makan nasi kandaq dia org guna peria katak...mmg pahit ms awal2 makan dl..dah lama2 sedap..ranggup...bananabro ni staff dia ckp x guna peria katak.. mungkin org komplen kot..tu tukar ke yg lain...sedap pd iolss..suka tambah 2,3 Kali petola dia...
adik meols citer kat jakarta jarang jumpa indian...kalu ada pun seorg dua tu pun pelancong...kedai makan india lagi lah tak pnh nampak...nak tgk brapa lama kedai nie bole bertahan kat sana...