View: 1405|Reply: 23
|
[Tempatan]
Anak usia 3 tahun tiba-tiba ‘hilang’ ketika naik kereta dipandu bapa
[Copy link]
|
|
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terjatuh dari kereta ketika bapanya memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk menjawab panggilan telefon.
Kejadian yang berlaku di Kilometer 5, Jalan Lipis-Merapoh dekat Lipis pada pagi Isnin itu, disahkan oleh Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man.
Menurut Ismail, dalam kejadian pukul 11 pagi itu, bapa kanak-kanak tersebut meneruskan perjalanan selepas menjawab panggilan telefon.
"Bapa kanak-kanak itu kemudian menyedari anaknya tiada dalam kereta dan cuba mencarinya.
"Namun, pencarian gagal dan bapa kanak-kanak itu membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis," katanya dalam kenyataan.
Ismail berkata, orang awam yang melalui jalan tersebut kemudian menjumpai kanak-kanak berkenaan dalam keadaan cedera di muka berada seorang diri di tepi jalan.
"Kanak-kanak itu dihantar ke Balai Polis Padang Tengku. Bapa mangsa kemudian dimaklumkan anaknya sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Tengku ketika membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Lipis.
"Akibat kemalangan itu, kanak-kanak berkenaan cedera dan menerima rawatan susulan di Hospital Kuala Lipis," katanya.
Jelas Ismail, siasatan awal mendapati kanak-kanak tersebut dipercayai terjatuh dari kereta bapanya melalui tingkap belakang kenderaan yang terbuka.
"Ketika itu, pemandu dipercayai memberhentikan kereta untuk menjawab panggilan telefon," ujarnya.
Susulan itu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap orang awam.
Polis meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahu nak ketawa ke nak sedih baca berita ni |
|
|
|
|
|
|
|
ayoyo dik...senyap2 buat keje. nasib tak kena langgar |
|
|
|
|
|
|
|
Bukankah semejak beberapa tahun lepas kerusi keselamatan bayi telah di kuat kuasakan? |
|
|
|
|
|
|
|
Baby boomers zugak yang reti membesarkan anak-cucu.. Ejek la lagi, boomers ke hulu boomers ke hiley.. Boomers are dying let's selebret la hape.
Bangsat sangat generasi sekarang ni. Ko bukak tingkap ko sudah la vavee! |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ramai yang akan kata, carseat mahal, anak sorang bolehlah, anak2 aku tak pernah pun kena mcm ni...so on and so forth....
|
|
|
|
|
|
|
|
berapa umur anak dia ni?...boleh celuih dari tingkap??... |
|
|
|
|
|
|
|
lalai si bapak pun lain kali beringat la |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 8-4-2025 12:05 PM
Baby boomers zugak yang reti membesarkan anak-cucu.. Ejek la lagi, boomers ke hulu boomers ke hiley ...
amboi marahnya, setiap org tak lepas daripada melakukan kesilapan bukannya sengaja
rimas la dgn org pompuan suka membebel marah2 ni  |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha aku dpt bayangkan mcmn gaya ko membebel ni hahaha
let's boom boom boom bebeh..!
|
|
|
|
|
|
|
|
Carseat baby untuk b40 percuma noks
|
|
|
|
|
|
|
|
kecuaian memang wujud...cuma apa jer la panggilan dan situasi bapa dia ketika itu.... |
|
|
|
|
|
|
|
TabletSusu replied at 8-4-2025 04:21 PM
hahaha aku dpt bayangkan mcmn gaya ko membebel ni hahaha
let's boom boom boom bebeh..!
Aku bukan boomer. Aku Gen X. |
|
|
|
|
|
|
|
Gila buas anak ko boleh panjat tingkap belakang. Nak kata sengaja nak buang anak boleh pula pi report polis.
|
|
|
|
|
|
|
|
My girl guna seatbelt tapi dah pandai bukak sendiri and bukak pintu turun kereta
Mmg kena rajin toleh tgk selamat ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pun kecuaian dari pihak bapa jua..susah jd parents ni...dlm rumah pun ada hazard, luar rumah lagi la .. |
|
|
|
|
|
|
|
Ank2 yg buas xreti dok diam ni, parents kena super duper alert |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 9-4-2025 11:22 AM
TabletSusu replied at 9-4-2025 10:00 AM
oh kita serupa
Yes, the greatest of all. Kita sempat tengok jaman pra-komputer, transition tv itam-putih ke tv kaler, land phone to handphone, the birth of the internet, naik roket ke bulan to watching the sun flares in realtime. Kitorang yang jadi saksi betape susahnye boomers mengadekan segale teknologi ni untok manusia semua. Korang Zoomers nak tunjok kat cucu korang ape? Youtube channel & Tiktok bangang korang??
Entah2 nanti tin susu anak korang tu duit pencen boomers yang bayar. Duit onyang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|