CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 959|Reply: 28

[Tempatan] Tragedi letupan Sungai Buloh yang membawa kepada pengharaman mercun dan bunga api

[Copy link]
Post time 6-4-2025 08:39 PM | Show all posts |Read mode


Pada 7 Mei 1991, pukul 3:45 petang, penduduk di kawasan Sungai Buloh, Selangor dikejutkan dengan satu letupan yang sangat kuat. Letupan itu menjadi salah satu tragedi merah yang akan diingati, juga mengubah polisi undang-undang negara yang menjadi pegangan sehingga ke hari ini.

Pada tarikh itu, sebuah kilang mercun yang dikenali sebagai Bright Sparklers Sdn. Bhd. yang beroperasi di situ terbakar dan meletup secara tiba-tiba. Berdasarkan laporan polis, letupan kuat daripada kilang mercun itu telah mengorbankan hampir 26 nyawa di samping lebih daripada 83 orang lagi cedera parah.

Disebabkan kemusnahan yang dahsyat ini, tragedi ini turut digelar sebagai ‘Hiroshima Sungai Buloh’. Ledakan akibat letupan itu diibaratkan seperti perang nuklear di Hiroshima, Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.

Letupan yang dihasilkan daripada kebakaran itu telah mengakibatkan kemusnahan yang teruk. Gegaran dirasai sehingga hampir tujuh kilometer dari lokasi kilang dan telah menyebabkan harta benda di kawasan berhampiran musnah. Kebanyakan rumah-rumah di kawasan Selayang dan Seri Manjalara rosak teruk. Hampir seluruh cermin tingkap rumah pecah dan bangunan-bangunan juga retak.

Berpuluh-puluh kenderaan dan motosikal musnah dan hangus terbakar di atas jalan. Ada antara pemandu yang tidak sempat untuk menyelamatkan diri dan mati di tempat kejadian.



Letupan pertama hanyalah petanda awal kejadian. Selang 10 minit kemudian, letupan kedua menyusul. Ia belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat berlaku pada jam 4:00 petang hingga gegarannya dirasai sejauh empat kilometer.

Kemudian, lebih daripada 20 letupan berterusan sehingga ruang udara dipenuhi dengan kepulan asap dan ia boleh dilihat pada jarak lapan kilometer.

Bukan sahaja kemalangan jiwa, malah beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang pewarna makanan yang turut berada berdekatan dengan lokasi kejadian turut terbakar.

Letupan ini dikatakan berpunca daripada 200 tan belerang yang terbakar sehinggakan menyebabkan percikan bunga api dan serpihan-serpihan belerang bertebaran ke udara.

Bermula jam 3:45 petang sehingga ke tengah malam, letupan demi letupan masih berlaku. Walaupun hampir 50 orang anggota bomba bertungkus lumus cuba memadamkan kebakaran, namun ia begitu sukar.

Dalam usaha untuk meredakan kebakaran, timbul pelbagai masalah lain. Pihak bomba terpaksa menggunakan bekalan air yang dibawa sendiri ekoran tekanan air yang terlalu rendah di kawasan berkenaan. Bukan itu sahaja, faktor pili bomba yang terlampau jauh serta keadaan angin yang kuat pada petang tersebut juga menyebabkan api merebak terlalu cepat.

Hampir sembilan buah ambulan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan lima buah lagi dari Hospital Sungai Buloh berulang alik mengangkat dan membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan. Ada juga orang ramai yang membantu membawa mangsa ke hospital dengan menaiki lori dan van.



Setelah bertungkus lumus memadamkan kebakaran, akhirnya pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan perumahan yang terletak berhampiran dengan kawasan kilang.


Kesan daripada kebakaran yang tidak dijangka ini akhirnya membongkar penemuan yang tidak disangka. Kilang mercun yang telah beroperasi sejak tahun 1978 ini rupa-rupanya mempunyai tempat simpanan bahan bakar di bawah tanah.


Akibat daripada itu, anggota bomba tidak dapat menjalankan tugas kerana khuatir letupan akan kembali berulang berikutan masih ada sekurang-kurangnya tiga lagi tempat simpanan bahan letupan bawah tanah itu yang masih belum meletup. Sementara itu, dua daripada tempat simpanan itu sudah pun meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter. Sehingga jam 5:00 pagi, tiada lagi letupan yang berlaku.


Sekelip mata, seluruh kawasan di sekitar kilang mercun musnah. Ekoran kejadian itu, Sungai Buloh di Selangor mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa. Hampir semua akhbar melaporkan tragedi ini.


Rahsia kilang mercun terbongkar

Sehari selepas kejadian itu, gerakan mencari mangsa menemui 21 mayat yang terbunuh. Salah seorang daripada mayat itu disahkan seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang berkenaan dan juga dikatakan pengurus di kilang tersebut.


Seramai 83 orang mangsa yang cedera parah dirawat di hospital. Malapetaka ini juga telah menyebabkan hampir 37 buah rumah dan beberapa kilang rosak teruk selain berpuluh-puluh kenderaan musnah. Malah ada juga mangsa yang masih tidak dijumpai dan mungkin tertimbus.




Tidak semua identiti mangsa yang hilang dapat dikenal pasti disebabkan kebanyakan pekerja tidak didaftarkan oleh pihak majikan. Pihak polis mengesahkan bahawa kilang mercun dan bunga api itu beroperasi secara haram selain bertindak menyalahi undang-undang apabila menggaji pekerja di bawah umur.


Punca utama kebakaran disahkan berpunca daripada kelalaian pekerja di bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji bahan bakar yang telah siap untuk dipasarkan. Ujian bahan letupan itu dikatakan terkena longgokan simpanan mercun yang terletak di kawasan berhampiran seterusnya mengakibatkan satu letupan besar.


Bertitik tolak daripada itu, ia sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun waima bunga api sehingga ke hari ini. Larangan ini juga berkuat kuasa untuk apa jua sambutan perayaan. Ia hanya dibenarkan bagi sesetengah upacara yang mendapat kebenaran daripada pihak berwajib sahaja. - Utusan TV


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Larang-larang pun tetaplah Putra Height meletop jua hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada larangan dah sekarang ni.siap bagi lesen lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sejak pmx bg lesen makin mahal ...thn ni je my brother xbeli dh..sblm ni tiap thn beli..he beli yg ratus ratus tu..thn ni dia ckp dh bosan sbb umo pun dh 30 xrasa nk main ..
tp i main jgk bunga api..dh ada main je la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
berapa org la agaknya yg masih belum dijumpai tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Haramkan mercun tapi bersepah jugak gerai jual mercun. Kat tempat aku ni polis bantuan pun ada jual mercun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2025 09:57 AM | Show all posts
benda ikut bermusim je penguatkuasaan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 10:58 AM | Show all posts
rumah aku jarak dlm 10km dari kilang mercun

masa benda ni jadi aku baru darjah 6. letupan tu tersgt kuat.. aku xpernah dgr bunyi sekuat tu seumur hidup aku... maybe kalau dgr putra height maybe dia sama kuat kot. sbb simpanan mercun bawah tanah kan?
dua kali meletup yg terkuat seingat aku.. masa tu kan tak mcm sekrg kena tgk news baru tau apa jadi.

the day after kami jalan2 area tu rumah kat sana mmg hancur teruk.. area2 welfare kawasan2 rumah2 kg.. kesian gila weh.. and gegaran katanya sampai selayang... so mmg aku takkan main mercun sampai kesudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2025 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 6-4-2025 08:41 PM
Larang-larang pun tetaplah Putra Height meletop jua hendaknya

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
What if ada umat baling meracun bola kat menteri budus yang luluskan semula penjualan meracun ni. Mesti Uturn balik haramkan mercun
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 02:45 PM | Show all posts
Binodino replied at 7-4-2025 09:48 AM
Haramkan mercun tapi bersepah jugak gerai jual mercun. Kat tempat aku ni polis bantuan pun ada jual  ...

zaman madanon...mana ada mercun diharamkan....
hanya mercun bola je haram....lepas tu main mercun mesti sebelum pukul 12.00 am
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia replied at 7-4-2025 10:58 AM
rumah aku jarak dlm 10km dari kilang mercun

masa benda ni jadi aku baru darjah 6. letupan tu tersgt ...

Boleh saya tau kat mana location kilang ni? Sg buloh area mana? Tq ye.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 03:38 PM | Show all posts
Edited by cikatilia at 7-4-2025 03:41 PM
cap_ayam replied at 7-4-2025 02:54 PM
Boleh saya tau kat mana location kilang ni? Sg buloh area mana? Tq ye.

Alamat dia :-
Address: 38, Jalan Forest, Kampung Baru Sungai Buloh, 40160 Shah Alam, Selangor

kawasan kilang2 belakang mrt kg selamat tuh

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih menunggu filem Sungai Buloh nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia replied at 7-4-2025 10:58 AM
rumah aku jarak dlm 10km dari kilang mercun

masa benda ni jadi aku baru darjah 6. letupan tu tersgt ...

Apa jd ngn tapak asal tu ye? Ada dirikan monumen peringatan ke?
Iols kalau g sungai buloh pun penah pi kat paya jaras tu jelaa
Dulu umah bos kat situ pastu g umah member kawen org paya jaras gak
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 04:29 PM | Show all posts
kalau sg buloh efek sampai ke selayang, mcm scarry betul ni. menarik fakta ni, iols x lahir lg time kejadian ni berlaku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2025 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia replied at 7-4-2025 03:38 PM
Alamat dia :-
Address: 38, Jalan Forest, Kampung Baru Sungai Buloh, 40160 Shah Alam, Selangor


Ok terima kasih banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 06:00 PM | Show all posts
soalan iols, skrg ni mercun ikut undang2 boleh ke tak boleh ??? sbb iols tgok dekat damansara berlambak org jual... dekat depan 99speedmart pun ada india open table jual mercun.... dh boleh yekkk ???
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 7-4-2025 04:29 PM
kalau sg buloh efek sampai ke selayang, mcm scarry betul ni. menarik fakta ni, iols x lahir lg time  ...

Uiksss mudanya chuols x lahir lagi 1997 ni. Terasa kertu aiols .

Bila jadi tu mmg berapa hari x sabar tunggu paper sampai. Tekun satu family tgk berita 8mlm. Ikotkan sg buluh - selayang tu takde dekat mana pun tapi kalau boleh sampai kesan ke sana mmg meletup kuatlah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 08:47 AM | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 7-4-2025 10:34 AM
Uiksss mudanya chuols x lahir lagi 1997 ni. Terasa kertu aiols .

Bila jadi tu mmg berapa hari ...

ikut tarikh tu, 1991 kan chuols? kalau 1997 tu iols udah lahir dah. hehe. tp tulah, selayang-sg buloh ikutkan mcm jauh jer. kalau kes putra heights pun dah ckup scarry, inikan plak kes yg ni mcm lg scarrier jer. sbb berpuluh yg mninggal plak tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-4-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.118457 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list