CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69|Reply: 0

Yakin tanpa bau badan

[Copy link]
Post time 6-4-2025 01:10 PM | Show all posts |Read mode


BAU badan masalah yang sering dihadapi oleh ramai individu, namun sering kali diabaikan.


Pakar


Perubatan Kesihatan Awam Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Nor Faiza Mohd Tohit berkata, masalah ini bukan sahaja boleh menjejaskan keyakinan diri, malah turut memberi kesan kepada hubungan sosial dan profesional.


Katanya, masalah bau badan adalah isu yang boleh memberi kesan kepada kualiti hidup seseorang.


"Dengan memahami puncanya dan mengambil langkah yang tepat, kita boleh mengatasi masalah ini dengan lebih berkesan.


"Kebersihan diri, diet yang seimbang dan perhatian terhadap kesihatan adalah kunci untuk mengekalkan bau badan yang segar dan menyenangkan," katanya.




Beliau berkata, terdapat beberapa punca yang menyebabkan badan mengeluarkan bau kurang menyenangkan antaranya adalah kelenjar peluh.


Menurutnya, badan manusia mempunyai dua jenis kelenjar peluh iaitu kelenjar ekrin dan apokrin.


"Kelenjar ekrin menghasilkan peluh yang kebanyakannya terdiri daripada air dan garam, manakala kelenjar apokrin yang terletak di kawasan seperti ketiak dan kawasan genital, mengeluarkan peluh lebih berminyak dan berbau.


"Apabila peluh ini bercampur dengan bakteria di permukaan kulit, ia boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.


"Situasi yang menimbulkan tekanan atau kecemasan boleh menyebabkan kelenjar peluh berfungsi dengan lebih aktif, menghasilkan lebih banyak peluh dan seterusnya, bau badan yang lebih kuat," katanya.


Selain itu, beliau berkata, pemilihan diet turut mempengaruhi bau badan seseorang.


"Makanan tertentu seperti bawang, bawang putih, dan rempah yang kuat boleh menyebabkan bau badan lebih kuat. Pengambilan alkohol dan makanan berlemak juga boleh menyumbang kepada masalah ini," katanya.


Dr Nor Faiza berkata, kebersihan diri yang tidak mencukupi adalah antara punca utama bau badan.


"Mandi secara berkala dan menggunakan sabun antibakteria boleh membantu mengurangkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau," katanya.




Bagi mengatasi masalah bau badan, Dr Nor Faiza berkongsi beberapa panduan yang boleh diguna pakai.


A) Amalkan kebersihan diri


Mandi secara berkala dan menggunakan sabun antibakteria adalah langkah penting untuk mengatasi bau badan. Pastikan untuk membersihkan kawasan yang cenderung berpeluh dengan lebih teliti.


B) Pilih pakaian yang betul


Pakai pakaian yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kapas yang membenarkan kulit bernafas. Elakkan pakaian sintetik yang tidak menyerap peluh seterusnya menggalakkan pembiakan bakteria.


C) Pemilihan diet yang betul


Mengurangkan pengambilan makanan yang kuat baunya seperti bawang dan rempah. Mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh membantu mengekalkan bau badan yang lebih segar.


D) Gunakan deodoran atau antiperspirant


Penggunaan deodoran atau antiperspirant boleh membantu mengurangkan bau badan dengan menghalang peluh dan mengurangkan pertumbuhan bakteria.




E) Hidrasi yang cukup


Minum air yang mencukupi boleh membantu mengeluarkan toksin dari badan dan mengurangkan bau badan.


F) Dapatkan nasihat perubatan


Jika bau badan anda tidak berubah walaupun selepas mengamalkan langkah-langkah di atas, adalah penting untuk mendapatkan nasihat daripada doktor. Ini mungkin menandakan masalah kesihatan yang perlu ditangani. - Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-4-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.038192 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list