View: 1518|Reply: 36
|
[Tempatan]
‘Sampai tercabut pintu jamban R&R LTU dikerjakan’
[Copy link]
|
|
‘Sampai tercabut pintu jamban R&R LTU dikerjakan’
Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN- 2 April 2025, 1:15 pm

Sampai tercabut pintu jamban R&R LTU dikerjakan’
BENTONG – Ketika isu sampah di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) masih belum lagi selesai, kini kemudahan kawasan rehat dan rawat (R&R) Sementara Bentong Bypass pula menjadi mangsa vandalisme segelintir pengguna laluan berkenaan.
Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna jalan raya itu menyaksikan terdapat pintu tandas LTU di sini rosak dan tercabut sehingga tidak dapat digunakan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Rose Samsul Abdul Razak berkata, pihaknya amat kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna jalan raya yang merosakkan kemudahan disediakan itu.
“Perbuatan itu membuatkan pengguna lain pula yang menghadapi masalah untuk menggunakan tandas yang disediakan.
“Kerajaan sudah menyediakan kemudahan, jadi kenapa masih ada segelintir individu yang hendak memusnah dan mengotorkannya,”katanya di sini hari ini.
Menurut Rose Samsul, pihaknya mengambil tindakan segera bagi membaiki kerosakan berkenaan agar dapat digunakan pengguna jalan raya laluan itu.
Justeru beliau berharap kemudahan yang disediakan dapat digunakan dengan sebaik mungkin dan sampah dibuang ke dalam tong sampah disediakan.
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini kerajaan telah membuka empat buah R&R Sementara di laluan LTU iaitu di Lebu dan Mempaga di Bentong, di Raub dan juga di Lipis bagi memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya sekaligus mengatasi isu pembuangan sampah di tepi laluan LTU.
Bagaimanapun tinjauan Kosmo! baru-baru ini mendapati segelintir pengguna LTU masih berhenti di tepi laluan LTU dan membuang sampah merata-rata.
Artikel : Kosmo Online
https://www.kosmo.com.my/2025/04/02/sampai-tercabut-pintu-jamban-rr-ltu-dikerjakan/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Next time kena buat pintu dari kryptonite kut kasi kuat. Macamana la manusia ni hidup kat rumah sendiri ntah kopak kapik pintu kat rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
iyolah mmg rumah2 sewa kalau penyewa dah keluar , toilet dah tkde pintu. Fenomena biasa . Tak terkejut pun landlord |
|
|
|
|
|
|
|
Netijen bersyak wasangka bahawasanya ini tak lain tak bukan, kerja oang Pahang. |
|
|
|
|
|
|
|
maybe diorang taknak guna barang yang mahal sikit sebab nanti kena songlap, kat tempat terbuka macam tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ganas betul sampai tercabut pintu. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 6-4-2025 12:44 PM
Netijen bersyak wasangka bahawasanya ini tak lain tak bukan, kerja oang Pahang.
Hahaa.. cam sial…
Org phg xde makna balik kg nk guna rnr tu
Org phg lalu jln tu paling jauh pun nk balik merapoh sempadan gua muse tu..
Sbnanya i rasa hantu pontianak dan pocong yg terlepas dr ikatan yg rosakkn kemudahan kt situ dan buang sampah tepi jln sepanjang LTU tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul juga kan.
Sekarang baru faham kenapa kat China jamban awam derang tak de pintu hahaha ini je makan orang yg suka jahanamkan reta awam.
|
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 6-4-2025 01:26 PM
Hahaa.. cam sial…
Org phg xde makna balik kg nk guna rnr tu
Org phg lalu jln tu paling jauh pun n ...
Haishhh mana maunyerr...  |
|
|
|
|
|
|
|
Jamban sebenarnya tak perlu pintu pun. Perlu pengudaraan yang sempurna selain mengelakkan salah guna jamban.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hebat sis ni..
kalah american style.. open minded betul 
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 6-4-2025 03:58 PM
Jamban sebenarnya tak perlu pintu pun. Perlu pengudaraan yang sempurna selain mengelakkan salah guna ...
Nasib baik berpintu. Setidaknya ada jugak la benda yang nak dikopakkan.
Kalau takde pintu, mau dinding pemisah jamban tu yang terkopak.
Apa laa orang Pahang ni... yang aneh² aje keje. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya negeri tok gajah train gajah utk jadi jaga kat r&r LTU
Nampok je sek mandi lanjey nak vandalise harta awam kat situ, terus dilibas dgn belalai dia atau henyak dgn kaki
Then next raya zero masalah vandalisme & kebanjiran sampah sebab majoriti ummah serambi yg ikut laluan tu dah berpindah alam |
|
|
|
|
|
|
|
Org ka angin menghempas pintu, engsel yg kena sambung pintu, pintu tu macam okey ja xde kena tumbuk org |
|
|
|
|
|
|
|
https://www.kosmo.com.my/2025/04 ... -jadi-rutin-di-ltu/
BOTOL AIR KENCING, SAMPAH JADI RUTIN DI LTU
Oleh NORFARHIZA MOHD ATAR
3 April 2025, 1:59 pm
LIPIS – Bukan sahaja terus menjadi tempat pembuangan sampah, tetapi bahu jalan laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) di sini turut menjadi tempat segelintir individu untuk kencing meskipun empat kawasan rehat dan Rawat (R&R) disediakan sepanjang laluan berkenaan.
Tinjauan Kosmo! hari ini mendapati masih terdapat kenderaan berhenti di kawasan itu dan terdapat banyak sampah sarap termasuk plastik dan bekas makanan yang dibuang di bahu jalan berkenaan selain bau busuk yang hancing.
Malah tanpa segan silu beberapa pengguna jalan raya dilihat melepaskan hajat membuang air kencing di tepi jalan meskipun laluan berkenaan tidak putus-putus dilalui kenderaan orang ramai.
Seorang Penduduk tempatan, Muhammad Ramdzi Yusof, 37, meluahkan rasa kecewa kerana masalah itu berulang setiap tahun, walaupun kerajaan membelanjakan jutaan ringgit menyediakan hentian rehat dan rawat (R&R) sementara serta tong sampah.
“Sebelum ini, ada yang bising kata tak cukup kemudahan. Sekarang kerajaan sudah sediakan hentian sementara dan tong sampah, tetapi perangai tetap sama.
“Saya pun tak faham, susah sangat ke nak buang sampah dalam tong? Bukannya kena bayar pun,” katanya di sini, hari ini.
Seorang lagi pengguna jalan raya, Jannah Kamarudin, 32, mencadangkan agar tindakan lebih tegas diambil terhadap mereka yang ambil mudah membuang sampah merata-rata. – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah diarg tak pernah ada pintu tandas ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 6-4-2025 12:44 PM
Netijen bersyak wasangka bahawasanya ini tak lain tak bukan, kerja oang Pahang.
Pahang kan luas...mungkin orang Kuantan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ni nate berok punya kijoan la..ha3... |
|
|
|
|
|
|
| |
|